Friday, December 26, 2008

Aku yang tak bertanggung jawab

Bini aku dah mengandung 5 bulan.....

aku boleh tak sedar yang dia mengandung..........

mati mati aku ingatkan dia makan berlebihan...........






lisa surihani punya pasal la ni...........

penangan hujung tahun

perghhhh.....

kat ofis aku dah ade GM........

kerja aku kat luar semua kena pantau..........

report menimbun banyak gila..........

Nak bukak e mail pun takde masa..........

sampai nak kutuk team malaysia pun tak leh......

tapi aku sayang negara aku,bangsa aku, agama aku,kengkawan aku,rakyat malaysia tak kira cina,india,kadazan dusun dan banyak lagi kaum kat malaysia

mukmin itu bersaudara.......

Tuesday, December 9, 2008

TERPAKSA REDHA

Helmi........Helmi...............

Yang kau gatal gatal berdiri depan sangat tu kenapa?

Katakanlah Malaysia tak dapat masuk separuh akhir,
Sathianathan tak dapat sambung kontrak,
Malaysia kena la cari coach baru
Aku antara beribu ribu penyokong Malaysia yang kecewa buat ntahbrapakalintah
sedih beb......gol yang sepatutnya boleh di elakkan

Apapun aku terpaksa redha ketentuan illahi

terpaksa redha ? ada ke istilah ni?

Saturday, December 6, 2008

kemenangan pertama

alhadulillah malaysia menewaskan laos 3-0

ya allah kau berkati perjuangan pasukan negaraku

60 minit pertama-malaysia baru nak belajar passing,aku menyumpah seranah tak hengat

30 minit terakhir-baru main betul betul,tu yang score 3 bijik tu,time aku senyum sampai ke telinga

kredit kat Malaysia-safie sali ,zakuan adik beradik,zamani misbah dan indraputra tak lupa daudsu,mamat ni relek je dapat bola yang lain gelabah puyuh

yang patut kene carut-hairudin omar,rupa ganas tapi main macam baru lepas sunat

keseluruhan-main macam first half ni ade harapan keluar awal

aku sentiasa mendoakan kejayaan pasukan kebangsaan ku-amin

Friday, December 5, 2008

MARI KITA DOAKAN


YA ALLAH SEMOGA KAU BERIKAN KEMENANGAN BAGI NEGARA MALAYSIAKU....


AMINN

hari minggu demamku



Minggu lepas gua dilanda demam,dari khamis minggu lepas sampai hari jumaat minggu ni aku masih dapat rasakan virus virus bertebaran di dalam badan aku.Mungkin anti virus dalam badan aku tak kuat.


Jadi melepek la aku kat umah sambil menonton tv...... seingat aku genap 10 tahun powerpuff girl ke udara dan jadi tontonan kanak-kanak di dunia ni.Aku pun melayan la cerita powerpuff girl rules the weekend nih....


Ada bubbles yang biru tu....ada buttercup yang hijau.....dan merah si blossom....dan sememangnya diorang ni cute sangat..........

Lama lama aku perasan babak dalam powerpuff girl tu ganas sangat....Betul beb .....nak lagi ganas babak dia belasah mojo jojo...sampai keluar otak!.Mungkin hari tu aku terlampau banyak sangat menonton episod powerpuff girl


Budak budak kecil ni kain putih.Bila di tengoknya marathon episod powerpuff girl ni sedikit sebanyak terpengaruh jugak rasanya bebudak nih..


Tapi layan beb keletah power puff girl nih...cute dan comel la bagi aku...Nak tau lagi lanjut leh klik kat sini.Kalu korang paham tulisan kat Home die la.....

Wednesday, November 26, 2008

DI RI KU

The following graphic features Anjolico the wireless cat, a cartoon character created by Tony Yau,in Hong Kong. Anjolico is regularly featured in both print and web publications dealing with the job market and the work place humor. Here we have Anjolico encouraging regular "shoulder-roll exercises" as part of a program of injury prevention for office workers. We see the animated worker rotating his shoulders from front to back.


Pagi Pagi:NATURAL





sampai ofis....time in.....duduk depan pc...cek e-mail.....surfing.....buat repot seket...


gi makan.....naik opis....wayang seket.....





