Wednesday, September 29, 2010

siri bercakap dengan seluar jeans 1

Pandanganku hanya gelap malam,berbalam balam.Sunyi,sungguh sunyi.Aku terus berjalan di tepi rumah usang ini.Tiada bunyi cengkerik atau riang riang malam ini.Aneh,memang aneh.Sesekali kakiku tersandung sesuatu,malas ku ambil berat apa yang telah ku sepak.

Telingaku menangkap bunyi aneh...Seperti lagu lama,lagu kanak kanak.`Jan..... Jan... Jala itik jala ayam,berapa lubang kancil seratus lima puluh'berulang ulang ku dengar rangkap itu...Semakin dekat aku melangkah menuju ke hadapan rumah besar,semakin lama semakin kuat alunan suara seorang anak kecil.Perempuan barangkali...

`Abang nak tak temankan adik tak main guli?'...Suara itu muncul di belakang ku....Aku mengigit bibir sambil berpaling ke belakang....

cukup setakat hari ini.......

sesiapa sila komen,tang noktah salah ke,penggunaan tatabahasa salah ke.hantam saja apa anda mahu..saya yakin saya boleh menerima keadaan.

nak curik bagi tau gua,tak bagi tau gua marah...

4 comments:

pye:rudz said...

tengok-tengok adik kau yang ikut dari rumah tadi.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

saye takde adik,saya anak bongsu

Najwa Aiman said...

Ni percubaan nak menulis cerita ke bro?

Aku nak komen sikit. Tak kira le ko suka ke tak suka ke, aku nak komen gak... eheks...!

Sebenarnya aku nak komen tulisan je - selepas setiap tanda (noktah, koma, semi-kolon bla bla bla...) mestilah diikuti dengan 1 x spacebar. Tu jek.

p/s: Adegan kat atas tu ada foreshadow element! Aku suke! Bila nak terbit nih!

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

haj: ok kepten lepas ni gua akan rajin rajin tekan space bar,tang nak tulis buku tu errrr samar samar lagi