Tuesday, May 19, 2009

peristiwa di hari pernikahan

di suatu majlis pernikahan,2 sahabat sedang berbual sambil mengunyah makanan.Seorang tatamu manakala seorang lagi abang pengantin perempuan

:) aku dengar ko abang yang mengambil berat tentang adik adik,betul ke?

:E betul la memang aku dahulukan adik adik aku,keselamatan dorang aku jaga betul........

:) ye ke?

:E hek elleh,aku tanak dorang jadi ntah hapentah,woo tanak woo...

:) abis tu adik ko si mira nih.....

:E apehal dengan dia,ko ni jangan buat pasal!......

:) takde la ko kan dahulukan adik ko,malam karang abis la adik ko kena belasah dengan adik ipar ko baik ko dulukan diri ko,hahahhahahahahah(sambil belari membawa pinggan menyelamatkan diri)

:E ni ko perli ke carik pasal,B0doh punya mangkuk....

Monday, May 4, 2009

with arms wide open

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

pada 30 april lepas saya terpaksa menunggang motorsikal saya terus ke klia dan membeli tiket kerana di beritakan isteri pertama saya dimasukkan ke hospital umum sarawak.

sewaktu saya menikmati sarapan pagi di airport(flight saya pukul 11) sambil mengunyah makanan,isteri saya memberitahu yang dia telah melahirkan bayi lelaki,membuatkan saya tersedak dan teruja seketika.

sewaktu saya menaip ini,isteri saya sedang elok berdengkur sementara saya bersengkang mata menjaga baby saya.modus operandi isteri saya ialah membalas dendam kerana semalam saya tido tak hengat dunia.

nasihat saya pada kaum lelaki untuk pedoman kita bersama LETIH WOOO JAGA BABY BARU LAHIR dan berilah kata semangat dan dorongan pada isteri sewaktu dia bangun tengah malam bancuh susu untuk baby.

esok saya akan ke jabatan pendaftaran untuk menamakan bayi saya Sallehudin Imran

Thursday, April 23, 2009

tag yang merebak rebak

jenuh sehari aku nak taip ari ni.........

(1) 3 Names in Your Inbox Cellphone

gua baru beli henset jadi ia masih kosong lagi dan gua masih terkial kial nak eksplore.Soalan ini tidak releven.

(2) Your Main Ringtone

ringtone macam bodoh je,naik malu aku kalau berbunyi kena pulak ade awek AM Bank lagi la malu.

(3) What U Did At 12 Last Night?

main futsal......................

(4) Who Was The Last Person You Went Out With? Where?

memandangkan bini gua tak baca blog nih ari tu kat jusco masa event ada sorang awek blanja gua makan

(5) The Color 0f The T-Shirt You’re Wearing? Now?

blue black,kat ofis gua

(6) The Last Thing U Did?

baru lepas tipu rakan sepejabat gua pasal kerja......


(7) 3 of Your Everyday Favorite Items

1)ps2 gua la
2)motor gua la weh,takde motor tu patah kaki woo....
3)tak decide lagi la..........

(8) The Color of Your Bedroom?

putih...ntah bila nak cat baru....

(9) How Much Money in Your Wallet Now?

gua mana ade wallet,5 kali hilang IC tu yang gua fedup beli wallet.Soalan ini tidak releven

(10) How’s Life?

hujan gerimis insan menangis.

(11) Your Favorite Song?

Frank Sinatra,my way


(12) What Will You Do Next Weekend?

program futsal dekat olak lempit,uiksss boleh menggatal


(13) When Was The Last Time You Saw Your Mom?

pagi tadi,kejutkan aku bangun pukul 6.30 pagi tanya mana remote tv

(14) Where Is She Now?

Paris,beli kelapa parut.Ape punya soalan daaa..

(15) When Was The Last Time You Talked To Your Parent?

pagi tadi.aku kata`yo chow dulu'

(16) Who Is The Last Person That Texted You?

member keja suruh bagitau bos dia tak sihat...konon la....

(17) Where Did You Have Dinner Last Night?

depan tv makan ayam dengan bebek.....

(18) The Last Surprise You Got?

rozita che wan kirim lingerie.....

(19) Last Thing You Borrowed From Your Friend

minyak belacak..........

(20) Who is Your Bf/Gf Or Husband/Wife?

bini gua ain,sekarang dia kat kuching,awek gua merata rata..........

(21) What Do You Feel Now?

kat mana tu?

(22) Wanna Share With Who?

bergantung tang mana feel tu..


(23) Who Knows Your Secret?

manada rahsia beb....


(24) They Keep Your Secret?

i don teras enibadi.....

(25) Are You Angry With Someone?

Najwa aiman.dia poyo

(26) What do you order at McD?

kuih keria..soalan tak releven.

(27) The Last Time You Felt So Sad?

nombor miss 1 mata.

(28) Mahu Tag?
aku mana ramai kawan...........

Friday, April 17, 2009

cerita bulan april

kegembiraan ku
1)kontrak aku sambung horeeeeyyyyy.......
2)maybe aku dapat anak pertama dari isteri pertama bulan ni horeeeeyyyyy....

kesedihanku
1)aston villa kalah dengan mu.........
2)kesihatan ku tidak berapa baik........

ketidak pastian ku
1)hasil penyiasatan kes kelucahan melampau di area rumahku?........
2)adakah aku akan memandu kereta baru?..........

yang pasti rumahku ibarat tongkang pecah dengan ketiadaan biniku,hidup ku seperti tiada hala tuju,oh ain pulanglah cepat dari persalinan mu.aku bebek dan adik merindui mu.

untuk mengemas rumah....

