rasa macam nak buat wallpaper bilik la pulak dengan gambar ni....
orang kata barang siapa mempunyai tahi lalat dibawah bibir, amatlah lancang mulutnya...?? patutlah HR tak suka aku!!
Thursday, December 30, 2010
putrajaya berpesta
putrajaya berpesta dan saya hilang suara..
tahniah INDONESIA kerana menang perlawanan semalam..
tahniah MALAYSIA kerana jadi juara..
Monday, December 27, 2010
Stadion de Colline Jalil
Pukul 4 petang.
Gua naik motorsikal pusing bandar Klang cari barang, dah dapat gua pun balik la ke rumah... Sampai kat lampu isyarat Bukit Tinggi, gua nampak sekumpulan mamat pakai baju biru. Nampak pulak vuvuzela. Hati rasa sayu pasal takda kaki nak pegi Stadion de Colline Jalil.
Sampai rumah, gua on9 kejap update status.... Tetiba gua rasa hati ini meronta ronta nak pegi jugak stadion. Walaupon tak beli tiket lagi gua tetap nak pegi pasal kalu tak dapat tengok kat stadion gua masih boleh tengok kat Stadion de Astro.
Gua mintak restu mama gua dan gua start motor gua pegi Stadion de Colline Jalil. Sampai dekat area Proton Shah Alam, hujan turun. Lebat sungguh tapi gua teruskan perjalanan juga.
Lepas je Summit Subang, hujan dah takde lagi dah dan gua teruskan perjalanan gua dengan tiket tak beli lagi. Dah sampai Bukit Jalil ada sorang mamat ni tanya kat mana nak paking motor, gua kata kat dia gua tak tau dan pastu gua folo dia pulak.
Paking je moto gua terus tanya dia.
''Bang agak agak ade lagi ke tiket ni?''
Dia jawap ''mujur la saya ada tiket lebih ni''
Fuuuuu... Kat situ gak gua bagi dia duit. Dia caj 20 hengget je...Razeki gua.. Gua join group dia 6 orang, dorang dari Pahang. untuk pengetahuan, gua paking moto kat area penyokong Indonesia. Kat luar stadion dah macam sambutan hari kebangsaan pulak gua tengok. Dan kami pun masuk stadion tu pukul 5 petang.
Dalam stadion tak ramai lagi, ada la dalam 40% tempat duduk diisi.. Suasana meriah dan boleh nampak bendera negeri Kelantan ada, Negeri Sembilan ada, banner Terengganu fan club dengan penyokong Selangor pun ada.
Kami duduk dekat group Selangor FC yang siap dengan kompang dan berbagai lagi alatan percussion. Semakin lama duduk semakin ramai orang masuk dan bendera seperti Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Pahang dan Johor boleh dilihat..
Tapi ada satu group yang menarik perhatian gua iaitu Ultras Malaya. Sama pakaian dan siap mafla. Dan dalam stadion tu macam macam gaya orang boleh dilihat, paling klasik ada satu pakcik datang pakai baju melayu. Orang putih dengan macam Fijian pon ada kelihatan bagi sokongan kat Malaysia.
Penyokong Indonesia pon tak kurang hebat.. Banner gempak gempak woo yang printing punya tau. Ada la sekali buat dalam 2-3 ribu harga rasanya.
Dalam pukul 6.30, King Gopal dan pengurus pasukan check keadaan padang sama jugak la tim Indonesia tengok tengok keadaan padang
Dalam pukul 7 suku tim Indonesia masuk untuk warm up.. Dan disambut sorakan dari penyokong mereka. Tapi bila melangkah je Rimau masuk padang untuk warm up, nyanyian lagu ''Barisan Kita'' bergema dan gua rasa ada pemain Rimau terharu dengan sambutan peminat.
Masa pun dah semakin hampir nak sepak mula lagi la gamat stadion. Dengan orang main kompang kat belakang gua, nak borak dengan orang sebelah pon sampai nak putus anak tekak
menjerit.. Tu pon tak dengar lagi...
Perlawanan bermula dan bila pandang ultras dEngan siap flare lagi, rasa macam kat serie A pon ada, J league pon ada rasanya... Masa nyanyi lagu Negaraku ada satu macam feel masuk dalam diri mungkin pasal dah 14 tahun menunggu.
Lebih 50 minit permainan baru la abang abang rimau menjaringkan gol. Memang gamat Stadion de Colline Jalil gua dah berdiri atas kerusi dah, yang pompuan depan gua melompat lompat tapi gua takda masa nak nikmati pemandangan tu pon pasal gua sebok raikan gol je.
Bila gol kedua tu tak kira la kenal ke tak sama sama betepuk bertampar pasal semua kat dalam stadion tu memang tak sangka abang rimau akan jaringkan lagi. dan forza Indonesia diam sepi seribu bahasa.
Masuk gol ketiga, ramai forza Indonesia dan blah tinggalkan Stadion de Colline Jalil.
14 tahun kita tunggu peluang ni. Sebelah tangan dah berjaya pegang piala. Malam itu malam pesta di Stadion de Colline Jalil.
