Semalam sepupu aku bersanding dan aku jadi penanggar. Pakngah aku pesan tugas kami anak anak saudara ni cuma pastikan Pak lang aku tak jatuh air muka masa kenduri. Dan bermulalah aku memikul tugasan paling dasat waktu kenduri ini iaitu kena carik taik kucing untuk di buang. Serius mencabar minda tugasan ni...
Pukul 10 pagi tugasan aku pun dah lain iaitu jadi tukang susun meja reciving area untuk hadiah. Dah ada intake pertama hadirin dan hadirat, well dah ada yang mampu buat aku berenti kejap kerja untuk mencuci mata.
Dah nak masuk pukul 12.30 tengahari, hadirin hadirat semakin ramai kerja pun semakin banyak tiba tiba aku teringin tengok Salehuddin lari lari ke atau datang kat aku sambil menangis ke hahaha. Selamat Menyambut Hari Bapa pada semua pembaca....
Aku tak faham la kenapa ada lagu karaoke yang pasl putus cinta la kena tinggal kekasih la, Pelik benor rasanya dan aku terjumpa Cik Leha battle axe yang dah kurus sikit datang sebagai tetamu..hahaha. Takpa Leha rahsia ko selamat dengan aku kalau ko bagi wang perlindungan..
Dan kemuncak majlis bagi cucu cucu Nenek Rehmah apabila anak anak Maklong Dewi sampai. Aku takleh post gambar nanti kantoi haha... Tapi aku tak berkesempatan nak sembang sembang dengan dorang sebab sebok sangat.
Kesimpulannya kami sepupu pengantin berjaya dalam tugasan masing masing dan main objektif taknak bagi Paklang aku malu masa kenduri telah berjaya. Penat tak hingat dan aku terharu bila pengantin lelaki salam dan ucap terima kasih pasal kami bertungkus lumus berhempas pulas menjalankan tugas.
****dan aku rasa macam nak demam pun ada waktu type ni, mungkin banyak minum air batu kot...
2 comments:
Yang malu ialah pengantin... bila kala malam menjelma........
naj: tu dulu, sekarang ni tak kawen pon dah jadi janda...amacam?
Post a Comment