"Bang, mak ayah kata budak tu nak datang pukul 3 nanti,datang satu keluarga"
Aku mengangkat kening sambil tangan memeluk tubuh. Aku memandang Che Nin dalam dalam kemudian mengalihkan pandangan ke air yang bekocak, mungkin haruan menyambar seluang. Dan aku melayan perasaan sendiri..
.....
.....
"Abang dengar tak?"
......
.....
"Dengar tak?!!" tegas nadanya.
.....
Aku memandang kembali
Che Nin . Aku dapat lihat matanya berkaca. Perlahan lahan air matanya menitis membasahi pipi gebunya.
"Abang dengar sayang, abang dengar...."
"Dari dulu Nin dah suruh abang kerja elok elok tapi abang asyik tukar kerja, tengok sekarang apa dah jadi. Kan bagus kalau abang dengar cak...."
"Nin, berapa kali abang nak cakap perkara sama?!. Abang tukar kerja untuk kita. Kumpul duit untuk masa depan kita jugak. Sekarang ni kan abang dah dapat kerja elok, gaji dah besar dari dulu dan boleh tampung hidup abang sekarang. Bukan macam dulu, Nin cubalah faha....."
"Tapi kan dah lambat, kalau abang usaha dari dulu yakinkan mak takkan jadi benda benda macam ni!!!" tegas dan jelas tutur kata Nin walaupun sedunya kuat..
Aku iyakan dalam hati. Memang aku lambat bertindak, menunggu kerja yang tak kunjung tiba. Kerja di atas kapal. Dua bulan aku menanti, hasilnya.... Haus...
Aku mengalihkan pandanganku ke jalan besar. Melihat anak anak berbaju melayu dan baju kurung mengayuh basikal untuk beraya.
"Kita tak salah, mak ayah Nin tak salah. Ini semua qada dan qadar. Ketentuan Illahi. Kita dah buat sedaya kita. Doa sajalah harapan kita sekarang..." persis ustaz aku berbicara.
Itupun selepas aku mengenali Nin. Wanita yang menarik ku merapatkan diri ke tikar sembahyang. Alhamdulillah sejak mengenalinya banyak tabiat burukku telah ku buang. Tiada lagi ganja, tiada lagi tidur sampai ke senja. Aku bersyukur pada Illahi ditemukan dengan wanita seperti Nin yang banyak memberi dorongan menjadikan aku lebih elok dari semalam.
"Mak kata Nin nak buangkan keluarga, perangai Nin dah berubah. Dah tak nak ikut cakap mak ayah. Semua ni
Nin buat sebab Nin tak nak kahwin dengan orang yang
Nin tak kenal. Tapi
Nin tahu redha anak letak pada restu mak ayah."
"Memang betul restu mak ayah tapi mak ada fikir pasal hati dan perasaan nin?. Memang la Tahir kerja lagi bagus dari abang. abang tau"
"Mak tak boleh terima abang sebab abang duda"
Ibarat petir terkena kepala. Aku menggelengkan kepala.
"Abang tau abang pernah buat silap, Tapi yang bujang tu tentu ke lagi elok dari yang duda?.."
Ibarat petir terkena kepala. Aku menggelengkan kepala.
"Abang tau abang pernah buat silap, Tapi yang bujang tu tentu ke lagi elok dari yang duda?.."
.....
.....
.....
.....
Aku bungkam Che Nin pun bungkam...
bersambung....
No comments:
Post a Comment