Friday, December 7, 2012

wat tu du.. wat tu du..

hei dud, samtaim ai wan tu du sam redikeles ting, mek sam fan wit samtin ordineri det we enkaunte averidey..

hauaver ai fil det ai tu ol tu du det kain of setaf..

bat wen ai ting egin " kamon gapa, chier ap, tek ea berek en bi eapi".

so ai ting ai hef sam ide.. haha

ail bi bek..

Wednesday, December 5, 2012

suara pekerja kecil..

assalamualaikum...

pekerja memerlukan suntikan semangat dan jangan menindas pekerja marhaem

apabila majikan lupakan perkara perkara ini, kelak nanti organisasi syarikat tidak berguna.

kepada pemimpin atasan jangan dilupa nasihat pekerja bawahan. ambillah masa mendengar luhan mereka, takkan terpalit kekotoran jika sudi mendengar.

***

" petang ni nak punggah barang pegi site"..

" aku takmo pegi kalu dorang tak bagi jawapan bila nak bayar claim aku. Dah 4
 bulan aku hantar tapi takde ape ape pon"

INI CONTOH... hehehe

***

sudi sudikan ambil pesanan saya..

pen merah pen biru,

you baca, i love you..

Monday, August 20, 2012

Why can't we tear down the walls? And show the scars we're covering...



Why can't we tear down the walls?
And show the scars we're covering...

Cinta Che Nin - di pagi raya

- Cinta datang dan pergi tapi tidak boleh ditukar ganti. Jika  Cinta  hilang menjadi milik orang, akan ku teruskan hidup menjadi lebih elok dari semalam. Cinta hadir disebalik awan, disebalik awan ada cahaya, Bercahayalah selamanya.. -





"Bang, mak ayah kata budak tu nak datang pukul 3 nanti,datang satu keluarga"

   Aku mengangkat kening sambil tangan memeluk tubuh. Aku memandang Che Nin dalam dalam kemudian mengalihkan pandangan ke air yang bekocak, mungkin haruan menyambar seluang. Dan aku melayan perasaan sendiri..

.....

.....

"Abang dengar tak?" 

......

.....

"Dengar tak?!!"  tegas nadanya.

.....

   Aku memandang kembali  Che Nin . Aku dapat lihat matanya berkaca. Perlahan lahan air matanya menitis membasahi pipi gebunya.

"Abang dengar sayang, abang dengar...."

"Dari dulu Nin dah suruh abang kerja elok elok tapi abang asyik tukar kerja, tengok sekarang apa dah jadi. Kan bagus kalau abang dengar cak...."

"Nin, berapa kali abang nak cakap perkara sama?!. Abang tukar kerja untuk kita. Kumpul duit untuk masa depan kita jugak. Sekarang ni kan abang dah dapat kerja elok, gaji dah besar dari dulu dan boleh tampung hidup abang sekarang. Bukan macam dulu, Nin cubalah faha....."

"Tapi kan dah lambat, kalau abang usaha dari dulu yakinkan mak takkan jadi benda benda macam ni!!!" tegas dan jelas tutur kata Nin walaupun sedunya kuat..

Aku iyakan dalam hati. Memang aku lambat bertindak, menunggu kerja yang tak kunjung tiba. Kerja di atas kapal. Dua bulan aku menanti, hasilnya.... Haus...

Aku mengalihkan pandanganku ke jalan besar. Melihat anak anak berbaju melayu dan baju kurung mengayuh basikal untuk beraya.

"Kita tak salah, mak ayah Nin tak salah. Ini semua qada dan qadar. Ketentuan Illahi. Kita dah buat sedaya kita. Doa sajalah harapan kita sekarang..." persis ustaz aku berbicara.

  Itupun selepas aku mengenali Nin. Wanita yang menarik ku merapatkan diri ke tikar sembahyang. Alhamdulillah sejak mengenalinya banyak tabiat burukku telah ku buang. Tiada lagi ganja, tiada lagi tidur sampai ke senja. Aku bersyukur pada Illahi ditemukan dengan wanita seperti Nin yang banyak memberi dorongan menjadikan aku lebih elok dari semalam.

