Setiap manusia suka dipuji, yang ni memang lumrah manusia. Salah satu cara untuk berkenalan pun selalunya dari pujian (aku tau la aku suka guna kaedah ini).
Secara peribadi aku sendiri la, selalunya aku pandang kekurangan yang ada pada kawan kawan aku sebagai kelebihan supaya aku tak nak kawan aku atau kenalan aku berkecil hati kalau aku menegur kekurangan mereka.
Aku ada kawan yang penakut tapi suka berlagak berani. Kawan berbadan besar tapi tak berapa nak kuat. Ada kawan kreatif tapi ada masalah jiwa dan ada kawan yang bijak pandai tapi paranoid...
Ada juga kawan aku yang mengalami kekurangan dari segi fizikal seperti kaki tempang dan pengkor. Hidung dan telinga besar sebelah. Dan juga berat badan berlebihan.
Apa pun kekurangan fizikal kawan, kenalan, sahabat atau teman kita jangan sekali kita kutuk sebab itulah yang telah dihadapinya sejak azali lagi.
Apatah lagi kekurangan pada insan yang kita sayang, insan yang telah menemani kita buat sekian masa...
Pernah dengar seorang buta yang menceraikan isterinya?. Hanya kerana si buta itu telah pulih penglihatannya, isteri yang telah hidup dengannya selama beberapa tahun diceraikan keranan wanita itu tidak cantik. Alasan si buta ialah " Isteri saya kelihatan seperti anjing". Kisah ini aku baca di akhbar sewaktu aku sekolah lagi.
*****cuma aku hanya gelakkan si menyot je... kerana tak sedar akan diri mereka.
4 comments:
konsep tak sedar diri ni kira macam monyet la...?
fa-t: julung kalinya errr.... mungkin kot...haha
"Menyot"...?
Anyways... wa suka part mengambil kekurangan sebagai kelebihan! Wa suke!
Benda tu empunya diri yang kena manipulasi sebab perasaan rendah diri perlu datang dengan sifat berani. Baru seimbang..
Post a Comment