Friday, November 13, 2009

Bai'ah

gua rayau rayau kai sini,pasal bai'ah.....

gua bukan pandai sangat agama beb,tapi untuk tunjukkan kesetiaan pada satu satu organisasi dan galang gantinya seorang isteri bagi gua tak releven langsung...

so owner dia ada tulis:

Selepas itu setiap kali berlaku perlantikan khalifah selepas wafat nabi Muhammad, rakyat terutama pemimpin tempatan keluar memberi bai’ah. Akujanji taat setia itu memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang dipilih itu. Dengan ini mereka boleh menjalankan amanah dengan sebaiknya.

Tiba-tiba timbul pula pada akhir-akhir ini bai’ah ADUN PAS yang mereka bersedia menceraikan isteri masing-masing jika mereka melompat parti. Walaupun dengar seperti janggal, tetapi bai’ah seperti sah. Kedudukannya adalah takliq yang boleh menjaga kelangsungan rumah tangga. Logiknya, kalau suami itu sayang kepada isteri dia tidak akan keluar parti atau apabila dia berkira-kira untuk lompat parti akan difikirkan berkali-kali, mana lebih penting; isteri atau parti baru. Kalau lompat parti, bolehkah dapat isteri lain sebaik bekas isterinya? Jadi, dia akan pilih mempertahankan isteri dan partinya.

Kalau berdasarkan itu, mengapa ada mufti yang kata bai’ah itu haram? Mengapa ada orang yang kata bai’ah itu zalim? Jawapan mereka kepada masyarakat itu bukan berdasarkan ilmu tetapi kerana kepentingan orang tertentu atau jahil.


(karang gua tak amek semua jadi lari maksudnye)

tapi dalam artikal tu dia ada tulis:

Kalau berdasarkan itu, mengapa ada mufti yang kata bai’ah itu haram? Mengapa ada orang yang kata bai’ah itu zalim? Jawapan mereka kepada masyarakat itu bukan berdasarkan ilmu tetapi kerana kepentingan orang tertentu atau jahil.

Takliq dalam Islam boleh datang dalam pelbagai keadaan bagi tujuan menyelamatkan rumah tangga daripada bercerai berai , bukan sebaliknya, mempurak purandakan rumah tangga yang sedia ada. Sebagai bukti, bukankah selepas majlis akad nikah ada takliq yang dibacakan suami walaupun sesetengahnya tidak diketahui isteri?

gua tak berapa paham apa yang cuba disampaikan,bagi gua hujah ni boleh di counter balik...silap silap jadi sitting duck.

seingat gua takdepon tok kadi tu buat baiah yang boleh menggelapkan masa depan bini gua masa gua akad nikah ari tu

sesapa leh bagi gua paham.gua malas nak bagi komen kat blog tu,selalunya komen gua tak tersiar

Friday, November 6, 2009

GLAMOUR....

Aku memang kenal orang tua ni.Kalu beli rokok time pagi ke boleh nampak dia minum kat kedai tok uban...tau sangat area rumah dia...

Femes area rumah aku...

Pagi tadi aku lalu depan rumah dia sunyi je....Ke anak dia tak pegi sekolah pasal hujan lebat pagi tadi.....

Thursday, October 29, 2009

dal lama gua tak taip

smalam gua main futsal,tetiba gua rasa berpinar pinar,nak tarik nafas pon susah dan gua rasa ade orang dah usya nak tarik gua naik atas....

takot woo....

pagi tadi gua pegi klinik,repot masalah kesihatan gua.....

doktor cadangkan gua berenti rokok pasal arwah dad gua pon ade masalah jantung.....

mati tetap mati cuma taktau bila timing je pesan doktor tu....

gua kata gua takmo mati kat tempat futsal tu,nanti orang takot...

dia tanya abis lu nak mati kat mana?...

atas sejadah sudah....

**semayang pon tuang....

Monday, September 28, 2009

berita angin

dengar dengar bos ana mau meletup hari ini.....

semua ketakutan dalam tawa...

kelakar jugak tengok kepura puraan manusia......

takut bos dari tuhan....

