Wednesday, August 24, 2011

pesanan khidmat masyarakat -dari meja gafaro- zakat...

ZAKAT DAH BAYAR?....

NI TINGGAL BERAPA HARI LAGI NI?

KARANG LUPA... NAK SEMBAYANG RAYA NANTI BARU LA NAK TERHEGEH HEGEH BERATUR PANJANG...

***aku dah bagitau....

Tuesday, August 23, 2011

tolong saya untuk kempen ini....



My Photo

lights of holy death




Assalamualaikum kawan kawan....

  Ini kawan baru saya dan dia masih baru dalam berblog. Saya berkenalan dengannya sewaktu saya terlanggar beliau di lift sehingga barangnya berterabur. Oleh kerana saya rasa bersalah maka saya menolongnya mengutip barang beliau. Akan tetapi sewaktu saya mengutip barang berterabur itu, tangan kami bersentuhan dan mata kami bertentangan... owh syahdunya...

   Haha saya tipu je.... Ok la, cik panda ni ada masalah tido. Oleh kerana saya consultant tidak bertauliah, saya menasihati cik panda agar membuat blog dengan  harapan beliau dapat pulih dari ke-tidak boleh-an tidur tersebut

   Klik la link  "cik, panda je cute kalau bawah mata hitam..." untuk menunjukkan sokongan anda terhadap kempen pemanasan global, kebuluran di afrika, anti penyeludupan manusia dan kempen satu suami empat isteri....err dan "selamatkan anak kucing"

Selamat berjumpa lagi.. tata

lawat lawat la blog dia ye....

Sunday, August 21, 2011

She fucking hates me.....





Sekitar tahun 2002 - 2003 di Jitra, Kedah.....

bodo betul.... 4-5 minggu lamanya rajin temankan antara satu sama lain, beberapa minggu kemudian....
Selisih pon takmo...

dan gua cool seperti biasa sambil berkata "next please..."


Lagu ini khas ditujukan untuk seorang awek yang mana rumahnya di tepi sawah di Permatang Pauh....


yeah she fucking hates me.....

Jika Kau Bercinta Lagi- aku lemas diharung asap dan bauan makanan



dulu lagu ni penah aku nyanyikan setiap malam waktu aku balik dari tempat kerja...
betapa koyak hatiku, duit tunang habis ku leburkan ke ntahmanantahguapondalupa..

well tu kenangan sahaja...

****errr... sapa yek penyanyi asal lagu ni ek?

Saturday, August 20, 2011

tulis je lah... tajuk tak de idea...

  Semenjak dah nak sebulan aku kerja ni kan.... Aku mula nampak perubahan dari banyak sudut kehidupan aku. Dari cara kerja la, bersosial la, dengan kawan kawan la hinggalah hubungan aku dengan orang yang aku sayang...

rasanya agak jauh....
********************

The ass licker?

Adakah bila bos kita suka dan letak harapan tinggi ke atas bahu kita, kita akan dapat title tu?

********************

Berterus terang salah?

Dan wanita memang suka dengar apa yang dia ingin dengar...

********************

Saya telah mendapat seorang musuh baru dan dia  bekerja di bahagian HR... huhu

Hanya kerana saya menegur pemakaiannya yang tidak sesuai untuk umur beliau... bwahaha

*****orang kata barang siapa mempunyai tahi lalat dibawah bibir, amatlah lancang mulutnya...?? patutlah HR tak suka aku!! 


INI DEJAVU...

********************

dan tak semestinya penyambut tetamu sebuah syarikat itu seorang gadis yang superb, cantik, menggoda, berpakaian seksi, suaranya husky serta matanya smokey...

*****betul...tak tipu su...

Wednesday, August 17, 2011

free loader...pttfff




 Dari minggu lepas lagi dah officer gua suroh gua buat quotation dan dengan inisiatif sendiri gua pon pergi menuntut ilmu kat Pandan Jaya dengan seorang wanita yang sudi mengajar gua...(kalu tak terpaksa la gua belajar dengan gadis genit lain...uhuk)

Dan gua tengok je game officer gua, mungkin dia ingat gua budak budak yang akan menurut kata. Well dia tak tau gua boleh berpaling tadah seperti kitol. Hehehe.

Ade ke patut dia kata ngan gua dia dah prepare borang claim untuk tander tu. Memang  dia kata nak pancung 2 kalau dapat...  tapi gua sorang je kena buat kerja and dia dok goyang prostate dia je....

apa ke pffttt....


ini khas utuk fa-T
**rambut dancer dia lawa la
........................................

gua benci free loader... 


by da way thanks su untuk ajar saye...






***gambar curik la...apa lagik

Monday, August 15, 2011

So long kenangan...

So long kenangan...



   Lagi beberapa minggu genap la setahun aku hidup bertemankan kenangan. Ibarat dialog Seniman Nordin Ahmad "susu yang ku beri, tuba yang kau balas". Kalau arwah balik tahun ni agaknya dia sedih tak sebab tahun lepas cucu dia ada....

   Apa boleh buat, orang dah tak nak lagi temankan kita. Sekarang kita kerja, kerja dan kerja. Manatau ada jodoh menanti...fuuuuuuuuuuuuuuuuu..... hehe

***************************

   Mimpi itu indah. Walaupun benci di realiti, dalam mimpi ia seperti mula mula kenal dulu, bila terjaga habis dimaki hamun sepenuh jiwa dan raga. Kerana mimpi tak realiti.... mimpi penyedap tidur sahaja.



*****Seperti majlis pengkebumian kaum Viking, kapal ditolak ketengah laut sambil ia dijilat api


2-3-4-5 mungkin ifiniti

manusia bermuka 2,

3 pun ada,

4 dan 5 pun ada.......

