Wednesday, September 28, 2011

paksi ku hanya sekecil mancis..jika ditangan nampaknya kecil, tp bila terbakar, pasti terasa

" paksi ku hanya sekecil mancis..jika ditangan nampaknya kecil, tp bila terbakar, pasti terasa..." - Encik Rajin (9/2011) 




 Apabila kita mencari masalah yang rakan atau pasangan kita timbulkan pasti kita akan  jumpa.. Akan tetapi pernah atau tidak kita berfikir akan kesalahan diri kita yang telah dilakukan ke atas diri orang lain?


Apakah perasaan anda apabila rakan sekerja anda pula menyerang anda dengan kesalahan kesalahan lampau yang yang telah anda lakukan? yang tidak diambil pusing oleh anda sebelum ini?


Walaupun hal kecil tapi ia masih mampu menyebabkan kekecohan, kadang kadang benda yang kita pandang enteng akan menyebabkan kesusahan pada diri kita akan datang.


Dan ini pesanan iklas dari saya kepada semua pembaca... 


 "jadilah golongan yang bijak dengan kurangkan mencari kesalahan rakan sekerja atau pasangan anda kerana kadang kadang teguran yang akan menyusul itu sama peritnya dengan tamparan dimuka.."

Thursday, September 15, 2011

adakah ini salah?



Semalam aku melawat mak aku di IJN....

  Dengan keadaannya yang masih belum sedarkan diri, wayar berselirat, sepain darah tergantung dan  ubat ubat yang disuntik ke dalam tubuh aku mula berfikir  bagaimanalah hidup aku bila tiba-tiba dia tinggalkan kami tiga beradik....

.......................................

  Segala usaha aku untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di sebuah sekolah akibat kehilangan kepala paip sebanyak 128 biji dalam masa 4 hari hancur musnah akibat seorang malaon hantu nakkan nama ......

  Aku perlu mengadap guru besar 2 buah sekolah yang selalu menghadapi masalah dengan syarikat tempat aku bekerja untuk mintak claim tugas setiap bulan...

  Dengan perangai malaon hantu yang nakkkan nama tapi takut berhadapan dengan guru besar sebab aku yakin siapa yang akan menghadap guru besar sekolah itu  akan disembur secukup rasa dan seperti biasa En. Gafa lah yang akan ditugaskan untuk menjadi korban setiap bulan...

.......................................

  Aku bukan manusia "cry baby", aku suka memotivasikan diri aku dengan mengingati atau berkongsi sesuatu yang menyeronokkan  seperti aku terkenang kembali saat Salehuddin dan Alaeddin di hadapan mataku, mengingati sentuhan mereka, mengingati saat aku "meloyar buruk" dengan emakku dan saat aku berjumpa Su yang kerap memberikan aku semangat...

.......................................

Salahkah aku berkongsi saat kegembiraan aku dengan orang lain???

  Aku penat berasa tertekan dengan tekanan kerja, keluarga dan kesihatan emakku.... Aku mahu kongsikan kegembiraan aku dengan orang lain walaupun hari hariku penuh tekanan...

adakah ini salah?

aku hanya duduk termenung dan gelengkan kepala sahaja....

*****jam 4.37 pagi tapi aku masih termenung memikirkan apa yang akan aku hadapi nanti...

Monday, September 12, 2011

Fail no.12477

  Salah seorang  pengawal keselamatan yang bekerja dengan kami. Dengar cerita dari bulan Mei sampai la sekarang baru minggu lepas dia cuti, raya pon dia tak cuti, sama la macam gua.

  Asal dia dari kedah, berumur sekitar 50-60 tahun dan persis arwah abah gua (still arwah hensem dari dia..haha) telah mendirikan rumahtangga tapi hancur di tengah jalan. Mempunyai anak tetapi aku tak tahu jumlah anaknya.

  Sangat takut melakukan rawatan di hospital kerana dalam fikirannya pergi hospital je kena operate... haha. Rasanya dia tinggal di hostel syarikat kami.

  Semasa gua kat admin untuk mintak surat rawatan doktor untuk En. 12477, admin seperti biasa la terkial kial mencarik fail.

"Ju carikan fail 12477..."

"12477? yang mana ek? yang gila tu ye?"

"Astaga, tak baik la kata orang macam tu, saya sembang dengan dia ok je.."

"Betul Cik Gafa, kalau kita sembang dengan dia dia ok la tapi kalau dia dok sorang sorang..."

"Dia sembang sorang sorang?.................... tu bukan gila, tu namanya tekanan..."


........................................................................

