Saturday, February 12, 2011

Ultras Selangor: Trend atau pergerakan berkekalan

Sekarang kat stadion malaysia dah ada sekelompok peminat yang bergelar "ultras". Memakai mafla dan berbaju hitam serta menutup mulut menggunakan bandana adalah identiti mereka.

Pergerakan "Ultras" ini adalah satu reaksi kekecewaan peminat dan penyokong bolasepak akibat prestasi buruk pasukan Malaysia di bawah kendalian Norizan Bakar di kejohanan Piala Asia yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Pada final Piala Asia 2011 di Bukit Jalil, pertama kali "Ultras" ditonjolkan di TV dengan flare di tangan dan disinilah titik permulaan "Ultras" dikenali di seluruh tanah air.

Sebentar tadi saya menghadirkan diri ke stadion Shah Alam untuk perlawanan Klang Valley Derby antara pasukan Kuala Lumpur dan Selangor yang berkesudahan 1-1. Seperti biasa saya menghadirkan diri bersama rakan saya En.Nikman dan En. Bad anak beranak sambil bersenjatakan bendera dan 2 buah vuvuzela.

Perbualan kami banyak berkisar pada gelagat "Ultras Selangor" yang duduk di Pintu 15 (jika tak silap saya) yang dalam 50 orang sahaja. Kesimpulannya kami boleh katakan pergerakan "Ultras" ini tidak akan berkekalan kerana kelihatan mereka ini tidak berminat untuk berkawan atau bercampur gaul dengan kelab peminat Selangor yang lain...

Posting ini bukan untuk mencari pasal atau sindiran tetapi hanya peringatan.... Respect the old timer...

***ada masa gua sambung tulis balik pasal gua tengah layan guinea worm disease

2 comments:

Najwa Aiman said...

Otai gak yang best! Hidup Otai! Golek golek golek...! Errr... Ultras bisanya bersenjatakan apa ya...?

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

najultras ni dia ada balaklava..

kelihatan agak hip dan awek suka la kot..