Tengah Hari:WARM UP





wayang keje dah tamat......prepare untuk keje esok.......turun bawah stat moto.....


pegi melawat pekedai......selalunya balik umah bagi kucing aku makan....mandi.... hensem hensem seket.......lapor diri kat BOS BESAR....doa tak kene sembor dengan pekedai....


turun ke medan perang......bergantung pada mission'





Petang:HEAT





waktu makan tak makan......buat keje je.....menemu bual pekedai.....kene sembor seket....


acah acah muka baik.....amik statment.....dari satu kedai ke kedai lain.....kalu ade special mission'


menyamar sebagai civillian.....beli produk kompeni seniri buat repot.......dari satu kedai ke kedai lain





Waktu Tamat Keje:COOL





bila makanan masuk perot....badan jd malas...tu yang aku makan amat lewat.....takpun hujan....
balik ofis buat keje sikit ....surfing sikit...balik umah.





Malam:tru kolore





bertukar profesion kepada manager pasukan bolasepak dalam PS2...merangka strategi dan percaturan pasukan.....malam special peranan dirahsiakan....malam biasa main futsal....selalu tido pukul dua...






Informasi :green horn


**mate keje aku penah tegur muka macam tak cukup tido....aku jawab aku imsonia





***bila orang sembur aku aku tak lawan aku layan je dia....taktik ni berjaya selalunya orang tu jd kawan dengan aku





***awal pagi tak turun minum....buat keje dulu....dah habis kerja baru minum...





***tanda tanda stress keje dekat aku...bahu sakit....tengkuk sakit





***aku selalu prepare keje untuk esok...hilang mood kalau ade problem dengan komputer





***aku pentingkan result kerja dari cara nak buat kerja....at de' end penting dari jalan cerita





***lebih senang melayan tokey besar dari anak dara yang jaga kedai....perasan cun......macam hamlau

Monday, November 17, 2008

Ayat Ayat Orang Lama


JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH TIADA ATAU MASIH BELUM ADA TEMAN HIDUP,MUNGKIN ANDA BOLEH MENGGUNAKAN BAHAN RUJUKAN DI BAWAH

Cinta pandang pertama satukan Osman, Bedah
OSMAN Jusoh dan Bedah Hashim bersalam selepas sah menjadi suami isteri di Kampung Charuk Sikin, Kupang Baling, semalam.

BALING 15 Nov. - Cinta tidak mengenal usia, Begitulah yang berlaku ke atas pasangan Osman Jusoh, 85, dan Bedah Hashim, 65, apabila cinta pandang pertama mereka membawa ke jinjang pelamin.
Osman dari Kampung Mengkuang Masjid Kuala Pegang dekat sini menganggap pertemuan pertama kali dengan Bedah sebagai unik. Apatah lagi dia merupakan calon lelaki ke- 40 yang berjaya menambat hati Bedah selepas pasangannya itu menolak lamaran lelaki lain.
Hanya Osman lelaki yang diterima sebagai pasangan hidup Bedah selepas wanita itu kematian suaminya, Hamid Che Hat yang meninggal dunia empat tahun lalu.
Bersaksikan tujuh orang anaknya bersama 34 cucu dan sembilan cicit, Osman yang lengkap berpakaian baju Melayu berwarna putih tiba di rumah pengantin perempuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, kelihatan ceria sebelum diiring ke tempat persandingan dengan iringan kumpulan marhaban.
Osman mengambil keputusan berkahwin semula selepas kematian isterinya, Saudah Awang pada tahun lalu.
Pasangan Osman dan Bedah dinikahkan pada 7 November lalu di Masjid Al Ariffin Gua Reban dekat sini oleh imam masjid berkenaan, Ahmad Saidin Ishak.
Osman berkata, dia ditemukan dengan Bedah hasil usaha jirannya dan akhirnya mengambil keputusan untuk memilih wanita yang mempunyai tiga orang anak itu sebagai suri hidupnya.
''Saya gembira kerana anak- anak dan cucu merestui perkahwinan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis bersanding di rumah pengantin perempuan di Kampung Charuk Sikin, Kupang, dekat sini.
Menurut Osman, hantaran sebanyak RM3,445 dan sebentuk cincin menjadi ikatan mereka selepas lebih sebulan mengikat tali pertunangan.
Bagi Osman, walaupun usianya telah lanjut, pendengaran dan penglihatannya masih baik dan mampu membaca tanpa memakai cermin mata.
Malah pengantin lelaki itu memberitahu mampu berjalan di hutan tanpa memakai kasut manakala giginya masih kuat.
Sementara itu, Bedah mengakui bahawa dia memilih Osman kerana yakin lelaki itu seorang yang kuat pegangan agamanya dan mempunyai ciri-ciri suami soleh dan bertanggungjawab.
Bedah yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu dengan Hamid berharap untuk hidup bersama Osman hingga ke akhir hayat.
Mengenai rancangan berbulan madu, Bedah berkata, dia berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah dengan suaminya itu.



