Friday, October 31, 2008

Julung-julung kalinya

`Gua suda buka kedai en set suda 10 tahun wooo...'
`Ini pertama kali kompeni lu olang punya staff mari datang gua punya kedai'

Bila dengar macam tu punya cerita aku terfikir tahun ni aku nak usulkan diri aku sebagai employee of the year syarikat telco aku kerja nih

*pelik jugak kedai apek ni kat klang je....

Friday, October 24, 2008

misteri

Pukul 12 malam.Aku di hadapan tv..Hanya berboxer sahaja.Menanti siaran tertunda Malaysia menentang Myanmar.

Perlawanan pun bermula.Sambil berbaring dan badan diselimuti toto,aku kusyuk menonton perlawanan itu.

Aku masih ingat lagi minit ke 10 amirul hadi membuat larian solo di sebelah kanan padang...Dannn........

Semuanya gelap tanpa disedari........Fana.........Aku tidak sedar apa yang telah berlaku.............

Sedetik.....Dua detik......Dan beberapa detik kemudian

Sayup sayupku dengar seseorang menggomel sesuatu.........

Deria pendengaranku mula berfungsi semula........

Kelihatan bayang samar samar sesuatu bercahaya di hadapan ku.........

Setelah visual mataku berfungsi semula aku dapat lihat dengan jelas perlawanan sekarang sudah sampai ke minit ke 92 masa tambahan...

Pernah mengalami situasi vortex...?Atau merentas masa?

Para pengkaji paranormal membuat kesimpulan sesuatu keadaan dimana satu titik A ke titik B yang julat masanya panjang menjadi pendek jika perubahan megnetik sekeliling terjadi

Aku antara mereka yang bertuah dapat merasakan situasi merentas masa itu







*sedap lagi tidur di katil dari depan tv

Friday, October 17, 2008

Luahan....

Pagi tadi,sebelum keluar rumah aku menonton sebuah rancangan Astro memaparkan perkauman di Rwanda.Bagaimana dendam dahulu menjadi barah dalam masyarakat.
Bagaimana dahulu jiran menjadi musuh.

Bermula dari zaman penjajahan Belgium yang meletakkan kelas pada kaum seperti di tanahair kita.Melayu di kampung,India di estet dan Cina di bandar.Dendam membobok bertahun lamanya meletus,hasilnya 50o,00o orang menjadi mayat

Media memainkan peranan,mengapikan perkauman.Konspirasi menjadi pencetus.
Penyampai berita angin menyebarkan berita.Hasilnya nyawa manusia ibarat nyamuk.

Aku terbayang jika ia terjadi di Malaysia tanah tumpah darahku...
Tergamakkah aku memarang bekas rakan sekolah Indiaku,
memijak perut bos cinaku dahulu?

Mampukah aku melibas rakanku pendokong idelogi Anwar ibrahim.Atau peminat Teresa Kok.
Tidak sama sekali...Tetapi untuk memenggal kepala mereka yang menggangu perpaduan seperti nama di atas.....hanya tuhan dan diriku tahu....

Api perkauman dari pandangan ku kelihatan ada bunganya.Cuma ia terletak pada diri kita.Samada mahu memadam atau menyalakannya.

Wednesday, October 8, 2008

DAH BAYAR GAJI TAK NAK BUAT KERJA

Aku bengang betul dengan laman web FAM ....
Tak berkemaskini....Aku nak tau akan keputusan perlawanan persahabatan dekat Slovakia.
Tapi semua cerita dah basi dalam tu...

Kali ni aku bukak....Ada masalah dengan server.... Macam @#%*.....
kepala @#%*.....

Aku hairan la dengan situasi dalam FAM....En.setiausaha baru tu aku rasa ok je dari Ibrahim saad....Tegas je sikit,orang menyungut...kata tak suka media la tak rapat dengan persatuan negeri la.Macam budak budak...

Di sini aku nampak FAM dulu agak pondan atau agak sekolah rendah tarafnya.Maka ada puak puak yang tak senang buatlah satu konspirasi nak jatuhkan En setiausaha......Bangang punya persatuan negeri..Orang nak ajar disiplin ,itu pun tak boleh terima,tak profesional langsung..

Apa pun aku harap Ranking Malaysia dalam FIFA naik la sikit selepas tahun 2008...Perlawanan antarabangsa dah banyak....Futsal 66 dalam dunia....Ragbi 70 dalam dunia...Bolasepak 166...
sedih aku

Sunday, October 5, 2008

BERHENTI ROKOK!!!!!

Aku seorang perokok,yang cuba berhenti merokok.Berbagai petua yang aku dengar.Air kelapa campur abu rokok misalnya

tapi nak berhenti merokok guna teknik helmet,meja makan dan batang penyapu.....

Hentak guna topi keledar
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mereka cuma mengadu sukar menghilangkan ketagihan merokok dan mengalami penyakit hati ketika mengunjungi sebuah keluarga terdekat di Pangsapuri Sri Sarawak, Jalan Imbi di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri terbabit, Mohd Ibrahim Kader Mydin, 47, dan Rosina S M Mydin Pillay, 41, ditawarkan upacara rawatan pelik yang kononnya boleh mengubati kedua-dua penyakit itu oleh seorang anak saudara berusia 23 tahun.

Lelaki itu mendakwa dia mampu mengubati ketagihan merokok si suami dan penyakit hati yang dihidapi isterinya dengan mereka dipukul bertalu-talu menggunakan topi keledar dan batang penyapu manakala kepala dihentak di atas meja.

Upacara rawatan karut dan gila itu dikatakan berjalan selama sejam bermula jam 2 petang membabitkan semua 11 ahli keluarga, termasuk suami isteri itu memukul sesama sendiri.

artikel ini dirembat dari harian metro

Dulu masa aku terlibat dengan silat pun bengkak bengkak walaupun pakai pelindung badan.
 

Friday, October 3, 2008

CERITA DI BULAN RAMADAN

40 kilometer naik motorsikal pukul 5.30 petang memang azab....

dengan haus,lapar dan kebas bontot bercampur-baur,fikiran aku hanya teringat nak minum air tahu panas saje .......

dah dekat nak sampai rumah lepas tapak bazar ramadan,Tiba-tiba......

ada awek la naik motor....dengan sekejapan segala penderitaan gua hilang.......

dalam beberapa minit kemudian gua pun sampai rumah..........

`Mak ain mane?"

`la baru je keluar tadi pergi pasar dengan anak cik imah ko tadi'

tetiba je terlintas di fikiran gua tadi muka awek tu...

lawa gak awek tadi tu ye..hehehe....

macam pernah ku lihat awek tadi............

allah.....awek tadi tu rupanya gadis yang gua nikahi 2 tahun dahulu.....

gua terkedu kerana penat,lapar dan dahaga boleh menyebabkan hilang rasa sayang

dan di sini gua buat kesimpulan yang memang ramadhan boleh mengekang nafsu ....

dan gua rindu Ramadhan al murtabak eh silap Ramadhan al mubarak

*murtabak kat kemaman  boleh tahan rasenya