**cakap orang konon gua pon sama kurang takut pada tuhan....

pagi tadi subuh tuang.....

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

kepada sesapa yang datang melawat blog yang tak seberapa nih.....

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada anda semua....

Drive kenderaan elok elok....

Mengantuk,rehat...

Enjoy raya berpada pada...

well gua pon dah nak balik.....

pantai dalam je...haha

Tuesday, September 8, 2009

semangat memancing

Hari ahad,bersemangat aku nak pergi memancing.Punya la semangat sampai tak tido sehari.Dalam pukul 6.50 pagi aku dah bertolak ke lokasi.

Sampai di lokasi aku terus menyiapkan diri seperti memilih lokasi,baca doa,pasang umpan dan seterusnya membuat lontaran.sepuluh minit kemudian aku menukar lokasi.Siot tempat tak leh mancing rupanye....

Well aku terpaksa menukar lokasi ke tasik subang.dah kena tambah setengah jam bawak motor.Sampai kat sana bila aku membuat penelitian,macam tak best je tempat nih.Takde riak ikan patin kat air.tapi gua mantain je.

Matahari dah naik makin tinggi,awak dah kepanasan tepi tasik ikan tak naik naik lagi.tukar lagi lokasi,kat tempat air masuk.

Bila aku mengadap air tu aku rase kureng sesangat....dulu punya la banyak ikan talapia main main kat air tu,sekarang dah takde sekor pon.seingat aku la setahun lepas pemandangan kat situ lebih seratus ekor ade,tapi tu tinggal kenangan je.

Tasik subang tinggal kenangan.Patin dah takde,toman tak tau ade lagi tak,talapia settle tak bersisa.Aku sedih beb,manusia tamak sangat.tak jala mesti kerja jaring kalau aku jumpa memang aku hiris hiris tayar keta orang tu.

ade pon pagi tu aku nampak seekor `harapan' kaloi emas,tu pon tak tau berapa lama tuah tak kena jaring.Lakhnat punya orang,aku nak mancing pon dah tak mood

Monday, August 24, 2009

ramadan punya cerita

sedang gua merempit di jalan dalam Jalan Kebun,terlihat la 2-3 anak muda mengelabah puyuh.
'ape ke hei nye polok dorang nih"kata gua dalam hati.

laaa... tak pose isap suria dalam belukar.takda kelas langsung.kepada kengkawan kalau la terniat nak monteng posa invite la gua pergi wendy's ke tempat best sikit ke.jangan la tepi parit dalam estet kelapa bali macam belia Jalan Kebun.

dulu masa gua kerja tujuh-sebelas convineant store dulu.kul 8 pagi dah ade budak laki beli roti,gua heran awal pagi pon tak leh tahan posa.

selepas gua habis belajar gua join team installation barangan telekomunikasi,bulan posa di branang.tower tu tak tinggi pon dalam 30 meter je,sume tak posa mase tu selain gua(kental beb)

ntah macam mana bos gua suruh gua panjat pulak.Memandangkan gua kental gua pon panjat.5 minit je lawan graviti.Sampai je kat pucuk dengan rakusnya gua rampas air dan minum.Haram jadah punyala penat dan haus tuhan saja yang tahu.hilang kental.

well masa berlalu meninggalkan kita.tahun 2005 last site gua bulan posa kat batu pahat,parit sulong tower maxis.dari pagi sampai la kul enam gua install dengan supervisor gua.hari itu gua minum air liur dari zikir je masa buat kerja(poyo la gua n jangan la percaya)

masa berbuka tu gua punya la rasa nak nangis pasal nikmat berbuka walaupun satu hari tu zohor dan asar berlalu begitu saja.dan tuhan tak kejam pasal dia tak tarik nikmat posa tu dari gua walaupon gua tak semayang.

kita ja kejam dekat pencipta dan umatnya tapi pencipta sangat kasih dengan kita.lagi satu kalau nampak orang keja tak posa jangan cepat salahkan tapi pikir ape la kerja dia yang buat dia tak posa.

tang belia jalan kebun tu hahhaha bangang ponteng posa isap rokok.orang lalu menyorok baik lu dok rumah bujang makan nasik.bodoh budak sekolah