"Mak kata Nin nak buangkan keluarga, perangai Nin dah berubah. Dah tak nak ikut cakap mak ayah. Semua ni  Nin  buat sebab Nin tak nak kahwin dengan orang yang  Nin  tak kenal. Tapi  Nin  tahu redha anak letak pada restu mak ayah."

"Memang betul  restu mak ayah tapi mak ada fikir pasal hati dan perasaan nin?. Memang la Tahir kerja lagi bagus dari abang. abang tau"

"Mak tak boleh terima abang sebab abang duda"

Ibarat petir terkena kepala. Aku menggelengkan kepala.

 "Abang tau abang pernah buat silap, Tapi yang bujang tu tentu ke lagi elok dari yang duda?.."

.....

.....

.....

.....

Aku bungkam Che Nin pun bungkam...



bersambung....

Saturday, August 11, 2012

kenangan raya gua beberapa tahun lepas

   Beberapa tahun dahulu, lebih kurang nak raya la dia kata dia nak balik kampung untuk beraya. Dengan mak gua dia kata nak balik 3 hari dengan mak tiri dia dia kata nak balik 5 hari dan dengan gua dia bagitau nak balik je. Jadi kami reramai la hantar dia ke airport.

   Salehuddin biasa la, anak abah la katakan mesti lepak dengan gua. Dia dengan Alaeddin sebab Alaeddin kecik lagi. Then tibalah masa dia nak departure dan gua hantar dia sampai pintu departure tetiba hati gua terdetik..

"Silap silap ni last kau tengok dorang kat sini"

Dan ajaibnya memang betul gerak hati gua..hahaha. (kalau pergi Las Vegas mau kaya gua ngan duit haram). Sampai ke sudah pon dorang tak balik raya lagi. Beberapa bulan lepas tu gua dapat SMS mintak cerai.

Tolong kawan, kawan tipu,
bini pulak mintak cerai,
kontrak kerja pulak da nak tamat...

Well tu semua cerita dulu..

kawan gua entah hidup ke mati ke taktau la ape cerita..
then dia pon gua dah lepaskan
dan gua pun dah kerja kat tempat baru
Insyallah gua dan Anzalna bertunang 30/ Februari nanti...

*****gua tak pernah la rasa nikmat beraya dengan anak anak gua walaupun berumah tangga dekat 4 tahun.. Yang buruk ambik jadi iktibar, yang baik tu korang foward kat wall facebook... hehe

Thursday, July 12, 2012

koyak atau tak,lantakkan!

Assalamualaikum...
Lama dah tak menaip kat sini..

Maklumlah banyak sangat yang gua carik dalam hidup ni. Gua carik cinta, kasih dan sayang. Tak kesah la dengan Maha Pencipta ke, insan atau alam termasuklah haiwan atau tumbuhan dan termasuklah  rezeki baru..

Apa la perasaan kalau yang kita  tau sesuatu akan terjadi kat masa hadapan siap dengan tarikh dan masa  macam hilang pekerjaan ke, akan hilang orang yang tersayang atau ermmm...

Dalam bolasepak ada satu pesanan " apabila team lawan lagi kuat jangan kita fikir macam mana nak menang tapi kita fikir macam mana nak bertahan". Ada lagi satu pesanan yang gua jumpa dulu " pertahanan yang terbaik adalah serangan". Gua mintak la lu orang jangan terpedaya dengan pesanan diatas.Dengor la cakap gua ni..

" Lantakkan apa nak jadi,sementara ada masa kita enjoyy 
( dengan gaya nora danish) "

walaupun kehilangan tu tak pasti, kalau jadi, hati gua akan terkoyak jugak.

tata.. i luv yu all

Friday, April 20, 2012

ikan buntal, pepatah orang tua, "meh" dan coo coo bird..



Status Facebook ibarat memancing di tepi laut...

ibarat pasang umpan umpun umpun untuk dapatkan siakap walhal siakap mana makan umpun umpun, alih alih buntal yang makan...

memadangkan asyik buntal je yang lekat, kita pun pindah tempat lain untuk elakkan buntal lagi...

walhal kat Jepun buntal mahal tau harganya...

***kalau kita peratikan secara teliti, mesti ada benda baik kat komen komen "buntal" tu...


.....................................


