Friday, October 17, 2008

Luahan....

Pagi tadi,sebelum keluar rumah aku menonton sebuah rancangan Astro memaparkan perkauman di Rwanda.Bagaimana dendam dahulu menjadi barah dalam masyarakat.
Bagaimana dahulu jiran menjadi musuh.

Bermula dari zaman penjajahan Belgium yang meletakkan kelas pada kaum seperti di tanahair kita.Melayu di kampung,India di estet dan Cina di bandar.Dendam membobok bertahun lamanya meletus,hasilnya 50o,00o orang menjadi mayat

Media memainkan peranan,mengapikan perkauman.Konspirasi menjadi pencetus.
Penyampai berita angin menyebarkan berita.Hasilnya nyawa manusia ibarat nyamuk.

Aku terbayang jika ia terjadi di Malaysia tanah tumpah darahku...
Tergamakkah aku memarang bekas rakan sekolah Indiaku,
memijak perut bos cinaku dahulu?

Mampukah aku melibas rakanku pendokong idelogi Anwar ibrahim.Atau peminat Teresa Kok.
Tidak sama sekali...Tetapi untuk memenggal kepala mereka yang menggangu perpaduan seperti nama di atas.....hanya tuhan dan diriku tahu....

Api perkauman dari pandangan ku kelihatan ada bunganya.Cuma ia terletak pada diri kita.Samada mahu memadam atau menyalakannya.

Wednesday, October 8, 2008

DAH BAYAR GAJI TAK NAK BUAT KERJA

Aku bengang betul dengan laman web FAM ....
Tak berkemaskini....Aku nak tau akan keputusan perlawanan persahabatan dekat Slovakia.
Tapi semua cerita dah basi dalam tu...

Kali ni aku bukak....Ada masalah dengan server.... Macam @#%*.....
kepala @#%*.....

Aku hairan la dengan situasi dalam FAM....En.setiausaha baru tu aku rasa ok je dari Ibrahim saad....Tegas je sikit,orang menyungut...kata tak suka media la tak rapat dengan persatuan negeri la.Macam budak budak...

Di sini aku nampak FAM dulu agak pondan atau agak sekolah rendah tarafnya.Maka ada puak puak yang tak senang buatlah satu konspirasi nak jatuhkan En setiausaha......Bangang punya persatuan negeri..Orang nak ajar disiplin ,itu pun tak boleh terima,tak profesional langsung..

Apa pun aku harap Ranking Malaysia dalam FIFA naik la sikit selepas tahun 2008...Perlawanan antarabangsa dah banyak....Futsal 66 dalam dunia....Ragbi 70 dalam dunia...Bolasepak 166...
sedih aku

Sunday, October 5, 2008

BERHENTI ROKOK!!!!!

Aku seorang perokok,yang cuba berhenti merokok.Berbagai petua yang aku dengar.Air kelapa campur abu rokok misalnya

tapi nak berhenti merokok guna teknik helmet,meja makan dan batang penyapu.....

Hentak guna topi keledar
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mereka cuma mengadu sukar menghilangkan ketagihan merokok dan mengalami penyakit hati ketika mengunjungi sebuah keluarga terdekat di Pangsapuri Sri Sarawak, Jalan Imbi di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri terbabit, Mohd Ibrahim Kader Mydin, 47, dan Rosina S M Mydin Pillay, 41, ditawarkan upacara rawatan pelik yang kononnya boleh mengubati kedua-dua penyakit itu oleh seorang anak saudara berusia 23 tahun.

Lelaki itu mendakwa dia mampu mengubati ketagihan merokok si suami dan penyakit hati yang dihidapi isterinya dengan mereka dipukul bertalu-talu menggunakan topi keledar dan batang penyapu manakala kepala dihentak di atas meja.

Upacara rawatan karut dan gila itu dikatakan berjalan selama sejam bermula jam 2 petang membabitkan semua 11 ahli keluarga, termasuk suami isteri itu memukul sesama sendiri.

artikel ini dirembat dari harian metro

Dulu masa aku terlibat dengan silat pun bengkak bengkak walaupun pakai pelindung badan.
 

Friday, October 3, 2008

CERITA DI BULAN RAMADAN

40 kilometer naik motorsikal pukul 5.30 petang memang azab....

dengan haus,lapar dan kebas bontot bercampur-baur,fikiran aku hanya teringat nak minum air tahu panas saje .......

dah dekat nak sampai rumah lepas tapak bazar ramadan,Tiba-tiba......

ada awek la naik motor....dengan sekejapan segala penderitaan gua hilang.......

dalam beberapa minit kemudian gua pun sampai rumah..........

`Mak ain mane?"

`la baru je keluar tadi pergi pasar dengan anak cik imah ko tadi'

tetiba je terlintas di fikiran gua tadi muka awek tu...

lawa gak awek tadi tu ye..hehehe....

macam pernah ku lihat awek tadi............

allah.....awek tadi tu rupanya gadis yang gua nikahi 2 tahun dahulu.....

gua terkedu kerana penat,lapar dan dahaga boleh menyebabkan hilang rasa sayang

dan di sini gua buat kesimpulan yang memang ramadhan boleh mengekang nafsu ....

dan gua rindu Ramadhan al murtabak eh silap Ramadhan al mubarak

*murtabak kat kemaman  boleh tahan rasenya

Wednesday, August 20, 2008

jangan mengelijat

Semenjak FAM kata musim depan pemain import dah tak boleh main
macam macam komen keluar kat surat khabar ,kedai kopi,salun rambut,tangga mesjid ESPN pun ada
memang la nampak macam satu langkah ke belakang tapi aku yakin FAM dad alasan kukuh
bukan alasan bodoh taknak bagi kedah menang piala lagi
satu nya yang aku rasa kerana hampir tiap tahun ada saja persatuan yang miss bayar gaji
kalau aku company tak bayar gaji berbulan bulan aku selamba bakar je ofis aku...
yang kedua AFC dah turunkan rate liga kita yang acah acah super ni ke kelas D.
tuuu diaaa... yang mana pasukan kelab atau negeri kita akan lawan kelab dari filipina(ni aku tak pasti) bangladesh(ni confarm) dan yang setaraf dengannya dalam merebut Piala Kelab Kelab Asia
punyalah hina AFC buat macam tu kat malaysia...
aku pikir ok gak idea FAM ni...
manatau dengan menggunakan pemain tempatan paper kat asia ni akan tulis:
Selangor won asian cup with 100% local player,
kedah trashed bangladeshi:hail to malaysian
tanpa pemain import upb myteam 7-kelab filipina -o
apapun majulah sukan untuk malaysia tak mengira kaum
kick racist from us

Tuesday, August 12, 2008

bendera malaysia old skool


aku ingat nak buat la bendera ni gantung kat depan rumah

apa pendapat kawan kawan

kononnye la..........

boring jugak lepak ofis sensorang,
kontrak dah nak abis,
ada sikit malas dalam diri ,

semenjak kontrak dah nak abis ni aku kurang bercakap la pulak ,
lagipun aku tak berapa sihat........
nak main bola pun malas....

yang aku rajin ialah tengok tv,
merayau rayau tengok blog orang lain
(manatau boleh plagiat haha)
main ps kat umah aku.

tapi darling aku tak suka nak melawak dengan aku la..
serius je kononnye la...
kucing kat rumah pun dah bertambah..

semalam buat promotion kat pasar malam best wooo...
student boleh menggegarkan iman....
nasib aku dah kawen...

sebenarnye aku tengah bosan ni.....