Tuesday, January 5, 2010

:Aku,Ain dan suami isteri:Gafaro

oleh kerana aku dah di teg oleh en.najwa aiman dan tidak mahu mengeciwakan peminat aku akan mendedahkan kisah cinta nangis antara aku dan ain sehingga kami menjadi suami isteri

(1) The first time you met her and where

aku jumpa kat hotel PWTC,kira blind date la ni.....(abang gua suka main YM,dia bagi la no fon gua kat si ani ni.....)

(2) Love at first sight?

takde la.....cuma gua dah penat nak dating dating ,cinta bagai nak rak.....gua terima sape yang datang...lagipon luka hati gua belom baik lagi dengan si ila yang kerja kat tesco klang tu....

(3)Who is she when you first met her?

ntah....yang gua tau dia pompuan dari kuching,sarawak.dia belajar kat melaka,dia tinggal kat hotel tu dengan mak dia....dan yang paling jahat gua pikir `gelap jugak kulit orang sarawak ni ye"...

(4)How long does it take for her to ask you out for a date?

2 bulan kot....yang gua tau mak dia nak datang KL jadi dia pon follow la mak dia

(5) First place you went for a date?

Mc Donald kat Pasar Seni....tu memang tempat gua bawak awek's awek's first time dating.Pasar Seni ada banyak point untuk diborakkan,memandangkan gua belajar art dan minat art ,inilah peluang gua nak nampak bijak....hahhaha

(6) How did i propose?

abah mertua gua tanya `nak tak kawen dengan anak pakcik?'.Apada punya soalan orang tua tu tanya mesti la aku nak(dalam otak aku aku rasa dia takot aku memain dengan anak dia) masa tu aku dah 5 bulan kot kawan dengan dia.

(7) Special date with her?

takde kot...same day same story...aku kan belom baik luka dihati...

(8) Changes she asked you to do?

ade.......dia suruh aku beli 3 bentuk cincin,satu untuk dia 2 lagi untuk kakak dia pasal dia langkah bendul.nak kawen dengan sorang tapi cincin kena beli 3...

(9) What is it about her that you love so much?

kengkadang ada benda yang ain ni fikir dia pandang secara matangnya seorang lelaki....aku nak terangkan pon agak susah so biar je la jadi rahsia aku...

(10) What is it about her you would change?

hidup gua selamba sangat...gua nak lebih maju dan bertanggungjawab dari hari semalam(ceewah)

(11) You lost your mind and crack your head when she…

bab ni yang gua malas nak jawab.....nanti emosi menguasai diri.....

(12) You will smile through your eyes for the whole day when she…

ini pon gua malas nak tulis....cuma gua harap sangat dia tau gua ni sapa dia sapa.....amin

(13) Complete the sentence: “My love for my wife is as big as…”

teringat dalam cerita everybody loves raymond....my love for you is not as big as the sea but i love you when you in the sea.....gua terima seadanya nur'ain hassan kerana orang tua ada berkata lebih kurang macam ni la bunyinya`setiap yang terjadi ada hikmahnya".....

kesimpulannya perkahwinan ni bagi gua tak semudah yang dijanjikan,setiap orang yang terlibat perlu ada pemahaman apakah itu perkahwinan.....well so long.........tata


Monday, December 28, 2009

setiap satu ade hikmahnye

setiap satu perkara yang berlaku ade hikmahnye,dulu member aku cerita adik dia dihantar abahnye ke pesantren untuk belajar satu ilmu yang aku pon dah lupa apenamanye yang mana ia akan mengira kebarangkalian dalam hidup(aku tak reti untuk terangkan dalam tulisan sebenarnye).

bunyi wierd je,aku nak percaya pon susah tapi bila aku pikir banyak ilmu seperti lautan,yang kat aku ni hanya jari yang dicelup je...ye la orang yang kita potong sewaktu memandu,awek yang kita curik curik tengok kat kedai makan,penguat kuasa yang saman waktu paking kereta semua ade colour dalam hidup kita

selang dua hari lepas bas ekspress sani eksiden...dan ade orang pulang pada yang hak...dua orang tu duduk taman aku...dah dekat 15 tahun duduk taman tu dan aku pun kenal anak orang yang meninggal tu...baru famili aku tau yang kami dengan arwah bersaudara....

kan ada kata pujangga `kesedihan untuk orang lain,kegembiraan untuk kita".aku sedih ade gembira pun ade.

setiap satu perkara ade hikmahnye.....

Monday, December 21, 2009

cerita hari terakhir hijrah sebelum masuk tahun yang baru

well gua dah pasang niat gua nak berjemaah and aminkan doa....

buat keje lelaju punya semangat nih sampai opis siap pakai kain pelekat...tahan telinga sikit pasal dorang tanye soalan bodo,gua jawap gua baru lepas sunat sebab tu gua pakai kain...tetiba je kawan gua tanye `ko tak tengok final bola ke?"...

jiwa gua berperang antara final atau doa akhir tahun....

gua pilih semangat tahun baru siap doa untuk kemenangan malaysia....ade can tengok second half gua timing dalam hati....

sampai je kat surau gua terus capai buku doa,semangat gua baca....dan gua semayang berjemaah...sekali gua lupa la malam jumaat ada bacaan yassin....gua jeling jam surau...lama woo gua pandang...

gua nekad gua capai surah yassin sambil tu gua doa lagi kemenangan malaysia...

yang paling gua keciwa....ade la 7-8 orang yang baca yassin,lain suma suma balik termasuk la imam surau tu....doa awal tahun pon seniri seniri baca....gua yang kaki bola pun stay kat surau amik berkat...takpa la yang penting gua doa malaysia menang....

habis baca yassin gua redah ujan balik rumah.... sampai je kat rumah siaran langsung dah habis...tapi yang penting malaysia menang walaupon gua tak tengok game tu...

well inilah cerita akhir dan awal tahun hijrah gua...