Sekarang ni saya kena kerja hari sabtu sampai jam 5 petang... ini bukan O.T tau!

pagi tadi bos saya En. Anas seorang bujang awal 30-an bersembang dengan saya dan tetiba terkeluarlah ayat hikmat dibawah ini..


" Aku malas nak balik awal, pukul 8 malam ke 9 malam ke baru aku balik, selalunya lepas buat laporan baru aku balik. Balik rumah pun bukan ada apa nak buat"..


tetiba je aku teringat pepatah orang tua tua... 

"Memantat mantat"

****kau taknak balik awal kau punya pasal la , lahanat......

.....................................


Mr. Ng berbangsa Cina berusia sekitar 50-an adalah seorang ketua juruteknik di sebuah hotel 3 bintang di ibunegara Malaysia, seorang yang fasih berbahasa Melayu dan senang bergaul...

En. Anas seorang bujang awal 30-an berasal dari negeri yang terletak di utara Sarawak dan berbangsa Melayu...

ikuti perbualan mereka..

Mr. Ng : "esok pukul berapa nak mulakan kerja..."

En. Anas : "maybe dalam pukul 10 i datang.."

Mr. Ng : "kitaorang ada pasang resistor untuk buat bypass dekat sini.."

 En. Anas : "Boleh meh?..."

Encik Muhamad Ghafar bin Abdul Aziz : "ini benar benar lahanat..." (sambil berkata dalam hati)


.....................................


   Beberapa hari lepas saya tergerak untuk melayari laman sesawang yang tidak senonoh dan malamnya saya pergi bermain futsal setelah hampir 3 bulan tidak bermain perlawanan persahabatan...

dan malam itu jugalah coo coo bird saya di sepak orang setelah bertahun tahun ia terselamat...

serta merta saya teringat ini adalah kifarah...

sakit kan tuan tuan?... ngilu tak?...

*** dan tuhan bayar cash kat saya....


sekian 

terima kasih

































pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas....

***mode: menggatal...



Monday, March 12, 2012

Kredit untuk Norazlan Razali

Dibawah ini video klip penjaga gol selangor buat lawak masa lawan Johor FC 10 / 03 / 2012




Dibawah ini permohonan maaf Norazlan Razali kepada penyokong Selangor FC di Facebook Selangor Fanatik



Salam...kpd pykong sgor sy azlan ingin mminta mf byk2 atas kslpan yg sy wat gme dgn jhr fc..sy btl2 myesal dgn tndkan sy pd mse 2...kdp yg xdpt mfkan sy xpe laa,sy hnye mnusia biase yg xlari mlakukan kslpan..ari 2 mnjadi pngalaman yg yg pling truk yg prnh sy lalui..mgkin sy xckup bgus untk team sgor n mgkin bkn rzki sy di sgor..trme ksih kdp mreke yg mbri komen yg baik n bruk kdp sy..sy trme dgn ati yg tbke..skli lg sy ingin mnta mf byk2 atas kslpan sy...wslm..




***** Tak ramai nak mengaku kesalahan dan mintak maaf depan orang ramai... Gua bagi dia kredit sebab dia berani mengaku dan mintak maaf...

Monday, February 27, 2012

Then he walked away...



***Bila aku nampak salehuddin dan alaeddin melambai kat aku dengan senyuman, air mata aku terus menitis...

Saturday, February 25, 2012

intelektual atau suara orang ramai?

mungkin isu ni dah lama kot...tapi apa ade hal...

mula mula layan ini....





pastu kita layan ni pulak





persoalannya sekarang ialah  suara siapa yang sepatutnya kita nak dengar sekarang ni...

suara orang ramai ke atau suara pakar dalam bidang berkaitan?



*****saya pilih untuk mendengar nasihat pakar....

Friday, February 24, 2012

Apabila manusia berkata...

Saya memerhatikan peningkatan kualiti bolasepak negara Malaysia sejak tahun 2009..

  Saya antara yang berada di stadium ketika harimau malaya kalah 4-0 di tangan Jepun. Sudah melangkah sebegini jauh pun cukup untuk tahun ini dan boleh cuba untuk kelayakan olimpik akan datang..

