hari ahad lepas ramai la ahli keluarga aku melepak di HQ kami di Pantai Dalam sambil tengok berita. Pak Ngah aku orang kuat partai politik, aku pulak fanatik bola. Sambil tengok berita ada la bab politik dalam negara. Maka bedentam dentum la letupan mercun politik dalam rumah nenek gua (HQ)
Sampai je berita sukan,"mexican wave" pon bermula dipenuhi gelak ketawa semua ahli keluarga.
.......................................................................................................................................................
sambil aku mengunyah makanan aku terfikir yang taksub fahaman politik boleh menyebabkan keluarga berpecah, putus kawan dan tak melampau kalu aku kata hilang nyawa pun ada.
Masyarakat kita ni jarang nak buat kajian untuk tengok apa yang jadi setelah proses menumbangkan pemimpin negara di Algeria, Mesir, Tunisia dan lain lain negara yang dilanda "politik domino Asia Barat". Meraka hanya nampak jika satu kelompok yang terang terang latarbelakangnya menentang sesuatu yang telah termaktub pada perlembagaan akan membawa "mimpi indah" walhalnya tak tahu apa nasib anak bini dan keluarga mereka nanti.
Satu soalan dari saya...... ädakah anda telah bersedia untuk sesuatu diluar dugaan? yang mana diluar pemikiran kita yang hanya selama ini kita mungkin tonton di Youtube?
jangan asyik menjerit di jalanan dan kemudiannya ternganga dengan apa yang telah dilakukan. Menyesal kemudian tiada gunanya.
Baik fanatik sukan dari fanatik politik yang penuh tipudaya.
soalan terakhir dari saya
Sudahkah anda bersedia dengan sebab dan akibatnya?
****YA TUHANKU KAU JAUHKAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA DARI KACAU BILAU..... amin...
orang kata barang siapa mempunyai tahi lalat dibawah bibir, amatlah lancang mulutnya...?? patutlah HR tak suka aku!!
Thursday, June 30, 2011
tenggiling dan batu giling...
ini tenggiling
err.. ini batu giling.
***ada sapa sapa mau hadiahkan tenggiling dan batu giling kat gua?
sebab gua minat 2 benda ni sebagai hadiah harijadi hahahahahahaha...
PEMBETULAN
err... sebenornye hari lahir gua lambat lagi...
hahaha

Wednesday, June 29, 2011
Durian dan "enter sandman"
Duniaku dulu penuh noda dan dosa. Hitam dan gelap serta penuh keseronokan duniawi.
Bila kau susuri sebahagian jalan hidupku, kau takut tapi akhirnya kau ucapkan terima kasih kerana aku memberi peluang pada kau untuk mengenali sebahagian diriku yang dahulu.
Tapi kehidupan dulu mungkin tidak lagi berulang kembali kerana aku ingin mengejar harapan baru dalam hidupku…
Doakanlah harapan yang bermula di di sebuah tanjung dan mungkin berakhir di sebuah kuala…
..............................
Monday, June 27, 2011
minta maaf....
Orang marah kita apa kita nak buat?.... Diam je la, takkan kita nak marah balik, lagi lagi bila kita yang mintak kena marah. Walaupun kita terjaga pukul 4.40 pagi untuk baca SMS yang diisi dengan perasaan amarah. Hehe...
Yang penting kita dah akui kesalahan kita dan kita berjaya campak ego kita. Kita akan melangkah dengan perasaan lapang dada. Adalah menjengkelkan kalau kita minta maaf berkali kali, sampai naik rimas orang tu. Janji hajat kita meminta maaf sampai pada empunya diri.
Kalau empunya diri marah walaupun kita dah minta maaf, tangkap tengkuk dia lepas tu cium laju laju... Amacam ada bran?...haha.

Friday, June 24, 2011
Stadion de Colline Jalil II - Malaysia vs Lebanon
Semalam Malaysia menang menentang pasukan bolasepak dari Asia Barat iaitu Lebanon. Perlawanan persahabatan sebelum ini Lebanon menang lawan err... aku dah lupa la tapi Lebanon menang 2-0 dan Malaysia kalah lawan Oman 4-0.
Gol pertama aku tak dapat tengok sebab masuk lambat.Gol kedua je sempat aku tengok.
Ini gol pertama, ibarat sedang duduk di pangkin pokok manggis dan tiba tiba didatangi Eva Mandez dan mengajak bercumbu cumbuan...
Ini gol kedua, ibarat Adriana Vasini menghantar pesanan ringkas "ambillah daku sebagai mak tiri Salehuddin"
***best jugak dating kat stadium...haha
lupa pulak gua..kredit to sokernet untuk video