'Dah...kalau Dah nak tau,Abang Man boleh masuk hutan tak pakai kasut..
Kalau setakat nak kunyah dodol tu senyum je la...

Renung renungkan..................

mempersembahkan:BAD aka FAIZ

ADA BRAN?

140 KM......

JALAN MACAM OMBAK........

MAIN SMS.......

NI LAH DIA KAWAN AKU BAWAK VAN....

KALAU NAK MATI PUN SORANG SORANG DAH LA............



aku bersyarah dia buat dek je...


tapi vennete tu memang laju beb

sape sape kenal mamat ni diam diam dah la

Friday, November 14, 2008

entah la


aku pun tak paham kenapa kucing aku ni tido sampai macam ni?

Monday, November 10, 2008

BARBARIAN konon,BABI ADALAH

assalamualaikum

Anda ada baca berita hari ini?mengenai 4orang termasuk wanita di pukul orang ramai bertempat di jalan loke yew 4pagi.Puncanya mereka bikin ribut waktu orang tengah menengok kemalangan jalanraya.

Jadi penonton kemalangan tu sudah hantam itu cermin belakang kereta.Tetapi mereka dapat melepaskan diri.Mengikut berita televisen Bernama mereka mabuk,tetapi dalam suratkhabar Malay Mail tidak menyatakan mereka mabuk atau tidak

Selang beberapa masa kemudian,bebudak bengong tadi yang dah berjaya melepaskan diri tu datang balik tempat eksiden tu dan bikin satu lagi ribut,jadi lebih kurang 30 ke 40 orang melakukan gelombang tsunami pada kereta tu...........

jadi mendapat la bebudak 4 ekor ni termasuk dengan seorang perempuan ni 'orang lain punya eksiden orang lain cedera parah'.

persoalannya:
Dah la mabuk,yang korang nak bikin ribut sampai langgar kereta orang lain buat apa?Dan yang paling aku tak boleh terima kenapa la dengan bijaknya korang pergi repeat sekali lagi ribut tu kat tempat yang sama?

kenapa berita dalam surat khabar dan televisen gambarannya bercanggah?Dalam tv kalau la korang tengok ,terang terang salah bebudak mabuk ni!.Tetapi lain pula dalam Malay Mail!Kerana mereka berempat itu BANGSA CINA dan yang memukul mereka kebanyakannya bangsa melayu.ada bau bau perkauman nampaknya.

apa leh buat teoh el sen and aizat sharif punya laporan.

teoh el sen aku agak tukang repot ,yang si aizat ni budak tangkap gambar je

Madness reigned over Jalan Loke Yew in Kuala Lumpur early yesterday at the scene of a fatal accident when a vicious mob attack left four people badly bloodied and injured. Witnesses said they were horrified at the senseless beating of the three men and a woman in their 20s, adding that the mob acted like barbarians.

The four friends stopped at the accident scene where, earlier, souvenir shop storekeeper Syed Mohd Shahrizal Syed Sahari, 21, had been killed instantly in a crash involving four motorcycles and two cars. It is learnt bystanders first got angry with the four when their black Proton Saga screeched to a halt at the crash scene about 4am.

An argument started and several bystanders smashed the car's back windscreen. The four sped off, returning minutes later to confront the assailants. This time, witnesses said, their car hit a stationary Proton Perdana near the Shell station at Jalan San Peng, sparking the mob frenzy.

They were dragged out of their car and beaten by some 30 people armed with crash helmets. The girl was not spared and had her clothes ripped. The mob continued to attack her even when a friend tried to shield her inside the car. The mob smashed the front windscreen and windows, dented the side with motorcycle helmets and even jumped on the roof of the car.

All this, while the other men continued to attack the four victims. Other bystanders either ran helter skelter or stood and watched. One witness later said: “I cannot believe that such violence could happen on our streets; that these people could so easily follow the crowd.

