Sunday, February 17, 2013

siri mari meneman mak buat karipap sambil tengok Nat-Geo

  Korang "like" bebanyak kat FB page page islamik dalam masa yang sama korang like henessy la, carlsberg la dan lain lain air perisa kencing shaiton dan anda tergolong dalam manusia lakhnat

  Mak gua sekarang dah terrer english tau.. Dia belajar melalui Nat-Geo... Hari tu dia tanya pasal angkasa lepas dengan gua.. Tegagap gua nak menjawap, tanya pasal bola reti la gua. Mak gua dah taknak lepak belakang lagi dengan ahli mesyuarat tingkap dah, dia kabo lagi best layan Nat-Geo. "Not my league" katanya.

  Jiran sebelah rumah gua jaga budak, hari hari budak tu menangis.. Dah di jaganya budak umor 3 tahun macam budak sekolah Henry Gurney. Satu hari bapak budak tu sudah serang itu rumah pasal doktor kata anak dia trauma.. Hamek kau!!!

  Itu hari gua sudah sound itu anak orang bukan anak lu tapi takmo dengar. Mak gua pon sound jugak tapi tak lut.. Padan muka...

  Umor gua dah dekat 30 ni pon mak gua still suruh hantar kueh kat rumah orang.. Ade anak dara takpe la, ini ibu tunggal sebaya dia.. apa kelas???

  Hari tu balik stadium gua nampak sorang budak pompuan masa gua form 5 dia darjah 1 atau 2... sekarang sudah fuuuuuuuu....... Nak terpasang niat nak kawen dah dengan budak tu tapi nasib la gua ni berpijak pada bumi yang nyata.. Shila Amzah salam mana nak humban?

Friday, February 15, 2013

kembali tapi tak tau berapa lama lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

   Lama dah tak membebel kat sini. Tatkala ada yang masih bergumpal sisa sisa malam jumaat,gua terkebil kebil je melayan blog orang lain

   Gua jarang update blog semenjak percintaan tak kesampaian gua err yang gua lupa tarikhnya.. Ntah la mengada ngada jugak hati ni kan. Mentang mentang la minah tu dulu selalu baca blog ni dengan mengada ngadanya asal nak post benda baru je teringat awek tu.. keh keh keh

   Semenjak peristiwa sentap tu youolls . I dah join team bolasepak you... Memang dulu i ada team tapi kali ni i dah main league. I sebok la pegi friendly sana sini setiap minggu, hari sabtu ni perlawanan pertama team i dalam liga.

   Tapi apapun benda lama memanggil manggil. Blog ni gua  buat bertahun sebelum gua jumpa awek tu dan secara automatiknya gua terindu nak update. Dan gua rasa IQ gua agak menurun semenjak tak menaip ni.
ada pepatah omputeh mengatakan akal tak guna akan berkarat so gua di ambang berkarat la ni.

   ***Mungkin gua ni jenis emosi kot dan mudah teringat benda lama.. Lu orang agak kalu gua guna perangai ni dalam kehidupan seharian ramai tak awek sangkut? hehehe