Friday, January 11, 2013

mari termenung..

***kredit kepada  faizhamsidi.wordpress.com.

      Saya tak baik, saya jahil, banyak benda dalam agama yang saya tak tahu. Tapi bila keadaan bertambah sulit barulah ingat tikar sembahyang dan Tuhan. Saya jadi ingin tahu lalu saya mencari jawapan.

.......................................................

   Ok, jom kita buka balik buku sejarah.
   Setelah nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu, baginda bersolat berkiblatkan Baitul Maqdis. Apa maknanya? Maksudnya, ‘berkongsi’ kiblat dengan kaum Yahudi.
   Apabila Islam mula berkembang dengan pesat, ini secara tidak langsung telah memberikan tekanan kepada Yahudi. Mereka mula bertindak balas dan menyakiti umat Islam. Mereka mengejek nabi. Muhammad sudah kehabisan idea, itulah sebabnya dia meniru untuk beribadah menghadap Baitul Maqdis, which is kebetulan memang kiblat Yahudi sejak berzaman. 
Muhammad mendakwa bahawa agamanya adalah merdeka dan syariatnya mengatasi semua agama sebelumnya. Sebenarnya dia tidak mempunyai kiblatnya sendiri dan mendirikan solatnya menghadap kiblat kaum Yahudi.
Apa perasaan nabi? Mestilah nabi sedih sebab seolah-olah Islam ni tertakluk pada Yahudi.
Satu hari, ketika sedang bersolat, nabi mendapat wahyu untuk bertukar arah (kiblat).


Sungguh Kami sering melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai.
Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.
Dan sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberi Al-Kitab Taurat dan Injil memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
Surah Al-Baqarah, ayat 144.   
 Serta-merta nabi berpusing ketika di dalam solatnya untuk menghadap ke Masjidil Haram (Kaabah). Jadi, start hari tu semakin jelaslah perbezaan antara Yahudi dan Islam.

.....................................................................

 Jadi disini persoalannya, bayangkan perbualan antara anak anak saya dengan non muslim dan mereka menyatakan

" Masuklah agama kami, agama korang tak boleh party party lagipun nama tuhan kita dah sama, baik masuk yang tak banyak halangan"

dan anak saya iaitu Salehuddin dan Alaeddin termakan ajakan mereka..

NAUZUBILLAHMINZALIK


Doa saya.

 "ya Tuhanku lindungilah anak anak ku serta semua umat Muhammad dari kesesatan"




Anda bagaimana?



*****Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.




 link page hadis sila klik sini









2 comments:

Najwa Aiman said...

Takut dan insaf baca entri ni...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

mintak dijauhkan la, aminn...