Saturday, March 14, 2009

sudah satu tahun la,boleh gua tak perasan

Assalamualaikum dan terima kasih kepada yang sudi melawat blog gua.sejarah gua buat blog ni simple je.....kat ofis gua semua sebok main ym la,my space la dan face book.

Memandangkan yang gua ini sering menentang arus(bukan menentang hukum alam dan agama)gua pon dengan takde kejanya menaipkan suka suki,dan dengan magisnya gua telah sampai ke satu blog yang kuning background dan biru tulisannya.(ini blog pertama gua tengok di dunia milik anak malaysia,tak silap gua pemiliknya seorang awek).pening gua nak baca....

Oleh kerana blog itu berbahasa inggeris dan time tu gua gila buat origami,gua pon ternampak la pulak link ke sinaganaga origami,gua pon klik la kerana dengan harapan dapat belajar origami dengan anak malaysia(gua tak tau dia ni sapa)sekali tu blog ni bukan untuk nak belajar origami.chit tertipu gua..

Dalam blog bang naga banyak la pulak link.Gua pon main klik je tak silap gua blog pipi yang mana gua terlink ke kumprinx......

Setelah menelaah blog si kumprinx ni gua pegi la ke blog si dugong senyum milik si basri..Dan time tu gua kena pegi buat kerja....gua tinggalkan komputer gua tu dengan tekad di hati besok gua sambung baca blog.....

Esoknya gua sambung baca blog si dugong senyum sampai habis.pas tu gua berminat dengan tujuh86 milik jigo,gua minat baca tajuk dia pasal semua tajuk akan berkait dengan satu sama lain.

Dah khatam blok jigo nih gua merayap la...banyak gua bukak sampai la ke blok abdullah jones.ni blog pertama yang lain dari lain bahasa penggunaannya.bila tengok profile jones ni gua macam pernah tengok mamat ni around kl tapi gua tak ingat.....

hari berganti hari gua terlink masuk pulak ke khayal.blogspot yang mana bagi gua banyak informasi yang gua dapat.gua ingat lagi masa gua posting buat pertama kali mamat ni tak layan bila gua tanya soalan....

apa yang gua nak luahkan kat sini,bagi gua la bloggging bukak minda gua dan gua seorang sahaja dalam semua kawan gua yang minat blog.Blog lebih baik dari ym dan myspace kerana gua antara mereka yang pernah menyalahgunakan MIRC dulu..kui kui kui

thanks kepada bro max 03,kumprinx,naga,dugong,jigo,jones dan ramai lagi blogger yang ntah gua tak ingat lansung nama diaorang yang mana semua blog yang gua dah baca memberi pengetahuan yang gua tak dapat masa gua belajar dulu.


hail to bloggers.



*macam poyo pulak ayat last tu...

4 comments:

Anonymous said...

Setahun! Nak kek! Nak kek! Nak kek!

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

kek dimintaknye?
gua bagi doa je...

sesunggunya doa itu lagi lazat dari kek....

Kumprinx said...

hail!

abdullahjones said...

hail amir!