“In the chaos, I remember hearing one of the victims shout out to his bloodied friend, 'remember their faces! remember their faces!'” The assault lasted less than 20 minutes and the crowd totally dispersed by 5am. Dang Wangi district deputy police chief Supt Sulaiman Salleh said the victims made a police report at Kuala Lumpur Hospital about 9.40am, also claiming one cell phone was taken.

KALAU KORANG TENGOK BERNAMA TV DAN KORANG BELI MALAY MAIL MUNGKIN KORANG BOLEH FAHAM

Friday, October 31, 2008

Julung-julung kalinya

`Gua suda buka kedai en set suda 10 tahun wooo...'
`Ini pertama kali kompeni lu olang punya staff mari datang gua punya kedai'

Bila dengar macam tu punya cerita aku terfikir tahun ni aku nak usulkan diri aku sebagai employee of the year syarikat telco aku kerja nih

*pelik jugak kedai apek ni kat klang je....

Friday, October 24, 2008

misteri

Pukul 12 malam.Aku di hadapan tv..Hanya berboxer sahaja.Menanti siaran tertunda Malaysia menentang Myanmar.

Perlawanan pun bermula.Sambil berbaring dan badan diselimuti toto,aku kusyuk menonton perlawanan itu.

Aku masih ingat lagi minit ke 10 amirul hadi membuat larian solo di sebelah kanan padang...Dannn........

Semuanya gelap tanpa disedari........Fana.........Aku tidak sedar apa yang telah berlaku.............

Sedetik.....Dua detik......Dan beberapa detik kemudian

Sayup sayupku dengar seseorang menggomel sesuatu.........

Deria pendengaranku mula berfungsi semula........

Kelihatan bayang samar samar sesuatu bercahaya di hadapan ku.........

Setelah visual mataku berfungsi semula aku dapat lihat dengan jelas perlawanan sekarang sudah sampai ke minit ke 92 masa tambahan...

Pernah mengalami situasi vortex...?Atau merentas masa?

Para pengkaji paranormal membuat kesimpulan sesuatu keadaan dimana satu titik A ke titik B yang julat masanya panjang menjadi pendek jika perubahan megnetik sekeliling terjadi

Aku antara mereka yang bertuah dapat merasakan situasi merentas masa itu







*sedap lagi tidur di katil dari depan tv

Friday, October 17, 2008

Luahan....

Pagi tadi,sebelum keluar rumah aku menonton sebuah rancangan Astro memaparkan perkauman di Rwanda.Bagaimana dendam dahulu menjadi barah dalam masyarakat.
Bagaimana dahulu jiran menjadi musuh.

Bermula dari zaman penjajahan Belgium yang meletakkan kelas pada kaum seperti di tanahair kita.Melayu di kampung,India di estet dan Cina di bandar.Dendam membobok bertahun lamanya meletus,hasilnya 50o,00o orang menjadi mayat

Media memainkan peranan,mengapikan perkauman.Konspirasi menjadi pencetus.
Penyampai berita angin menyebarkan berita.Hasilnya nyawa manusia ibarat nyamuk.

Aku terbayang jika ia terjadi di Malaysia tanah tumpah darahku...
Tergamakkah aku memarang bekas rakan sekolah Indiaku,
memijak perut bos cinaku dahulu?

Mampukah aku melibas rakanku pendokong idelogi Anwar ibrahim.Atau peminat Teresa Kok.
Tidak sama sekali...Tetapi untuk memenggal kepala mereka yang menggangu perpaduan seperti nama di atas.....hanya tuhan dan diriku tahu....

Api perkauman dari pandangan ku kelihatan ada bunganya.Cuma ia terletak pada diri kita.Samada mahu memadam atau menyalakannya.

Wednesday, October 8, 2008

DAH BAYAR GAJI TAK NAK BUAT KERJA

Aku bengang betul dengan laman web FAM ....
Tak berkemaskini....Aku nak tau akan keputusan perlawanan persahabatan dekat Slovakia.
Tapi semua cerita dah basi dalam tu...

Kali ni aku bukak....Ada masalah dengan server.... Macam @#%*.....
kepala @#%*.....

Aku hairan la dengan situasi dalam FAM....En.setiausaha baru tu aku rasa ok je dari Ibrahim saad....Tegas je sikit,orang menyungut...kata tak suka media la tak rapat dengan persatuan negeri la.Macam budak budak...