  Kita hanya pandai berkata "selagi coach n player x cerdik dr segi taktikal, selagi tu la kite akan jd jaguh kampung.." tapi pernahkah kita menyumbang sesuatu untuk kemajuan bolasepak negara kita sendiri???

  Kita hanya pandai komen sahaja dan adakah kekalahan semalam membuatkan kita malu, perlu diingatkan bahawa kita antara negara yang berjaya mara ke kelompok 12 pasukan terakhir kelayakan Olimpik zon Asia....

  Walaupun kalah 10-0 saya tetap rakyat malaysia dan tidak malu dengan kekalahan semalam kerana kita kalah di tangan antara pasukan terbaik di dunia...

***** 



kita tonton video ni dan bandingkan dengan kekalahan pasukan harimau malaya 4-0 bertemu Jepun

Wednesday, February 22, 2012

part time untuk permenent...

"kami memerlukan pekerja part time untuk permanent.."

part time untuk permenent?

aku tak berapa paham la

Saturday, February 11, 2012

Wednesday, February 8, 2012

antara water rafting dan pedal swan



Hari hari gua umpama water rafting.



 Kalau tak pandai layan jadi mayat la gua..



Ada la 2 -3 kali tongang tebalik la jugak




Gua yakin gua akan sukses.... Cuma masa yang akan menentukan...



***********************************************





Orang  persoalkan kenapa nak pilih water rafting kalau boleh  pilih pedal swan kat sungai sampai ke hujung...


Hahaha....


Sebenarnya ada 2-3 kali gua terfikir nak cuba nak main pedal swan la pulak..

Sebab pedal swan boleh naik 2 orang pastu manatau boleh belayar kat Sungai Suluh walaupun gua tak pasti sungai tu ade ke tak...

Tapi gua rasa water rafting lagi laju dan mengujakan walaupun harga kegagalan tu tinggi nak bayar...

Doakan gua berjaya... Bye..




***** update


ni gamba sungai suluh.....

Tuesday, February 7, 2012

kalau lah.....

kalau lah katakan aku kawen lagi dan bakal pak mertua aku mintak salah satu dari benda benda ni jadi hantaran....

1. Ayam Cemani                    RM11,000,000
2. Anti Cukur                         RM51,000,000 / Cukur
3. Anti Panas                         RM9,000,000
4. Anti Racun                         RM26,000,000
5. Anti Rasa                           RM68,000,000
6. Anti Tembak                      RM7,000,000
7. Bambu Pethuk Fisik          RM22,000 / Gram
8. Benalu Bambu                    RM5,000 - RM8,000 / Lembar
9. Batu Giok Super                RM864,000 / Kg
10. Batu Rubah                      RM13,000,000
11. Blue Safire                       RM9,000,000
12. Jenglot                             RM113,000,000
13. Cung Pet ( Matikan Lampu )          RM7,000,000
14. Daun Sirih Hitam ( Hilang )            RM98,000,000
15. Keris Bediri                     RM14,000,000
16. Kain Anti Bakar              RM21,000 / CM
17. Anti Basi                          RM13,000,000
18. Kantong Macan ( KM )   RM272,000,000
19. Mani Gajah ( MG )         RM136,000
20. Merah Delima ( MD )      RM5,000,000 / Gelas
21. Batu Air                     RM22,000,000
22. Batu Lipan ( Tembus pandang ) - Will Update Soon
23. Anti Bacok                      RM7,000,000
24. Wang Soekarno               RM226,000
25. Samurai Selendang        RM52,000,000 - RM113,000,000
26. Samurai Roll                   RM75,000,000 - RM226,000,000





ataupun yang bawah ni......



Berat Cicak Tokek 330 ~ 390 gram
1)  Berat 330 gram - 340 gram Minima 8ekor harga RM200k
2)  Berat 350 gram - 370 gram Minima 4ekor harga RM250k
3)  Berat 380 gram - 390 gram harga RM450k

Berat Cicak Tokek 400 ~ 1000 gram / 1 Kg
4)  Berat 400 gram  : buka RM5.5juta
5)  Berat 500 gram  : buka RM12.5 JUTA
6)  Berat 600 gram  : buka RM18 JUTA
7)  Berat 700 gram  : buka RM35.5 JUTA
8)  Berat 800 gram  : buka RM55 JUTA
9)  Berat 900 gram  : buka RM75 JUTA

gelap masa depan nak benikah lagi....