Wednesday, December 16, 2009

hari yang sunyi di ofis yang sunyi

-kesihatan gua baru nak pulih

-macam siyul pukul 9:30 pagi dorang masih kat bawah minum...mentang mentang GM takde

-spirit kerja aku dah kurang....ade orang kata kesan daripada bil air tertunggak....

-aku dah dekat 2 minggu kena imsonia....sakit tekak pon sama....

-aku rindu kat salehuddin...kang susah susah aku buat baby dengan orang lain kang...

-esok gua nak tanam tekad kul 4:00 petang dah tercongok nak buat azam baru....

-maybe dari satu gerakan kecil gua buat ia akan jadi movement ke satu aras yang baru...

-tahun hijrah lepas tak berapa seronok nak dikenang...gua harap esok memberi sinar baru pada gua dan semua masyarakat islam dalam dunia ini tak kira la yang mengamalkan ajaran ke dak...gua doakan kalian semua selamat murah rezeki dan bersatupadu dalam semua aspek...

Amin....

Friday, November 13, 2009

Bai'ah

gua rayau rayau kai sini,pasal bai'ah.....

gua bukan pandai sangat agama beb,tapi untuk tunjukkan kesetiaan pada satu satu organisasi dan galang gantinya seorang isteri bagi gua tak releven langsung...

so owner dia ada tulis:

Selepas itu setiap kali berlaku perlantikan khalifah selepas wafat nabi Muhammad, rakyat terutama pemimpin tempatan keluar memberi bai’ah. Akujanji taat setia itu memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang dipilih itu. Dengan ini mereka boleh menjalankan amanah dengan sebaiknya.

Tiba-tiba timbul pula pada akhir-akhir ini bai’ah ADUN PAS yang mereka bersedia menceraikan isteri masing-masing jika mereka melompat parti. Walaupun dengar seperti janggal, tetapi bai’ah seperti sah. Kedudukannya adalah takliq yang boleh menjaga kelangsungan rumah tangga. Logiknya, kalau suami itu sayang kepada isteri dia tidak akan keluar parti atau apabila dia berkira-kira untuk lompat parti akan difikirkan berkali-kali, mana lebih penting; isteri atau parti baru. Kalau lompat parti, bolehkah dapat isteri lain sebaik bekas isterinya? Jadi, dia akan pilih mempertahankan isteri dan partinya.

Kalau berdasarkan itu, mengapa ada mufti yang kata bai’ah itu haram? Mengapa ada orang yang kata bai’ah itu zalim? Jawapan mereka kepada masyarakat itu bukan berdasarkan ilmu tetapi kerana kepentingan orang tertentu atau jahil.


(karang gua tak amek semua jadi lari maksudnye)

tapi dalam artikal tu dia ada tulis:

Kalau berdasarkan itu, mengapa ada mufti yang kata bai’ah itu haram? Mengapa ada orang yang kata bai’ah itu zalim? Jawapan mereka kepada masyarakat itu bukan berdasarkan ilmu tetapi kerana kepentingan orang tertentu atau jahil.

Takliq dalam Islam boleh datang dalam pelbagai keadaan bagi tujuan menyelamatkan rumah tangga daripada bercerai berai , bukan sebaliknya, mempurak purandakan rumah tangga yang sedia ada. Sebagai bukti, bukankah selepas majlis akad nikah ada takliq yang dibacakan suami walaupun sesetengahnya tidak diketahui isteri?

gua tak berapa paham apa yang cuba disampaikan,bagi gua hujah ni boleh di counter balik...silap silap jadi sitting duck.

seingat gua takdepon tok kadi tu buat baiah yang boleh menggelapkan masa depan bini gua masa gua akad nikah ari tu

sesapa leh bagi gua paham.gua malas nak bagi komen kat blog tu,selalunya komen gua tak tersiar

Friday, November 6, 2009

GLAMOUR....

Aku memang kenal orang tua ni.Kalu beli rokok time pagi ke boleh nampak dia minum kat kedai tok uban...tau sangat area rumah dia...

Femes area rumah aku...

Pagi tadi aku lalu depan rumah dia sunyi je....Ke anak dia tak pegi sekolah pasal hujan lebat pagi tadi.....

Thursday, October 29, 2009

dal lama gua tak taip

smalam gua main futsal,tetiba gua rasa berpinar pinar,nak tarik nafas pon susah dan gua rasa ade orang dah usya nak tarik gua naik atas....

takot woo....

pagi tadi gua pegi klinik,repot masalah kesihatan gua.....

doktor cadangkan gua berenti rokok pasal arwah dad gua pon ade masalah jantung.....

mati tetap mati cuma taktau bila timing je pesan doktor tu....

gua kata gua takmo mati kat tempat futsal tu,nanti orang takot...

dia tanya abis lu nak mati kat mana?...

atas sejadah sudah....

**semayang pon tuang....