Friday, June 10, 2011

Kalau kerja kat......

Gua dapat idea lepas gua sembang dengan penulis paling angkuh yang mengatakan bahawa dia didambakan oleh setiap gadis gadis genit di Asia Tenggara semalam.... rasa nak siram asid je kat penulis tu...hahaha

"Kalau kerja kat Sijangkang kerja dengan mesin je, kalu dekat Kampung Jawa kerja dalam ofis. Mesti ada perempuan".

"Kalau kat Sijangkang pakai selekeh pon takpa, kalau kat Kampung Jawa kena smart smart gua dah la cute dan hensem mesti ada yang geram dengan gua".

"Kalau kat Sijangkang takde masa nak online, kalu kat Kampung Jawa ada masa nak online pastu nanti gua terjebak dengan cinta cyber. Gua dah la ayat manis. Hmm...".

"Kalau kat Sijangkang kerja tengah panas,  kalu kat Kampung Jawa kerja dalam air-cond. nanti buatnya ada yang kesejukan pastu mintak gua panaskan badan dia pulak...Hmmm".

"Kalau kat Sijangkang awek awek kampung je, kalu kat Kampung Jawa awek bandar Klang la, Shah Alam la, silap silap awek Subang pon ade. Hmmm..."..

Main point dia sebenarnya... Kerja kat syarikat besar tapi gaji kecik atau kerja kat syarikat kecik tapi gaji besar...hahaha...

7 comments:

mizlya said...

bg sy..mane2 keje pon ade cabarannya. kdg2 gaji kecik tp hati gumbira lebih baik drp gaji besar tp tensen memanjang.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

mizlya: ye tak ye dan setiap individu lain pandangannya mengenai keinginan dalam pekerjaan...

*****rasa macam heaven pulak kalau dah la kerja gembira pastu dikelilingi gadis gadis genit pulak tu...

pye:rudz said...

kalau gaji besar, duit banyak, lagi senang nak mengorat... kan? kehkehkeh...

Fa-T said...

humangai sijangkang ni....

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

pyerudz: jangan coba coba mempengaruhi saya

Fa-T: hahaha

Najwa Aiman said...

Gadis kampung lu tak boleh ayat beb... sebab semua gadis kampung hanya suka kat penulis yang angkuh tu. Selkuruh gadis kampung seluruh Malaysia beb! Eheks...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

naj: tetiba gua nak mintak "acid splasher" tu pertolongan pulak rasanya...