Saturday, December 10, 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera....

Assalamualaikum kawan kawan..

apa khabar anda disana? sudah lama tak mendengar berita... Kehidupan saya agak sibuk sejak kebelakangan ini, al maklum lah baru jadi pengantin baru.



tapi sayangnya itu berita tipu...hehe

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Thursday, November 10, 2011

Terima kasih datin.....

   Semalam ketika waktu sudah melepasi jam 2 petang gua lepak sambil tengok officer gua buat kerja. Dan gua pon mula la bersandar sambil mengurut dahi sambil memejamkan mata sebab mengantok dan pening pening lalat sikit.

   Tetiba berbunyik la telefon depan gua. Gua biarkan je..Telefon tu berbunyik lagi dan gua angkat sambil buat suara stim haha...

"Operasi.."

"Gafa, kamu ada masalah ke?"

Hadoi mak.... Datin call gua....

   Untuk pengetahuan korang kat dalam ofis memang la merata CCTV ada, tak sangka la pulak datin tengah pantau kegiatan gua. Dengan tidak mengelabah puyuhnya gua menjawap dengan suara yang husky...

"Oh pening la datin, hari ni panas sangat" baik gua cong ini orang tua tapi memang betul pon gua baru lepas keluar.

"Kamu ada panadol?"

"Takde la datin, minyak cap kapak ade la"

"Ok takpe nanti saya carik ada panadol tak dalam bilik saya"...

   Dan dan terus segar mata gua.... Tapi gua masih meneruskan lakonan pening pening manja gua depan CCTV lagi supaya datin tak syak gua  mempermainkan hati dan perasaan dia...

Sekejap lepas tu gua nampak driver datin naik jumpa datin dan keluar ofis....

   Agak agak gua dalam 30 minit lepas tu, gua pon pura pura naik tingkat atas waktu gua nampak driver datin dah pegang beg. Tu tandanya datin dah nak keluar... Dan gua perlahan lahan jalan macam orang nak  pengsan gayanya..

"Gafa, mari sini.. ambik ni pastu makan..." Datin hulur panadol aktifast...

dan gua ucapkan terima kasih

2 kali lagi terima kasihnya.....

....................................................

moral of the story.... jangan tipu!!! pening kata pening and jangan gelabah... haha

saya nak manja dengan datin sebenarnya... hahahaha...

abang Rosman : sori la pasal saya abang kena bangun tido dan pegi kedai beli panadol


Friday, October 28, 2011

aku yang menghidap demam campak...



orang kata bila dah kena sekali takkan kena lagi... betul ke?

ni aku tengah mengidap sakit yang paling best jangka masa cuti sakitnya dan paling tak best menanggung sakitnya...

ngan badan dan muka yang elok sikit dari zombie.... selera makan yang kurang akibat sakit dalam tekak.. hari hari melantak kelapa sambil terperap dalam bilik amat amat membosankan....

5 hari lagi cuti sakit berbaki kalau nasib tak baik sambung lagi cuti....

****habislah wajah iras iras hugh jackman ku....

Sunday, October 23, 2011

Saturday, October 1, 2011

September pun sudah berlalu....



September sudah berlalu,

Genap setahun dah cerita tu,

Ini masanya untuk aku habiskan semua,

Untuk hilangkan semak di kepala..

siri bercakap dengan gafaro: pertaruhan

  Malam yang meriah di tapak pesta dan aku masih berjalan jalan melihat pengunjung yang datang, dari jauh aku dapat melihat kelibat wanita yang memberikan aku manisan berbentuk hati tempoh hari yang sedang sibuk membuat kerjanya. Dan aku hanya mengangkat kening melihat gelagatnya...

"Jom main blackjack... nak tak?" Tiba tiba aku disapa oleh seorang wanita yang entah datang dari mana datangnya.

"21?"

"Haah la..."

"Taruhannya?"

"Jangan la macam tu, ambik kad dulu. Permainan belum bermula tapi sudah ingin tahu imbuhannya"

"Ok, saya layankan aja"

Kami berdua pun mencari tempat yang sesuai, jauh dari orang ramai...

........................................................

"Cukup atau nak tambah kad?" tanyanya kepada ku sambil dia mencampakkan 2 keping kad kepada ku...

"Cukup la ni, banyak banyak kad nanti jadi beban... Err jadi... Apa imbuhannya? atau taruhannya"

Dan wanita itu dengan yakinnya bersuara "saya inginkan gula gula berbentuk hati.."

Perlahan lahan ku memandang matanya dalam dalam....

"Jangan biarkan hati anda berperang.... Sebab anda tahu bila ingin membuang kad atau teruskan perjuangan di bangku ini...."

 Ku usap mukaku dan kad ditangan ku renyuk akibat digenggam kuat...

Berat permintaan tu...

Wednesday, September 28, 2011

paksi ku hanya sekecil mancis..jika ditangan nampaknya kecil, tp bila terbakar, pasti terasa

" paksi ku hanya sekecil mancis..jika ditangan nampaknya kecil, tp bila terbakar, pasti terasa..." - Encik Rajin (9/2011) 




 Apabila kita mencari masalah yang rakan atau pasangan kita timbulkan pasti kita akan  jumpa.. Akan tetapi pernah atau tidak kita berfikir akan kesalahan diri kita yang telah dilakukan ke atas diri orang lain?


Apakah perasaan anda apabila rakan sekerja anda pula menyerang anda dengan kesalahan kesalahan lampau yang yang telah anda lakukan? yang tidak diambil pusing oleh anda sebelum ini?


Walaupun hal kecil tapi ia masih mampu menyebabkan kekecohan, kadang kadang benda yang kita pandang enteng akan menyebabkan kesusahan pada diri kita akan datang.


Dan ini pesanan iklas dari saya kepada semua pembaca... 


 "jadilah golongan yang bijak dengan kurangkan mencari kesalahan rakan sekerja atau pasangan anda kerana kadang kadang teguran yang akan menyusul itu sama peritnya dengan tamparan dimuka.."