Di sini aku nampak FAM dulu agak pondan atau agak sekolah rendah tarafnya.Maka ada puak puak yang tak senang buatlah satu konspirasi nak jatuhkan En setiausaha......Bangang punya persatuan negeri..Orang nak ajar disiplin ,itu pun tak boleh terima,tak profesional langsung..

Apa pun aku harap Ranking Malaysia dalam FIFA naik la sikit selepas tahun 2008...Perlawanan antarabangsa dah banyak....Futsal 66 dalam dunia....Ragbi 70 dalam dunia...Bolasepak 166...
sedih aku

Sunday, October 5, 2008

BERHENTI ROKOK!!!!!

Aku seorang perokok,yang cuba berhenti merokok.Berbagai petua yang aku dengar.Air kelapa campur abu rokok misalnya

tapi nak berhenti merokok guna teknik helmet,meja makan dan batang penyapu.....

Hentak guna topi keledar
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mereka cuma mengadu sukar menghilangkan ketagihan merokok dan mengalami penyakit hati ketika mengunjungi sebuah keluarga terdekat di Pangsapuri Sri Sarawak, Jalan Imbi di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri terbabit, Mohd Ibrahim Kader Mydin, 47, dan Rosina S M Mydin Pillay, 41, ditawarkan upacara rawatan pelik yang kononnya boleh mengubati kedua-dua penyakit itu oleh seorang anak saudara berusia 23 tahun.

Lelaki itu mendakwa dia mampu mengubati ketagihan merokok si suami dan penyakit hati yang dihidapi isterinya dengan mereka dipukul bertalu-talu menggunakan topi keledar dan batang penyapu manakala kepala dihentak di atas meja.

Upacara rawatan karut dan gila itu dikatakan berjalan selama sejam bermula jam 2 petang membabitkan semua 11 ahli keluarga, termasuk suami isteri itu memukul sesama sendiri.

artikel ini dirembat dari harian metro

Dulu masa aku terlibat dengan silat pun bengkak bengkak walaupun pakai pelindung badan.
 

Friday, October 3, 2008

CERITA DI BULAN RAMADAN

40 kilometer naik motorsikal pukul 5.30 petang memang azab....

dengan haus,lapar dan kebas bontot bercampur-baur,fikiran aku hanya teringat nak minum air tahu panas saje .......

dah dekat nak sampai rumah lepas tapak bazar ramadan,Tiba-tiba......

ada awek la naik motor....dengan sekejapan segala penderitaan gua hilang.......

dalam beberapa minit kemudian gua pun sampai rumah..........

`Mak ain mane?"

`la baru je keluar tadi pergi pasar dengan anak cik imah ko tadi'

tetiba je terlintas di fikiran gua tadi muka awek tu...

lawa gak awek tadi tu ye..hehehe....

macam pernah ku lihat awek tadi............

allah.....awek tadi tu rupanya gadis yang gua nikahi 2 tahun dahulu.....

gua terkedu kerana penat,lapar dan dahaga boleh menyebabkan hilang rasa sayang

dan di sini gua buat kesimpulan yang memang ramadhan boleh mengekang nafsu ....

dan gua rindu Ramadhan al murtabak eh silap Ramadhan al mubarak

*murtabak kat kemaman  boleh tahan rasenya

Wednesday, August 20, 2008

jangan mengelijat

Semenjak FAM kata musim depan pemain import dah tak boleh main
macam macam komen keluar kat surat khabar ,kedai kopi,salun rambut,tangga mesjid ESPN pun ada
memang la nampak macam satu langkah ke belakang tapi aku yakin FAM dad alasan kukuh
bukan alasan bodoh taknak bagi kedah menang piala lagi
satu nya yang aku rasa kerana hampir tiap tahun ada saja persatuan yang miss bayar gaji
kalau aku company tak bayar gaji berbulan bulan aku selamba bakar je ofis aku...
yang kedua AFC dah turunkan rate liga kita yang acah acah super ni ke kelas D.
tuuu diaaa... yang mana pasukan kelab atau negeri kita akan lawan kelab dari filipina(ni aku tak pasti) bangladesh(ni confarm) dan yang setaraf dengannya dalam merebut Piala Kelab Kelab Asia
punyalah hina AFC buat macam tu kat malaysia...
aku pikir ok gak idea FAM ni...
manatau dengan menggunakan pemain tempatan paper kat asia ni akan tulis:
Selangor won asian cup with 100% local player,
kedah trashed bangladeshi:hail to malaysian
tanpa pemain import upb myteam 7-kelab filipina -o
apapun majulah sukan untuk malaysia tak mengira kaum
kick racist from us

