Friday, February 24, 2012

Apabila manusia berkata...

Saya memerhatikan peningkatan kualiti bolasepak negara Malaysia sejak tahun 2009..

  Saya antara yang berada di stadium ketika harimau malaya kalah 4-0 di tangan Jepun. Sudah melangkah sebegini jauh pun cukup untuk tahun ini dan boleh cuba untuk kelayakan olimpik akan datang..

  Kita hanya pandai berkata "selagi coach n player x cerdik dr segi taktikal, selagi tu la kite akan jd jaguh kampung.." tapi pernahkah kita menyumbang sesuatu untuk kemajuan bolasepak negara kita sendiri???

  Kita hanya pandai komen sahaja dan adakah kekalahan semalam membuatkan kita malu, perlu diingatkan bahawa kita antara negara yang berjaya mara ke kelompok 12 pasukan terakhir kelayakan Olimpik zon Asia....

  Walaupun kalah 10-0 saya tetap rakyat malaysia dan tidak malu dengan kekalahan semalam kerana kita kalah di tangan antara pasukan terbaik di dunia...

***** 



kita tonton video ni dan bandingkan dengan kekalahan pasukan harimau malaya 4-0 bertemu Jepun

2 comments:

Fa-T said...

semoga sokongan kita dihargai oleh pembola dan pengajar bola pasukan harimau malaya...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

fa-t: aku yakin ada pemain dan coach yang bersungguh dan ada juga yang sekadar ada sahaja di padang