Friday, June 10, 2011

"Pemberian" dan "Harapan"

Pandora adalah isteri kepada Epimetheus(punya la susah nak eja...). Orangnya cantik dan maksud Pandora itu sendiri adalah "pemberian"..


   Pandora dikahwinkan dengan Epimetheus oleh Zeus dan Zeus telah memberikan sebuah peti untuk dijaga oleh Epimetheus sebagai balasan perkahwinannya kahwin dengan Pandora. Dan pasangan itu melalui hari mereka dengan bahagia. Walaubagaimanapun Pandora sering tertanya tanya apakah yang berada dalam peti pemberian Zeus kepada suaminya.


   Setelah berapa lama hidup bersama Epimetheus, Pandora ingin sekali membuka peti jagaan Epimetheus itu untuk mengetahui apakah yang berada dalam peti tersebut. Akan tetapi Epimetheus tetap tidak mahu memenuhi permintaan isteri tersayang dengan tegasnya walaupun sering dirayu Pandora.


   Oleh kerana keinginan hati yang menebal, Pandora telah membulatkan tekad untuk mengetahui apakah kandungan peti tersebut dan dia menanti dengan sabar waktu dan ketikanya kerana dia telah merancang untuk membuatkan Epimetheus mabuk sehingga tertidur. 


  Akhirnya masa yang sesuai telah tiba, ketika diyakini bahawa suaminya Epimetheus telah tidur senyenyak nyenyaknya akibat mabuk, Pandora telah mencuri kunci yang terikat pada leher Epimetheus dan segera meluru mencari peti simpanan pemberian Zeus.  


   Dengan mata yang bersinar sinar Pandora telah membuka kunci peti tersebut dan dengan sekali nafas dia mengangkat penutup peti itu. Hatta maka melurulah semua kejahatan dan kegelapan yang terkurung dalam peti tersebut bertebaran ke serata dunia. Terjelepoklah Pandora kerana terkejut dan menyesal dengan perbuatan beliau, akan tetapi ia sudah terlambat..


   Perlahan lahan dengan linangan air mata penyesalan dia menutup semula peti itu. Ketika peti itu hampir ditutup sepenuhnya, ekor mata Pandora dapat menangkap sesuatu yang bersinar dalam peti tersebut dan beliau tertarik melihat benda kecil yang bercahaya itu dengan lebih dekat lagi. 


   Dan diatas tapak tangan Pandora dia dapat melihat cahaya kecil bersinar terang yang tidak bergerak gerak. Pandora tersenyum walaupun kedua pipinya masih dibasahi air mata dan dia meniup lembut cahaya tersebut memaksa ia terbang ke luar jendela.  


   Sambil berdiri memandang cahaya itu terbang menghilang, Pandora percaya cahaya itu mampu menyelamatkan manusia dari keburukan dan kegelapan kerana cahaya kecil itu bernama "harapan"...



7 comments:

Fa-T said...

harapan la yang selalu bersinar dalam hati kita...

mizlya said...

ish! xsabo2 btul la pandora tu..
ape agaknye reaksi epimetheus ye??

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

Fa-t: kalu ang pompuan single memang aku ajak ang bercinta....

mizlya: "i told you Pandora but you wont listen to me... Come here my nasty girl, i want to punish you...

hahaha...

mizlya said...

uih!! marah tul.. better run, pandora, run, run for your life.

:P

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

mizlya: Pandora tak larikan diri, dia pasrah...

hahahaahaha...sakit perot aku gelak...

Najwa Aiman said...

Ni semua salah Zeus. Moral of the story, kebodohan menjadi punca kemusnahan. Apa ke motif dan jadahnya bagi hadiah kahwin peti berisi kejahatan...? Dah dipaksa orang tu kahwin dengan perempuan yang dia pilih, dibagi pula hadiah bodoh camtu....

Ni semua salah Zeus... Errr.... dah baper lama lu berkawan dengan Zeus tu?

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

naj: tu la nama dia win win situation

*****lu nak kena petir?