Monday, September 12, 2011

Fail no.12477

  Salah seorang  pengawal keselamatan yang bekerja dengan kami. Dengar cerita dari bulan Mei sampai la sekarang baru minggu lepas dia cuti, raya pon dia tak cuti, sama la macam gua.

  Asal dia dari kedah, berumur sekitar 50-60 tahun dan persis arwah abah gua (still arwah hensem dari dia..haha) telah mendirikan rumahtangga tapi hancur di tengah jalan. Mempunyai anak tetapi aku tak tahu jumlah anaknya.

  Sangat takut melakukan rawatan di hospital kerana dalam fikirannya pergi hospital je kena operate... haha. Rasanya dia tinggal di hostel syarikat kami.

  Semasa gua kat admin untuk mintak surat rawatan doktor untuk En. 12477, admin seperti biasa la terkial kial mencarik fail.

"Ju carikan fail 12477..."

"12477? yang mana ek? yang gila tu ye?"

"Astaga, tak baik la kata orang macam tu, saya sembang dengan dia ok je.."

"Betul Cik Gafa, kalau kita sembang dengan dia dia ok la tapi kalau dia dok sorang sorang..."

"Dia sembang sorang sorang?.................... tu bukan gila, tu namanya tekanan..."


........................................................................

  Well saudara saudara pembaca blog saya, inilah kisah kehidupan realiti kerja yang paling lekeh untuk orang tempatan iaitu Pengawal Keselamatan. En 12477 telah mempunyai anak yang sudah besar tetapi dia diabaikan oleh anak anaknya. Dan sewaktu saya sedang menaip ini saya tersentuh dengan keadaan En 12477 yang sakit tetapi takut mendapatkan rawatan, mengalami tekanan sehingga berhalusinasi serta hidup sebatang kara...

  Dimanakah taraf seorang lelaki itu diletakkan walaupun dulu ia mempunyai keluarga dan sanak saudara? mungkin dia mempunyai kerja tetap atau sejarah silam yang tidak mahu diimbau kembali?...

Marilah kita doakan agar dipermudahkan perjalanan hidup En. Md Akir PK 12477.

4 comments:

pye:rudz said...

semoga beliau sukses selalu.

Najwa Aiman said...

InsyaAllah... doa beta untuk Encik... entah... nombor fail lu pun kompius...

Anyways... entri lu buat wa takut...

Fa-T said...

kasihan pakcik tu... ya bersamalah kita doa untuk kebaikan dia...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

pye: mintak nye begitu la adanya...

naj: gua mengantok la...

fa-t: mintak jangan la ada lagi insan yang senasib Encik 12477