Tuesday, June 21, 2011
Err....wanita pun sama
Semenjak gua ada seekor kucing bernama Su, pemberontakan tikus dan cencorot dalm rumah gua turun mendadak.Mungkin telah dipatahkan dengan jayanya oleh Su.. well ini baru betul Bersih 2.0...
Tapi yang bosan gila gila si Su ni memerot bersepah. Kengkadang dalam jamban kengkadang kat dapor. Melantak pun boleh tahan banyaknya. Paling gua tekanan bila gua tido si Su ni akan gigit gigit jari gua. Ada sekali masa gua tengah "reporting to our superior" di bantainya masuk dalam kain..Haha..
........................................................
Seminggu mak gua tak balik rumah pasal balik ke Pantai Dalam. Kalau dia balik gua dapat rasakan mak gua buat tendangan tanpa bayang kat gua pasal rumah bersepah sepah dengan pakaian gua. Awal pagi nanti gua kena kemas rumah sebelum pergi kerja. Karang tak pasal pasal balik kerja gua bermandi darah kena belasah dengan mak gua...
...............................................................
Gua sekarang kagum dengan wanita yang cemburu. Walaupun tersenyum, terdapat ancaman yang cuba disampaikan..
"There's a dagger in man's smile". haha...

Monday, June 20, 2011
GOVT dah la..
hari ni bila aku buka blog ni tetiba aku kena warning ada virus...
ape ke pund...
blog kecik macam ni pon nak serang ke?
pelik pelik...
lain la fasiliti logi nuclear...
ape ke pund...
blog kecik macam ni pon nak serang ke?
pelik pelik...
lain la fasiliti logi nuclear...
Sunday, June 19, 2011
gua jadi penanggar kenduri kawen....
Semalam sepupu aku bersanding dan aku jadi penanggar. Pakngah aku pesan tugas kami anak anak saudara ni cuma pastikan Pak lang aku tak jatuh air muka masa kenduri. Dan bermulalah aku memikul tugasan paling dasat waktu kenduri ini iaitu kena carik taik kucing untuk di buang. Serius mencabar minda tugasan ni...
Pukul 10 pagi tugasan aku pun dah lain iaitu jadi tukang susun meja reciving area untuk hadiah. Dah ada intake pertama hadirin dan hadirat, well dah ada yang mampu buat aku berenti kejap kerja untuk mencuci mata.
Dah nak masuk pukul 12.30 tengahari, hadirin hadirat semakin ramai kerja pun semakin banyak tiba tiba aku teringin tengok Salehuddin lari lari ke atau datang kat aku sambil menangis ke hahaha. Selamat Menyambut Hari Bapa pada semua pembaca....
Aku tak faham la kenapa ada lagu karaoke yang pasl putus cinta la kena tinggal kekasih la, Pelik benor rasanya dan aku terjumpa Cik Leha battle axe yang dah kurus sikit datang sebagai tetamu..hahaha. Takpa Leha rahsia ko selamat dengan aku kalau ko bagi wang perlindungan..
Dan kemuncak majlis bagi cucu cucu Nenek Rehmah apabila anak anak Maklong Dewi sampai. Aku takleh post gambar nanti kantoi haha... Tapi aku tak berkesempatan nak sembang sembang dengan dorang sebab sebok sangat.
Kesimpulannya kami sepupu pengantin berjaya dalam tugasan masing masing dan main objektif taknak bagi Paklang aku malu masa kenduri telah berjaya. Penat tak hingat dan aku terharu bila pengantin lelaki salam dan ucap terima kasih pasal kami bertungkus lumus berhempas pulas menjalankan tugas.
****dan aku rasa macam nak demam pun ada waktu type ni, mungkin banyak minum air batu kot...

Monday, June 13, 2011
ana...
aku rasa aku jatuh cinta pada ana rafali....
****bahaya merayau rayau...nanti sangkut... dan aku rasa seseorang akan marah aku pasal pukol 2 lebih tak tido lagi... haha..
"Semua lelaki sama...."
"Semua lelaki sama...."
Mana ada....
Saiz, rupa dan ketahanan kita berbeza...
Kalu ente kata ente jahat, gua lagi jahat...
Kalu gua kata gua jahat, Adzam lagi jahat pasal dia penulis angkuh... haha....
Tak semua lelaki sama sifat nafsu serakahnya, ada yang bersultan dimata dan beraja dihati, ada yang menahan diri separuh mati, dan paling malang nafsunya dah mati (bukan saya, sumpah!!!)...
Tapi ada satu persamaan dalam diri lelaki. Walaupun seorang lelaki latarbelakangnya seorang penulis angkuh, seorang lelaki yang perut anaknya sama sepertinya, seorang lelaki yang menyemai benih cinta selama bertahun tahun dan juga seorang lelaki yang tak tahu mana hala hidupnya....
Yang pasti mereka diatas sanggup bekorban untuk apa yang mereka sayang... Ya, Semua lelaki sama....
Friday, June 10, 2011
Kalau kerja kat......
Gua dapat idea lepas gua sembang dengan penulis paling angkuh yang mengatakan bahawa dia didambakan oleh setiap gadis gadis genit di Asia Tenggara semalam.... rasa nak siram asid je kat penulis tu...hahaha
"Kalau kerja kat Sijangkang kerja dengan mesin je, kalu dekat Kampung Jawa kerja dalam ofis. Mesti ada perempuan".
"Kalau kat Sijangkang pakai selekeh pon takpa, kalau kat Kampung Jawa kena smart smart gua dah la cute dan hensem mesti ada yang geram dengan gua".
"Kalau kat Sijangkang takde masa nak online, kalu kat Kampung Jawa ada masa nak online pastu nanti gua terjebak dengan cinta cyber. Gua dah la ayat manis. Hmm...".
"Kalau kat Sijangkang kerja tengah panas, kalu kat Kampung Jawa kerja dalam air-cond. nanti buatnya ada yang kesejukan pastu mintak gua panaskan badan dia pulak...Hmmm".
"Kalau kat Sijangkang awek awek kampung je, kalu kat Kampung Jawa awek bandar Klang la, Shah Alam la, silap silap awek Subang pon ade. Hmmm..."..
Main point dia sebenarnya... Kerja kat syarikat besar tapi gaji kecik atau kerja kat syarikat kecik tapi gaji besar...hahaha...

