Aku kerja di bahagian operasi dan ada beberapa pekerja yang di bawah seliaan aku (awek takde pulak dalam department aku...ciss). Tugas aku setakat ini la buat surat dan memo, chek kedatangan dan jadi wakil syarikat kalau jumpa pelanggan. Ada lagi tugas yang akan menyusul tapi dalam minggu depan kot baru aku kena buat
(*****dengor kate aku kena conduct traning, mampos!!!!..klinik bolasepak reti la aku)
Yang paling buat aku derita adalah dengan ketiadaan PC dan juga kedudukan meja aku yang sangatlah central kedudukannya. Depan aku bos marketing, kanan sikit bos jabatan operasi, hujung belah kiri bos jabatan IT, masuk lorong kanan dah jumpa bilik GM dan ntah hape satu lagi bos. Belakang aku bilik PA Datin dan belakang belah kanan pulak bilik Datin..
Tapi yang nikmat dunianya ada awek dari department lain ajar aku buat kerja seperti awek dari ACC dan jugak awek dari HR. Dan nikmat extravaganzanya bila dorang panggil aku "Encik", rasa macam aku Master dan dorang slave pulak
(*****masa awal awal kerja, gua tahan gelak sambil pandang tempat lain bila dorang panggil gua "Encik"..)
Hari pertama kerja gua dah terpaksa mengeluarkan memo untuk pekerja bermasalah, hari kedua gua terpaksa marah orang dalam telefon dan hari keempat gua terpaksa tinggikan suara dekat staff yang mengular tak henggat dunia
(*****gua dapat laporan dia tido kat surau sekolah dekat 2-3 jam. Bila gua tanya kenapa, dia gunakan alasan sembahyang sunat pada jam 11 pagi. Macam lahanat je kan?)
Dan gua rasa pengalaman gua sebagai admin kat syarikat tak berapa nak besar dulu dapat membantu kerja kerja gua di syarikat baru sekarang
******************************
Semalam masa sembahyang jumaat gua ingat nak lelap jap kat masjis, alih alih gua terlajak tido sampai sejam. Nasib la gua dah kawtim dengan officemate gua
Dan gua masih mencari kedudukan strategik nak lelap waktu kerja. Setakat ni tempat lelap terbaik adalah di bilik pegawai operasi aku.. haha
****agak agak SS2 banyak ikan bibir merah tak?
6 comments:
Bro, dah tukar kerja ke? Ni SS2 SJ ke PJ nih?
ye pakcik naj...saya di SS2 PJ...
kedudukan mejakerja nko memang tak boleh blah beb. center of the universe tuh!
kerja tukar....
tulisan dalam blog ni pun tukar...
hahaha..dah macam pengawas..
pye: tu la pasal, memang tak dapat nak ngular...
haduiiiii
Fa-t: kononnye anjakan paradigma la ni...
cryclown: pengawas la sangat...
Post a Comment