"tiada yang mustahil" kata emmet

..........................................

dan aku berasa kasihan dengan kucing ku, dia mengandung...

***err... bunting kata orang melaka dalam telefon malam tadi..haha

Wednesday, August 10, 2011




"Gafa, you have to wear you tie. You are not an office boy"

"Ok sir, i'm sorry sir..."

.........................................................

"Saya suka la awak nampak macam ni, nanti kalau awak jumpa saya awak pakai tie tau!"

"Oh... ok ok..."

.........................................................

" Tolong ikatkan tie saya"

"Ok...."


dan aku tak akan mengecewakan peminat aku...


tqvm weblogcartoon....

Saturday, August 6, 2011

kerjaya baru di SS2...

   Dah hampir 1 minggu aku kerja di tempat baru. Suasana baru, rakan sekerja baru dan dalam jabatan yang baru. Aku syak la syarikat yang aku kerja sekarang ni baru lepas mengalami kejatuhan dan dalam proses penjanaan semula.

   Aku kerja di bahagian operasi dan ada beberapa pekerja yang di bawah seliaan aku (awek takde pulak dalam department aku...ciss). Tugas aku setakat ini la buat surat dan memo, chek kedatangan dan jadi wakil syarikat kalau jumpa pelanggan. Ada lagi tugas yang akan menyusul tapi dalam minggu depan kot baru aku kena buat

(*****dengor kate aku kena conduct traning, mampos!!!!..klinik bolasepak reti la aku)

   Yang paling buat aku derita adalah dengan ketiadaan PC dan juga kedudukan meja aku yang sangatlah central kedudukannya. Depan aku bos marketing, kanan sikit bos jabatan operasi, hujung belah kiri bos jabatan IT, masuk lorong kanan dah jumpa bilik GM dan ntah hape satu lagi bos. Belakang aku bilik PA Datin dan belakang belah kanan pulak bilik Datin..

   Tapi yang nikmat dunianya ada awek dari department lain ajar aku buat kerja seperti awek dari ACC dan jugak awek dari HR. Dan nikmat extravaganzanya bila dorang panggil aku "Encik", rasa macam aku Master dan dorang slave pulak

(*****masa awal awal kerja, gua tahan gelak sambil pandang tempat lain bila dorang panggil gua "Encik"..)

   Hari pertama kerja gua dah terpaksa mengeluarkan memo untuk pekerja bermasalah, hari kedua gua terpaksa marah orang dalam telefon dan hari keempat gua terpaksa tinggikan suara  dekat staff yang mengular tak henggat dunia

(*****gua dapat laporan dia tido kat surau sekolah dekat 2-3 jam. Bila gua tanya kenapa, dia gunakan alasan sembahyang sunat pada jam 11 pagi. Macam lahanat je kan?)

   Dan gua rasa pengalaman gua sebagai admin kat syarikat tak berapa nak besar dulu dapat membantu kerja kerja gua di syarikat baru sekarang



******************************


   Semalam masa sembahyang jumaat gua ingat nak lelap jap kat masjis, alih alih gua terlajak tido sampai sejam. Nasib la gua dah kawtim dengan officemate gua 


   Dan gua masih mencari kedudukan strategik nak lelap waktu kerja. Setakat ni tempat lelap terbaik adalah di bilik pegawai operasi aku.. haha

****agak agak SS2 banyak ikan bibir merah tak?

Monday, August 1, 2011

hari baru, bulan baru & kerja baru

  Jap lagi aku dah nak masuk kerja baru. Tak pernah seumur hidup aku kerja nak kena pakai smart smart kali ni kena pakai lengan panjang la, seluar slack la, kasut senduk nasik la... ***kasut senduk nasik takda, adidas official ada.

  Hope for the best la dan aku akan cuba memberikan yang terbaik untuk syarikat ini dan hanya untuk office hour sahaja..haha.

Dan aku tak nak sayang company gila gila sebab aku banyak kali terkena dah...

waktu lepas Terawih.....

  Dulu masa zaman zaman dengar lagu 60's tv, waktu Terawih ni la reramai lepak bus stand stand by nak main mercun la, melepak la tapi semalam  port yang pernah kami jajah malam Terawih telah dimonopoli budak budak generasi yang melayan pembelajaran sains dalam bahasa inggeris...

  Selain dari melepak tak tentu hala kat bus stand, kami ada stronghold di pondok telefon berdekatan dengan surau. Tapi  ini zaman zaman aku sekolah. Bila dah habis sekolah dan bermulanya zaman jahilliyah gua (around 2003 sampai 2006), gua dah tak lepak dengan kawan kawan, gua lepak dengan awek pulak. Asal ada masa lepas Terwih je gua gi jumpa awek lama gua.

  Tahun 2007 sampai la 2010 lepas Terawih gua lepak dengan kawan kawan zaman sekolah gua. Kenapa gua lepak dengan kawan kawan gua? pasal gua sunyi.... Selalu gua lepak dalam pukul 11 malam ke atas (lepas salehuddin tido) dan balik awal pagi...

  Sekarang tahun 2011 dan Terawih datang lagi... Aku teringat Arwah dan banyak benda aku terkenang, Zaman berubah dan ada kawan kawan aku yang dah berkahwin. Aku? macam ni je la... sebab ada benda aku boleh ubah dan ada benda yang aku biarkan ia berubah sendiri.....

kesimpulannya:

  Zaman skolah waktu lepas Terawih aku mencari keseronokan, 2003-2006 aku mencari kasih sayang, 2007- 2010 aku mencari kawan untuk bunuh rasa sunyi aku... 2011 pulak....  waktu lepas Terawih aku cadang nak buat  helikopter dari bahan terbuang. hehe.

*********************


Emosi gua tak stabil la, mungkin akibat pengurangan pengambilan dos nakotin