"Pemberian" dan "Harapan"
Pandora adalah isteri kepada Epimetheus(punya la susah nak eja...). Orangnya cantik dan maksud Pandora itu sendiri adalah "pemberian"..
Pandora dikahwinkan dengan Epimetheus oleh Zeus dan Zeus telah memberikan sebuah peti untuk dijaga oleh Epimetheus sebagai balasan perkahwinannya kahwin dengan Pandora. Dan pasangan itu melalui hari mereka dengan bahagia. Walaubagaimanapun Pandora sering tertanya tanya apakah yang berada dalam peti pemberian Zeus kepada suaminya.
Setelah berapa lama hidup bersama Epimetheus, Pandora ingin sekali membuka peti jagaan Epimetheus itu untuk mengetahui apakah yang berada dalam peti tersebut. Akan tetapi Epimetheus tetap tidak mahu memenuhi permintaan isteri tersayang dengan tegasnya walaupun sering dirayu Pandora.
Oleh kerana keinginan hati yang menebal, Pandora telah membulatkan tekad untuk mengetahui apakah kandungan peti tersebut dan dia menanti dengan sabar waktu dan ketikanya kerana dia telah merancang untuk membuatkan Epimetheus mabuk sehingga tertidur.
Akhirnya masa yang sesuai telah tiba, ketika diyakini bahawa suaminya Epimetheus telah tidur senyenyak nyenyaknya akibat mabuk, Pandora telah mencuri kunci yang terikat pada leher Epimetheus dan segera meluru mencari peti simpanan pemberian Zeus.
Dengan mata yang bersinar sinar Pandora telah membuka kunci peti tersebut dan dengan sekali nafas dia mengangkat penutup peti itu. Hatta maka melurulah semua kejahatan dan kegelapan yang terkurung dalam peti tersebut bertebaran ke serata dunia. Terjelepoklah Pandora kerana terkejut dan menyesal dengan perbuatan beliau, akan tetapi ia sudah terlambat..
Perlahan lahan dengan linangan air mata penyesalan dia menutup semula peti itu. Ketika peti itu hampir ditutup sepenuhnya, ekor mata Pandora dapat menangkap sesuatu yang bersinar dalam peti tersebut dan beliau tertarik melihat benda kecil yang bercahaya itu dengan lebih dekat lagi.
Dan diatas tapak tangan Pandora dia dapat melihat cahaya kecil bersinar terang yang tidak bergerak gerak. Pandora tersenyum walaupun kedua pipinya masih dibasahi air mata dan dia meniup lembut cahaya tersebut memaksa ia terbang ke luar jendela.
Sambil berdiri memandang cahaya itu terbang menghilang, Pandora percaya cahaya itu mampu menyelamatkan manusia dari keburukan dan kegelapan kerana cahaya kecil itu bernama "harapan"...

Thursday, June 2, 2011
pilihan....
Malaysia vs chelsea perlawanan ni macam keluar dengan linda hasyim rasanya...
Malaysia vs liverpool perlawanan ni lebih kurang macam keluar dengan siti saleha la pulok...
Malaysia vs arsenal je tak konfom lagi
****bulan jun dan julai adalah bulan bolasepak Malaysia.

Aku,dia dan 20 bulan...Episod 2
"hehe..takde la, dari mula awak masuk ke dalam syarikat ni kami pihak syarikat tidak boleh halang awak dari keluar untuk mencari kerja yang lebih baik..terpulanglah pada diri awak dan saya beri masa 2 minggu untuk awak fikirkan."
aku menarik nafas sambil menahan geram... " macam ni punya manusia pun ada zaman sekarang" kata hatiku
"baiklah encik saya berterima kasih dengan peluang yang encik berikan" dan aku pun berlalu
...........................................................................................
ketika makan tengahari
"dan bagitau dah?"
"dah..."
"apa bos kata?"
" dia bagi masa 2 minggu untuk fikir balik"
"2 minggu?. lamanya?"
"ya la. saya bagi notis 1 bulan kan..."
"ok, ok"
****dan masuklah babak babak dialog percintaan
....................................................................................................

Subscribe to:
Posts (Atom)