Saturday, February 5, 2011

Itu dulu..

Matahari terpacak di atas kepala. Sinarnya menyengat kulit. Bahu terasa sakit memikul beban tapi aku terus melangkah.



....................................................................................

"Cukup sampai di sini perjalanan kita".... " Kau tak mampu memberi kemewahan kepada ku"

Aku tersenyum.

"Anjing lebih memahami kata kata dari kau"

Berpinar mataku melihatnya.

Dan dia meninggalkan ku. Aku hanya tersenyum sambil melihat dia pergi.

....................................................................................



"kemana hala tuju kita?"

Aku memandangku disebelah dan berhenti melangkah "kau pun nak meninggalkan ku?''

"Bodoh"

Aku dan diriku diam.... pecah berderai gelak tawa aku dan diriku...

"selagi boleh, jalan.."

Dan kami melangkah menyusuri jalan ini kerana kami pasti ada sesuatu menunggu kami di hadapan. Tak kira baik atau buruk aku dan diriku akan menghadapinya dengan redha...

2 comments:

Najwa Aiman said...

Ayat lu kali ni memang tahap dewa. Olahan frasa dna kata memang jitu. Aku suke!

p/s: Wa dah kata, hasil karya lebih bagus dalam keadaan emo dan depression...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

aku khuatir akan dimasukkan ke pusat rawatan mental...