Di stadium
Biasalah kat stadium, boleh cuci cuci mata (betul pakcik naj, tak tipu).
Gua perasan sorang awek pakai spaghetti and equipped with 2 mass destruction nuke warhead lalu depan gua tapi gua tengok je la, layan feeling orang kampong gua kata.
Selang beberapa minit kemudian gua perasan suasana kecoh dan kawan gua Man yang baik hati berdiri dan kemain gelak besar sambil gua terdengar jeritan “bukak, bukak, bukak”
****ada sesiapa tengok video penyokong MU kena suruh bukak baju masa traning Liverpool kat Bukit Jalil?
Dan beberapa minit kemudian gua tengok awek tu lalu balik depan gua dengan muka yang bengang amat…
Tu la pegi lagi stadium pakai seksi seksi….
********************************
Kenapa gua kata kawan gua Man ini seorang yang baik hati ….
Sebabnya…
Gua turun bawah pergi beli air untuk dia, meredah lautan manusia yang lahanat ramainya. Dan apabila gua nak duduk semula ada sorang awek kat seat yang gua tinggalkan sambil si man senyum simpul cam pundek…
Masalahnya awek tu ambik seat gua dan gua punya tempat duduk baru ada tiang yang menghalang…
********************************
Disebuah simpang empat lampu isyarat di bandar Klang selepas kami pulang dari Bukit Jalil. Terdapat sebuah kereta peronda polis sedang berhenti dan Man kawan ku yang baik hati berhenti disebelah kereta peronda.
Encik polis : “ bang bunyi benda tu nyaring ke?” (merujuk pada 2 vuvuzela yang kaim bawa)
Aku : “abang nak dengar ke?”
Encik polis: “boleh jugak”
Aku (dalam hati): “siap la kau”
“MMMMMOOOOOOOOOONNNNNNN!!!!!!!!!!!!”
Encik polis:”Ok ok,cukup cukup!. Boleh tahan bunyinya…”
Aku (dalam hati): hehehe
Kontranya:
Bibir aku sakit……