Wednesday, March 24, 2010

bahasa inggeris,lagu,rehat & Rahim....

iklan di astro ada berbunyi `artist-the person who make art'.lebih kurang macam ni la bunyi nye

jadi gua ada terpikir `panties-the person who make pants@pan@pen'.boleh ke?.....

...................................................................

Semenjak dua menjak ni dalam kepala gua terngiang ngiang rangkap lagu `bunga tak sekuntum lagipun tak lama harum'.....

Semalam gua bertandang rumah cik Musa gua nampak seorang gadis.Boleh la tahan,orang kampung Pendamar.Tetiba je terlintas gua nak carik kawan untuk Ain.Ye la boleh tolong Ain jaga Salehuddin waktu Ain nak masak ke mandi ke...


...................................................................

Rasa macam nak bercuti.Tak moh la tempat maksiat.Letih.....Rasa macam nak mandi air terjun,ni asyik mandi air tumpah je.

...................................................................

Kedai si Rahim dah nak siap.Seronok tengok kawan senyum,kalu tak macam unta muka dia.

...................................................................

malas la nak tulis lagi




Monday, March 22, 2010

semalam mesyuarat

semalam mesuarat seluruh selangor kat seksen 24 shah alam.Saya telah melantik diri saya sebagai AJK untuk membantu ketua pusat latihan saya dalam meringankan bebannya.Pasal apa saya lantik diri saya sendiri?biarlah ia jadi rahsia saya sendiri.

Berhempas pulas jugak la saya menyumbang tenaga.AJK lain?biarlah ia jadi rahsia saya sendiri.Alhamdulillah perjalanan majlis `smooth' sahaja walhal dijangkakan kerusi meja terbang

haha buruk benar tengok orang veteran nak nangis tapi kalu dah tau sebab kenapa dia nak nangis kita pon sebak.

penat beb 2-3 minggu balik kul 2-3 pagi...

untung la dapat bini yang percaya saya memalam pergi meeting dan saya kalu boleh taknak mengkhianati kepercayaan beliau.nanti tak dapat pergi stadium

***ada awek cun tapi perut dah sarat,siyul

Monday, March 15, 2010

Rahim nak meniaga (bahagian satu)

Rahim nak meniaga...baru keluar lokap...tuduhan samun bersenjata walhal melepak kat dalam rumah yang sama....

Dan dan kena halau dari rumah akak dia,bekas abang ipar dia tak bagi duduk kat rumah tu...masalah dalaman keluarga,tiada kaitan dengan lokap....penyudahnya si Rahim bawak parang malam tu...hangin satu badan,kata 15 haribulan keluar,belum sampai tarikh dah dibalingnya kain baju keluar...

kesian punya pasal,aku bagi la menumpang tido kat rumah aku,abang aku pegi penang 2 minggu....razeki ko rahim...

modal takde...nak pinjam aku aku pon takde modal niaga....Jual motor...dapat RM1800....dah seronok dah.....aku tumpang gembira....kawan nak meniaga...

pukul 3 pegi kedai motor...aku naik kereta dia naik motor.....kat lampu isyarat aku perasan dia berenti...motor rosak kata aku dalam hati...hari tu aku dah tegur carburetor bocor,rantai kendur...degil...

aku patah balik...aik motor kena sorong?....Motor terbakar,carburetor bocor,api naik....kesian, nak modal meniaga motor terbakar...nak menangis muka aku tengok...takpa rahim dugaan tuhan...

repair motor dulu nasib tak rentung...repair punya repair punya repair dah pukul 6...motor taknak hidup...si boy tak balik dari kedai spare part.....dekat pukul 7 baru si boy balik...sekali cuit je dah hidup?...3 0rang melayan tak nak hidup,si boy datang terus hidup...

pegi kedai motor,dah gelap kesan terbakar pon tak nampak...janji dapat modal....

pegi bayar sewa kedai....ape punya biol si Rahim,amek kedai takde pintu....rupenye Rahim kena kencing

bersambung.....tu pon kalu aku rajin