Friday, December 26, 2008

Aku yang tak bertanggung jawab

Bini aku dah mengandung 5 bulan.....

aku boleh tak sedar yang dia mengandung..........

mati mati aku ingatkan dia makan berlebihan...........






lisa surihani punya pasal la ni...........

penangan hujung tahun

perghhhh.....

kat ofis aku dah ade GM........

kerja aku kat luar semua kena pantau..........

report menimbun banyak gila..........

Nak bukak e mail pun takde masa..........

sampai nak kutuk team malaysia pun tak leh......

tapi aku sayang negara aku,bangsa aku, agama aku,kengkawan aku,rakyat malaysia tak kira cina,india,kadazan dusun dan banyak lagi kaum kat malaysia

mukmin itu bersaudara.......

Tuesday, December 9, 2008

TERPAKSA REDHA

Helmi........Helmi...............

Yang kau gatal gatal berdiri depan sangat tu kenapa?

Katakanlah Malaysia tak dapat masuk separuh akhir,
Sathianathan tak dapat sambung kontrak,
Malaysia kena la cari coach baru
Aku antara beribu ribu penyokong Malaysia yang kecewa buat ntahbrapakalintah
sedih beb......gol yang sepatutnya boleh di elakkan

Apapun aku terpaksa redha ketentuan illahi

terpaksa redha ? ada ke istilah ni?

Saturday, December 6, 2008

kemenangan pertama

alhadulillah malaysia menewaskan laos 3-0

ya allah kau berkati perjuangan pasukan negaraku

60 minit pertama-malaysia baru nak belajar passing,aku menyumpah seranah tak hengat

30 minit terakhir-baru main betul betul,tu yang score 3 bijik tu,time aku senyum sampai ke telinga

kredit kat Malaysia-safie sali ,zakuan adik beradik,zamani misbah dan indraputra tak lupa daudsu,mamat ni relek je dapat bola yang lain gelabah puyuh

yang patut kene carut-hairudin omar,rupa ganas tapi main macam baru lepas sunat

keseluruhan-main macam first half ni ade harapan keluar awal

aku sentiasa mendoakan kejayaan pasukan kebangsaan ku-amin

Friday, December 5, 2008

MARI KITA DOAKAN


YA ALLAH SEMOGA KAU BERIKAN KEMENANGAN BAGI NEGARA MALAYSIAKU....


AMINN

hari minggu demamku



Minggu lepas gua dilanda demam,dari khamis minggu lepas sampai hari jumaat minggu ni aku masih dapat rasakan virus virus bertebaran di dalam badan aku.Mungkin anti virus dalam badan aku tak kuat.


Jadi melepek la aku kat umah sambil menonton tv...... seingat aku genap 10 tahun powerpuff girl ke udara dan jadi tontonan kanak-kanak di dunia ni.Aku pun melayan la cerita powerpuff girl rules the weekend nih....


Ada bubbles yang biru tu....ada buttercup yang hijau.....dan merah si blossom....dan sememangnya diorang ni cute sangat..........

Lama lama aku perasan babak dalam powerpuff girl tu ganas sangat....Betul beb .....nak lagi ganas babak dia belasah mojo jojo...sampai keluar otak!.Mungkin hari tu aku terlampau banyak sangat menonton episod powerpuff girl


Budak budak kecil ni kain putih.Bila di tengoknya marathon episod powerpuff girl ni sedikit sebanyak terpengaruh jugak rasanya bebudak nih..


Tapi layan beb keletah power puff girl nih...cute dan comel la bagi aku...Nak tau lagi lanjut leh klik kat sini.Kalu korang paham tulisan kat Home die la.....