Monday, May 9, 2011

Mengimbas kenangan zaman nak up : Rohanita Zulkifli

zaman bebudak tahun 2000 
skarang ada yang jadi penyanyi, jadi chef, convert agama pun ada.
Alhamdulillah semua jadi manusia gak la...haha


   Entah kenapa malam ni aku terkenang kenang zaman baru nak up masa sekolah menengah, tapi lebih pada kenangan aku bersama seorang budak perempuan yang bernama Rohanita Zulkifli. Sebaya tapi bersekolah di sekolah yang berbeza.

   Berkenalan di MIRC (haha, klasik kan?) dan blind date di Sunway Pyramid. Hari itu dia bertudung kuning, berbaju T lengan panjang dan berseluar jeans bewarna krim (powerkan ingatan gua kalu pasal perempuan) dan gua errr..... tak berapa ingat gua melaram macam mana, tapi zaman ni gua suka kemeja tak butang dalam t-shirt dan seluar carhartt warna brown kot, seingatnya gua pakai topi full cap (zaman ni memang style la kalu pakai fullcap...haha).

   Air mukanya lembut, matanya sepet bila senyum (siap gua tanya mak abah dia jawa ke...haha) dan suaranya lunak. Semenjak blind date tu gua selalu la telefon si ita ni (gua panggil dia ita). Hampir setiap hari la gua korek tabung dan bertapa kat public phone...

   Tapi bila gua aktif main ragbi gua dah jarang telefon dia konon kononnya gua perlukan rehat sebab pertandingan dah dekat dan tak nak anasir gua menganggu persiapan mental gua. Tiba satu malam gua pasang niat untuk menjadikannya teman istemewa versi cinta monyet.

   Lepas sahaja pertandingan tu malamnya gua telefon si Ita ni... dan apa yang gua ingat lebih kurang macam ni la ayat gua kat dia..

"err....saya nak couple ngan awak la"

dia diam, lama pulak tu..

"kenapa tak bagi tau awal awal?, saya baru je couple 3 hari lepas"
...............................................................................................................................................................

   well kawan kawan kalau la anda simpan atau pendam perasaan, tak elok simpan lelama. tak kira la percintaan ke, bengang ke atau apa pun perkara, baik luahkan cepat cepat.

***tiga hari je gua lambat, kalu tak dah jadi kekasih versi cinta monyet tau.

Dan akhirnya dia hilang dipuput masa....

apa khabar la ye agaknye  awak sekarang Rohanita Zulkifli?....

4 comments:

Najwa Aiman said...

Bro... lagikan orang yang couple tiga tahun pun boleh dirembat bro... Mender aaaa.... Kasi malu sama gwe... Cet!

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

naj: ini zaman gua budak baik dan hati gua suci seperti sutera putih, lu kena faham tu...haha

Fa-T said...

yang ni beru rare.. dulu gua melepas sebab ni jugak... tapi yang penting gua tak tepuk sebelah tangan...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

fa-t : apeleh buat segalanya gua dah lipat kemas dalam sejarah hidup gua