Tuesday, August 12, 2008

bendera malaysia old skool


aku ingat nak buat la bendera ni gantung kat depan rumah

apa pendapat kawan kawan

kononnye la..........

boring jugak lepak ofis sensorang,
kontrak dah nak abis,
ada sikit malas dalam diri ,

semenjak kontrak dah nak abis ni aku kurang bercakap la pulak ,
lagipun aku tak berapa sihat........
nak main bola pun malas....

yang aku rajin ialah tengok tv,
merayau rayau tengok blog orang lain
(manatau boleh plagiat haha)
main ps kat umah aku.

tapi darling aku tak suka nak melawak dengan aku la..
serius je kononnye la...
kucing kat rumah pun dah bertambah..

semalam buat promotion kat pasar malam best wooo...
student boleh menggegarkan iman....
nasib aku dah kawen...

sebenarnye aku tengah bosan ni.....

Thursday, July 31, 2008

Gua layan la game Malaysia dengan Chelsea...sebelum tu gua dah sound kat kawan gua Malaysia menang 2-1 tapi malaysia kalah 2-0.Ok la dari kalah 34-3 kalau under norizan bakar.
Babak pertama game Malaysia main agak menarik sebab player Malaysia berani beat player Chelsea.Gua tak sangka Amirulhadi berani rembat dari jauhsebab gua bajet Shukor ngan senior player je buat macam tu..Keeper Malaysia pon boleh tahan lucah jugak cara dia save first timer Deco..Zamani ,Fauzi Nan ngan 2 defender Malaysia pon mantap gak,berpeluh Anelka nak score
Second half, boring sikit sebab first eleven Malaysia dah banyak keluar..Aku malas nak komen can yang ada kat Zakuan bola senang je tapi dia buat lawak pulak...
Overall team MAlaysia passing masih perlu dipertajamkan , finishing pon sama.Aku rasa la kalau ada Liew Kit Kong dangan player perlis (budak lagi)ntah hape name dia ok gak
Apapun ujian sebenar AFF cup kit

Friday, July 18, 2008

!

dah berapa hari nak update ...
tapi tak update gak...
bila ingat pesan orang tua tua....
buat keje jangan bertangguh....
penyudahnye langsung tak buat...

Monday, July 7, 2008

kami yang terakhir tewas

Kami yang terakhir tewas.....
ya dua hari lepas kamilah golongan itu....
Adakah salah aku melepaskan gol caples angkara lakonan kecederaan pihak lawan......?
Ya memang aku bebulu dengan Paktam nak amik free kick tu sesangat!!!...
harapan kau punah bila S.E cheras tu amik penalti tak gol!!!...
dan aku dengan fikiran terganggu mempertaruhkan tuah menyelamatkan dua sepakan penalti sebelum ini untuk kali ke tiga....
Namun aku gagal......
Kami tewas penalti 1-0 setelah terikat 1-1 perlawanan akhir...
Apa pun badi pusingan ke-2 telah berjaya dipecahkan :)

Friday, July 4, 2008

di luar sana ada...........

'hello.........."

'Yah hello"

'you di mane ?"

'kat event skarang"

'tapi kenapa senyap...macam mana kat sana?"

'saya dalam toilet la...ok...sales kurang pasal awal lagi,orang tak ramai"

'Oooo...ye ke?saya nak awak pas....."

'MEOW........"

'AIK...APSAL SAYA DENGAR BUNYI KUCINGGGGG!!! YOU BUAT APA DALAM TOILET DENGAN KUCING???!!!!!"

'Errrrrr........"

haramjadah punya kucing,bikin kantoi je...
sambil dia memandang geram akan kucing itu yang sedang mengejar ekornya sendiri di kaki meja makan.

Wednesday, June 25, 2008

ahli sufi pernah berkata

ahli sufi pernah berkata...
sesiapa yang marah dia seperti bola di tangan kanak-kanak
maknanya disini.....
sesiapa yang marah perasaannya mudah dikuasai syaitan.....
termasuklah aku.....
-aku terlupa yang e-mail aku full name aku :b

tatkala claimku di reject

hari ni masuk 2 kali claimku ditendang bahagian HR.
aku keciwa......
ape kata aku bukak blog???
orait gak boleh kutuk orang HR tempat keje aku.
tanpa kantoi beb....