*****nasib la musim barang mengarut ni dah habis

Wednesday, February 1, 2012

Saya pon mau hip...

AsSalamualaikum...

Hai, saya che gafa sedang update blog dari ai-fone pinjam..

***terimas che ammi sebab bagi pinjam...


hak hak hak...

Thursday, January 26, 2012

bebelan jam 5 lebih

   Setiap manusia suka dipuji, yang ni memang lumrah manusia. Salah satu cara untuk berkenalan pun selalunya dari pujian (aku tau la aku suka guna kaedah ini).

   Secara peribadi aku sendiri la, selalunya aku pandang kekurangan yang ada pada kawan kawan aku sebagai kelebihan supaya aku tak nak kawan aku atau kenalan aku berkecil hati kalau aku menegur kekurangan mereka.

   Aku ada kawan yang penakut tapi suka berlagak berani. Kawan berbadan besar tapi tak berapa nak kuat. Ada kawan kreatif tapi ada masalah jiwa dan ada kawan yang bijak pandai tapi paranoid...

   Ada juga kawan aku yang mengalami kekurangan dari segi fizikal seperti kaki tempang dan pengkor. Hidung dan telinga besar sebelah. Dan juga berat badan berlebihan.

   Apa pun kekurangan fizikal kawan, kenalan, sahabat atau teman kita jangan sekali kita kutuk sebab itulah yang telah dihadapinya sejak azali lagi.

Apatah lagi kekurangan pada insan yang kita sayang, insan yang telah menemani kita buat sekian masa...

   Pernah dengar seorang buta yang menceraikan isterinya?.  Hanya kerana si buta itu telah pulih penglihatannya, isteri yang telah hidup dengannya selama beberapa tahun diceraikan keranan wanita itu tidak cantik. Alasan si buta ialah " Isteri saya kelihatan seperti anjing".  Kisah ini aku baca di akhbar sewaktu aku sekolah lagi.

*****cuma aku hanya gelakkan si menyot je... kerana tak sedar akan diri mereka.

Wednesday, January 25, 2012

tidurku terganggu..

Ciss...

 Elly Tran Ha

menganggu 

tidur.....

aku..

**nak sambung tidor balik.....

Tuesday, January 17, 2012

siri bercakap dengan gafaro: kejutkan aku bila dah sampai.....

"Bye awek yang bagi gula gula and oh hai awek ajak main kad"

"kau lahanat, bang .serius lahanat"

"apa pulak?, dah sampai situ je had dia. Dari aku diam je tak bagitau.... lagipon dia ramai orang beratur tunggu, aku je single hook n fish...hehe"

" so macam mana sekarang, nak dengan siapa ni?"

"dengan gadis kad, dan kejutkan aku bila dah sampai papua... aku nak tido"

**** terima kasih....

Friday, January 13, 2012

jiwa muda....


jiwa muda....

kita perlu serius dalam apa jua yang kita lakukan...

****dan aku serius menjiwai apa yang aku lakukan

Sunday, January 1, 2012

siri bercakap dengan gafaro: akan keluar dan akan mencari

"dulu kau pernah sayang dia kan?"

"haah"

"kenapa dah berubah pulak?"

aku tersenyum sambil mengais pasir dihujung kaki...ku sedut dalam dalam asap nakotin dan melepaskan asapnya perlahan lahan...

"huh, macam sembang dengan spender..."

"alu bukan tak layan kau tapi aku lagi suka jumpa empunya badan dari bagitau kau dulu. "

"......... ......... ........."

"jom la bang. masa berjalan lagipun kita kena gerak dah ke destinasi baru untuk hidup baru ".

"gadis yang minta gula gula tu?"

aku hanya tersenyum sambil meneruskan langkah

 " dah dapat "

"kita nak hidup macam mana kat tempat baru?"

"masih di bumi la, ada oksigen ada la kehidupan. Orang malas je mati tak makan kat tempat baru tu"

"boleh ke?"

" kenapa pulak tak boleh?. takut gagal? kita langgar je... lantakkan hehe"


........................................................................................................................