Monday, July 25, 2011

Kata kuncinya adalah.....

   Dulukan,  zaman gua belajar gua ingat lagi sorang minah dengan penuh bersemangat kata "disebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita". Gua tak pedulikan sangat cakap dia tu sebab bagi gua "jatuh bangun seorang lelaki tu, ditentukan oleh kakinya sendiri"...

  Selama bertahun tahun menerusi pengamatan dan pengalaman gua, gua rasa apa yang gua terapkan di sanubari gua tu betul. Jatuh bangun seorang lelaki adalah dari kekuatan dan perasaan seorang lelaki itu sendiri. Sedih ke gembira ke menangis ke atau ketawa terbahak bahak ke seorang lelaki itu perlu lalui juga tak kira la berapa masa yang perlu diambil untuk bangun dari zaman "tumbangnya seorang lelaki"...

  Tapi, semenjak kebelakangan ni kata kata "disebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita" itu semakin kerap gua fikirkan. Bagi gua la secara individu, dengan adanya komunikasi dan hubungan yang sihat antara satu pasangan tersebut akan memudahkan segala jalan dan cara untuk menempuhi segala masalah yang berada di hadapan mereka.

   Kata kuncinya adalah perbincangan antara pasangan, bertolak ansur dan faham memahami antara pasangan masing masing, amat amat sesuai untuk pasangan yang baru melangkah gerbang perkahwinan. Apabila pasangan kita dapat memahami situasi kerja atau kehidupan seharian kita, ia akan memudahkan urusan rumah tangga. Dan tak berserabut sangat kepala nak memikirkan masalah kerja dan ditambah dengan masalah rumahtangga...

******************

Inilah pemerhatian peribadi gua selama gua hidup sebagai kawan, teman, suami dan juga seorang bapa...

******tapi...kan bagus kalau hidup ini mudah seperti yang kita bayangkan....haha

4 comments:

Fa-T said...

sambil tolak.. ansur-asur pun perlu...

Fa-T said...

sambil tolak.. ansur-asur pun perlu...

Najwa Aiman said...

Bro... Bila tuhan jadikan pada diri lelaki itu zakar, sebenarnya ada lebih daripada sekadar satu kegunaan saja anatomi tersebut tau...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

fa-t & naj: hmmmm (sambil menggelengkan kepala)