  Well saudara saudara pembaca blog saya, inilah kisah kehidupan realiti kerja yang paling lekeh untuk orang tempatan iaitu Pengawal Keselamatan. En 12477 telah mempunyai anak yang sudah besar tetapi dia diabaikan oleh anak anaknya. Dan sewaktu saya sedang menaip ini saya tersentuh dengan keadaan En 12477 yang sakit tetapi takut mendapatkan rawatan, mengalami tekanan sehingga berhalusinasi serta hidup sebatang kara...

  Dimanakah taraf seorang lelaki itu diletakkan walaupun dulu ia mempunyai keluarga dan sanak saudara? mungkin dia mempunyai kerja tetap atau sejarah silam yang tidak mahu diimbau kembali?...

Marilah kita doakan agar dipermudahkan perjalanan hidup En. Md Akir PK 12477.

penangan bibir bertahi lalat...

Awal pagi tadi setelah balik dari menganyam tikar tikar cinta, aku melawat la pos bawah jagaan aku dan macam macam aku jumpa...

Ada yang kata tengah bertugas kat pos walhal aku tercongok dan memanjat pagar nak ambik buku laporan...

Menipu je la kerjanya tapi masalah utamanya kantoi bodoh je...

..................

Beza woo layan orang yang IQ nya tinggi dengan orang yang tak berapa nak berpeluang nak belajar tinggi tinggi.... Kadang kadang rasa nak backhand je yang mana benak sangat tak mau nak dengar arahan dan peraturan. 

Rekod penangan bibir bertahi lalat gafaro yang hanya 1 bulan sahaja berkhidmat adalah seperti berikut:

- 3 orang berhenti tanpa notis...
- Seorang sampai sekarang takmo tegur aku... haha (ingat ente perempuan, aku takmau sound? hehe anda silap besar la gamaknya jika beranggapan begitu)

...................

Kerja mau iklas, jangan buat kerja lepas tengkuk sendiri... nanti gafa sound, anda berenti... hahaha

*****Seronok jugak melayan karenah manusia tapi kengkadang ada rasa macam nak campak dari tingkat 3 bagi manusia tu mati...

Saturday, September 10, 2011

sehari selepas mula bertugas...

Gua dapat sms dari Razi...

"Bang saya tak dapat kerja lagi la kat sana atas sebab sebab tertentu...."

Gua baca, ketap bibir dan geleng kepala. Gua hantar "takpa nanti aku kawtim"

Selang beberapa jam razi datang sambil nak pulang baju.

Gua kata "ko balik pastu ko sms aku yang ko eksiden, baju nanti kita jumpa kat Bandar Baru Klang"

"Ok bang"....

............................................

Dalam hati aku aku berdoa "semoga eksiden la ko gamaknya, menyusahkan orang betul".....

Tuesday, September 6, 2011

40 minit sebelum mula bertugas...

Perbualan gua dan Razi....



Razi: Bang aku rasa nak berenti la...

Gua: Sebelum masuk kerja?

Razi: haah...

.........................................

  Gua bagi tumbukan cedok tangan kanan tepat ke bawah dagu Razi dan serta merta dia kehilangan keseimbangan berdiri dan tumbang...

  Masa dia tumbang tu gua sambut dan gua kilas tangan kiri ke belakang dan  hayun diri Razi ke dinding.. Dia menjerit, gua cepat cepat tangkap rahang atas dan bawah dia, serta merta dengan sepenuh kekuatan gua koyakkan rahang tu. Dan gua dapat rasa suam suam darah kat muka gua.

  Razi mengelepar tapi semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti bergerak. Gua palingkan kepala Razi  dan gua tenung lama lama wajah dia.

" Dah dibagi peluang, kau buat taik dengan aku. Mampus kau"

Gua tarik nafas panjang panjang dan ludah kat muka Razi yang dah jadi mayat .

.........................................

Gua: Kau fikir la yang mana baik untuk kau, cuma aku nak sebelum kau berenti kau kerja sebulan dulu dan carikkan orang lain untuk ganti tempat kau nanti...

Razi: ok bang...



****** Aku penat penat usaha untuk masukkan dia kerja, lagi 40 minit nak masuk kerja dia dah nak berenti. Mana aku tak hangin... Nasib la aku tak buat apa yang aku bayangkan masa tu...

Sunday, September 4, 2011

Raya?

 Tahun ni raya takda apa la sangat. Sebabnya aku baru tukar kerja (lagi?) untuk mencari periuk nasik yang boleh memuatkan makanan untuk aku, salehuddin, alaeddin dan untuk masa hadapan yang lebih cerah. Serius penat bekerja sepanjang waktu untuk memastikan operasi berjalan..

by da way motto syarikat saya adalah "Bekerja itu satu ibadah.."

......................................

****aku tada mud mau type lagi.....huhu