Friday, November 13, 2009

Bai'ah

gua rayau rayau kai sini,pasal bai'ah.....

gua bukan pandai sangat agama beb,tapi untuk tunjukkan kesetiaan pada satu satu organisasi dan galang gantinya seorang isteri bagi gua tak releven langsung...

so owner dia ada tulis:

Selepas itu setiap kali berlaku perlantikan khalifah selepas wafat nabi Muhammad, rakyat terutama pemimpin tempatan keluar memberi bai’ah. Akujanji taat setia itu memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang dipilih itu. Dengan ini mereka boleh menjalankan amanah dengan sebaiknya.

Tiba-tiba timbul pula pada akhir-akhir ini bai’ah ADUN PAS yang mereka bersedia menceraikan isteri masing-masing jika mereka melompat parti. Walaupun dengar seperti janggal, tetapi bai’ah seperti sah. Kedudukannya adalah takliq yang boleh menjaga kelangsungan rumah tangga. Logiknya, kalau suami itu sayang kepada isteri dia tidak akan keluar parti atau apabila dia berkira-kira untuk lompat parti akan difikirkan berkali-kali, mana lebih penting; isteri atau parti baru. Kalau lompat parti, bolehkah dapat isteri lain sebaik bekas isterinya? Jadi, dia akan pilih mempertahankan isteri dan partinya.

Kalau berdasarkan itu, mengapa ada mufti yang kata bai’ah itu haram? Mengapa ada orang yang kata bai’ah itu zalim? Jawapan mereka kepada masyarakat itu bukan berdasarkan ilmu tetapi kerana kepentingan orang tertentu atau jahil.


(karang gua tak amek semua jadi lari maksudnye)

tapi dalam artikal tu dia ada tulis:

Kalau berdasarkan itu, mengapa ada mufti yang kata bai’ah itu haram? Mengapa ada orang yang kata bai’ah itu zalim? Jawapan mereka kepada masyarakat itu bukan berdasarkan ilmu tetapi kerana kepentingan orang tertentu atau jahil.

Takliq dalam Islam boleh datang dalam pelbagai keadaan bagi tujuan menyelamatkan rumah tangga daripada bercerai berai , bukan sebaliknya, mempurak purandakan rumah tangga yang sedia ada. Sebagai bukti, bukankah selepas majlis akad nikah ada takliq yang dibacakan suami walaupun sesetengahnya tidak diketahui isteri?

gua tak berapa paham apa yang cuba disampaikan,bagi gua hujah ni boleh di counter balik...silap silap jadi sitting duck.

seingat gua takdepon tok kadi tu buat baiah yang boleh menggelapkan masa depan bini gua masa gua akad nikah ari tu

sesapa leh bagi gua paham.gua malas nak bagi komen kat blog tu,selalunya komen gua tak tersiar

3 comments:

Najwa Aiman said...

Salamzzz bro,

Aku pun bukannya pandai bab hukum-hakam ni, tapi aku tau di Kedah ta'lik tu memang ada masa sain surat nikah. Tapi ta'lik yang dibuat tu ialah untuk menjamin kebajikan dan perlindungan kepda isteri/wanita i.e. untuk kepentingan isteri/wanita dan bukan selain daripada tu E.g. ta'lik kalau suami gagal memberikan nafkah dalam tempoh tertentu atau suami hilang ghaib dalam tempoh tertentu maka pernikahan tu dianggap terbatal (yakni, isteri boleh anggap dia dah diceraikan). Ini untuk membolehkan isteri/wanita mengambil langkah sepatutnya utnuk meneruskan hidup sendiri dan juga anak-anak jika. E.g. isteri yang tak bekerja sekarang boleh mula cari kerja tanap perlu mendapat keizinan sesiapa (janda tidak tertakluk lagi kepada sesiapa kecuali diri sendiri). Dia tak perlu lagi minta izin sesiapa untuk keluar rumah atau buat apa yang patut.

Pda masa yang sma, kalau ditakdirkan sebenarnya suami dia tu masih wujud tapi tak dapat contact (e.g. masuk penjara semasa bermaksiat di Thailand ke, atau naik kapal cruise untuk berjudi atau berzina tapi kapal tu terdapmar kat pulau entah mana-mana ke, atau pergi berdakwah ke luar negara dan ditangkap pihak berkuasa sana ke, bla bla bla...) si suami tu sendiri akan terlepas dari sebarang dosa yang dibuat dek isterinya yang sudah lagi tak jadi isteri dia akibat dari ta'lik tu tadi.

Wow... panjang lak... Apa-apa hal pun tanya ustaz.

Personal opinion aku tentang ta'lik ADUN PAS tu - ta'lik tu nampak lebih cenderung untuk kepentingan parti yang tak ada kena mengena dengan kepentigan isteri/wanita. Bai'ah memang HALAL sebagaimana sebilah pisau juga HALAL. Yang haram ialah penggunaannya sebagaimana pisau digunakan untuk menikam Allahyarham Norzi Ayu. Pisau tu tak haram, tapi perbuatan menikam tu yang haram.

Wallaahu a'lam bissawaab...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

terima kasih bro pasal bagitau yang kat kedah ada ta'lik tu...

so gua pon dah paham serba sedikit mengenai ta'lik...

ape pon kat sini niat yang paling penting,kalu buruk niat jadi buruk la satu satu perkara tu dan sebaliknya akn berlaku kalu ia dari hati yang baik

pye:rudz said...

saya paham ta'lik ni. tok kadi ada explain sebelum nikah. masa kursus pun ada di tarbiah kan.
macam yang sepupu aku terangkan ni lah.