Tuesday, March 24, 2009

PEMBENTANGAN HASIL SIASATAN

assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Dengan segala hormatnya saya akan membentangkan hasil siasatan saya yang telah dijalankan ditaman perumahan saya iaitu Taman ***an ****a,Klang.Adapun dengan melakukan penyamaran,risikan dan juga seksaan saya membuat kesimpulan yang mana GADIS TOPUP TIDAK WUJUD.

Dengan bantuan kutu kutu berahak yang melepak dari isya hingga awal subuh di perhentian bas taman saya dan juga bantuan spy saya selama 2 bulan,tiada bukti dapat dikaitkan dengan dakwaan di atas.

Walaupun begitu siasatan yang telah dijalankan membawa kepada satu penemuan salahlaku belia belia tempat saya tetapi melibatkan anak angkat kerajaan.Kegiatan meneguk arak,hidu gam dan seks bebas dijalankan dalam hutan berhampiran taman perumahan saya

Kertas siasatan akan dibentangkan dalam masa dua bulan lagi....
Jika tiada aral saya akan memasukkan gambar...


*bagi gua nikmati hasil siasatan dulu,hasil maklumat katanya mandi separuh bogel depan mata pon ada.
gua dah sound mamat tu,takde orang bogel gua bogelkan mamat tu pastu tinggalkan dalam hutan....

Saturday, March 14, 2009

sudah satu tahun la,boleh gua tak perasan

Assalamualaikum dan terima kasih kepada yang sudi melawat blog gua.sejarah gua buat blog ni simple je.....kat ofis gua semua sebok main ym la,my space la dan face book.

Memandangkan yang gua ini sering menentang arus(bukan menentang hukum alam dan agama)gua pon dengan takde kejanya menaipkan suka suki,dan dengan magisnya gua telah sampai ke satu blog yang kuning background dan biru tulisannya.(ini blog pertama gua tengok di dunia milik anak malaysia,tak silap gua pemiliknya seorang awek).pening gua nak baca....

Oleh kerana blog itu berbahasa inggeris dan time tu gua gila buat origami,gua pon ternampak la pulak link ke sinaganaga origami,gua pon klik la kerana dengan harapan dapat belajar origami dengan anak malaysia(gua tak tau dia ni sapa)sekali tu blog ni bukan untuk nak belajar origami.chit tertipu gua..

Dalam blog bang naga banyak la pulak link.Gua pon main klik je tak silap gua blog pipi yang mana gua terlink ke kumprinx......

Setelah menelaah blog si kumprinx ni gua pegi la ke blog si dugong senyum milik si basri..Dan time tu gua kena pegi buat kerja....gua tinggalkan komputer gua tu dengan tekad di hati besok gua sambung baca blog.....

Esoknya gua sambung baca blog si dugong senyum sampai habis.pas tu gua berminat dengan tujuh86 milik jigo,gua minat baca tajuk dia pasal semua tajuk akan berkait dengan satu sama lain.

Dah khatam blok jigo nih gua merayap la...banyak gua bukak sampai la ke blok abdullah jones.ni blog pertama yang lain dari lain bahasa penggunaannya.bila tengok profile jones ni gua macam pernah tengok mamat ni around kl tapi gua tak ingat.....

hari berganti hari gua terlink masuk pulak ke khayal.blogspot yang mana bagi gua banyak informasi yang gua dapat.gua ingat lagi masa gua posting buat pertama kali mamat ni tak layan bila gua tanya soalan....

apa yang gua nak luahkan kat sini,bagi gua la bloggging bukak minda gua dan gua seorang sahaja dalam semua kawan gua yang minat blog.Blog lebih baik dari ym dan myspace kerana gua antara mereka yang pernah menyalahgunakan MIRC dulu..kui kui kui

thanks kepada bro max 03,kumprinx,naga,dugong,jigo,jones dan ramai lagi blogger yang ntah gua tak ingat lansung nama diaorang yang mana semua blog yang gua dah baca memberi pengetahuan yang gua tak dapat masa gua belajar dulu.


hail to bloggers.



*macam poyo pulak ayat last tu...

Friday, March 6, 2009

PERMOHONAN KERJA KOSONG

memandangkan kontrak saya nak abis,sape sape memerlukan rakan sepenjenayahan,saya leh tolong.....


PROFAIL SAYA

  • pengalaman curik basikal dengan buah rambutan.rider kereta boleh tahan.
  • selok belok pulau pinang,johor dan selangor dalam tangan.
  • pernah mengendalikan m-16 selama dua tahun(bekas wataniah).
  • pasport antarabangsa ada.permohonan jenayah seperti ragut dan rogol tidak dilayan (diklasifikasi jenayah runcit).
  • rompak dan rogol akan dipertimbangkan.
  • JENAYAH DIBAWAH PENGARUH ALKOHOL AKAN DITOLAK

keuntungan jenayah 50-50,BELOT GUA SANTAU....
saya profesional......