Friday, December 24, 2010
Thursday, December 23, 2010
syukran...
yang gua ada dengar la `bila berdoa, tuhan tak gemor hambanya mintak kurangkan beban. dan dugaan akan ditambahNya untuk uji keimanan..'
padan muka gua...kerja yang tak pernah gua buat gua kena buat..hamek ko gafaro..haha...
dan tuhan makbulkan doa kita walaupon kita tuang arahan dan suruhannya..
***yang salah dari gua dan terbaik dariNya
Wednesday, December 22, 2010
dekat tiga tahun gua carik razeki kat ofis bandar baru klang....
dekat tiga tahun gua carik razeki kat ofis bandar baru klang....
hari selasa 21, gua jumpa supervisor, head of department dan GM gua... gua jumpa abang syukri, abang azul jumpa gua dan salam gua wish gua maju jaya...
bad yang duduk sebelah gua gua tak dapat jumpa...(yang ni gua ralat sangat)
akak indo cleaner pon gua bagitau pasal nanti dia nak kemas meja..
phua hari ni baru tahu gua da berenti pasal kereta dia selisih dengan keta gua..itu pon dalam SMS
fakira gua tak sempat bagi tau...tapi dia ni tak penting pon...
dekat tiga tahun gua carik razeki kat ofis bandar baru klang....
Monday, December 13, 2010
hadohai...
sabtu lepas semasa bermain riang dengan bebola cat, aku mengalami kekejangan pada kedua kaki silih berganti...***hilang gagah depan marshal pompuan tu.. dalam jamban waktu nak memerot pon sempat kejang jugak. betapa malangnya bila dah londeh seluar kaki pon kejang...
walaupon terdapat ramai gadis yang mampu mengejangkan otot kejantanan. namun aku tiada masa untuk maksiat murah tersebut akibat kekejangan kaki. dan aku hanya mampu menahan kesakitan sahaja..
setelah balik dari bermain bebola cat pada pukul 6, ketika dirumah sharul @ takeru..aku tertidur sampai ke pukul 10 malam.sampai ku di rumah pada pukul 11, aku menidurikan diriku sekali lagi kerana terlalu letih..
keesokan tengaharinya selepas aku bangun tido, aku berpeluang menonton dokumentari mengenai masalah tidor yang dihadapi oleh semua warga dunia. setelah kusyuk menonton aku pun menyematkan dalam hati bahawasanya untuk menjaga kesihatan diri aku perlu cukup masa tido.
tanda tanda seseorang itu tidak cukup tido adalah seseorang itu akan berasa pening dan hilang fokus, gangguan pada neuron otot dan gangguan emosi seperti cepat marah serta cepat lupa. memandangkan aku mempunyai hampir semua gejala itu, aku khuatir ia akan menganggu kehidupan seharian daku.
dan aku tido pada pukul 9 malam dengan niat untuk bangun pada awal pagi...dan memang aku bangun sangat awal iaitu pada pukul 11.50 minit malam....
sampai la habis aku menaip ni aku belom tido lagi....
hadohai...
Thursday, December 9, 2010
sudut mari bersembang: Serigala
semasa anak anak serigala kecil, mereka akan saling bermain, kejar mengejar dan bergumpal antara satu sama lain...apabila mereka semakin dewasa, mereka telah mempunyai sifat dan kebolehan untuk membantu mereka hidup di dalam persekitaran yang mencabar.bagaimana hendak mencari makanan, berhadapan musuh dan segala macam ilmu survivor dalam kehidupan hutan bat... hutan tundra maksud saya.
semakin meningkat umur anak serigala, mereka perlulah meninggalkan kawanan mereka sewaktu kecil untuk memajukan diri mereka, mengawan dan membiak atau membina kawanan mereka sendiri.
Bergantung pada individu itu untuk menyertai mana mana jenis kawanan sama ada kawanan yang ganas, menyertai kawanan yang tidak melintas kawasan hutan atau menyertai kawanan yang tidak menganggu kawanan lain
tidak ketinggalan serigala yang menyendiri...kurang aktif bergaul dengan kawanan yang lain...
Saudara saudara sekalian...
ada antara anak serigala ini bersifat dominan, ada juga bersifat pelindung dan berbagai lagi sifat manu.... sifat serigala maksud saya.. ada anak serigala yang berubah langsung sifat mereka selepas meninggalkan kawanan mereka dari kecil.
setiap serigala mempunyai sebab masing masing di atas tindakan serigala itu sendiri...sama ada bergerak berkumpulan atau solo, mereka tidak lari dari kejayaan dan kegagalan bergantung pada pengalaman, ilmu dan adaptasi diri mereka pada alam sekeliling...
**** jika rajin sila tukar watak serigala itu kepada homo sapiens....
kredit pada web yang aku dah rembat gambar ni dan tak lupa pada wan ahmad '' thanks bro''
Monday, December 6, 2010
petang ni akhir tahun laa......
sedar tak sedar petang ni akhir tahun......
gua boleh terlupa....
kepada kengkawan semua jangan lupa senja ni tahun baru.....
***moga rahmat tuhan yang maha esa dilimpahi keatas semua umat muhammad...Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)