Monday, November 17, 2008

Ayat Ayat Orang Lama


JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH TIADA ATAU MASIH BELUM ADA TEMAN HIDUP,MUNGKIN ANDA BOLEH MENGGUNAKAN BAHAN RUJUKAN DI BAWAH

Cinta pandang pertama satukan Osman, Bedah
OSMAN Jusoh dan Bedah Hashim bersalam selepas sah menjadi suami isteri di Kampung Charuk Sikin, Kupang Baling, semalam.

BALING 15 Nov. - Cinta tidak mengenal usia, Begitulah yang berlaku ke atas pasangan Osman Jusoh, 85, dan Bedah Hashim, 65, apabila cinta pandang pertama mereka membawa ke jinjang pelamin.
Osman dari Kampung Mengkuang Masjid Kuala Pegang dekat sini menganggap pertemuan pertama kali dengan Bedah sebagai unik. Apatah lagi dia merupakan calon lelaki ke- 40 yang berjaya menambat hati Bedah selepas pasangannya itu menolak lamaran lelaki lain.
Hanya Osman lelaki yang diterima sebagai pasangan hidup Bedah selepas wanita itu kematian suaminya, Hamid Che Hat yang meninggal dunia empat tahun lalu.
Bersaksikan tujuh orang anaknya bersama 34 cucu dan sembilan cicit, Osman yang lengkap berpakaian baju Melayu berwarna putih tiba di rumah pengantin perempuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, kelihatan ceria sebelum diiring ke tempat persandingan dengan iringan kumpulan marhaban.
Osman mengambil keputusan berkahwin semula selepas kematian isterinya, Saudah Awang pada tahun lalu.
Pasangan Osman dan Bedah dinikahkan pada 7 November lalu di Masjid Al Ariffin Gua Reban dekat sini oleh imam masjid berkenaan, Ahmad Saidin Ishak.
Osman berkata, dia ditemukan dengan Bedah hasil usaha jirannya dan akhirnya mengambil keputusan untuk memilih wanita yang mempunyai tiga orang anak itu sebagai suri hidupnya.
''Saya gembira kerana anak- anak dan cucu merestui perkahwinan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis bersanding di rumah pengantin perempuan di Kampung Charuk Sikin, Kupang, dekat sini.
Menurut Osman, hantaran sebanyak RM3,445 dan sebentuk cincin menjadi ikatan mereka selepas lebih sebulan mengikat tali pertunangan.
Bagi Osman, walaupun usianya telah lanjut, pendengaran dan penglihatannya masih baik dan mampu membaca tanpa memakai cermin mata.
Malah pengantin lelaki itu memberitahu mampu berjalan di hutan tanpa memakai kasut manakala giginya masih kuat.
Sementara itu, Bedah mengakui bahawa dia memilih Osman kerana yakin lelaki itu seorang yang kuat pegangan agamanya dan mempunyai ciri-ciri suami soleh dan bertanggungjawab.
Bedah yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu dengan Hamid berharap untuk hidup bersama Osman hingga ke akhir hayat.
Mengenai rancangan berbulan madu, Bedah berkata, dia berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah dengan suaminya itu.



'Dah...kalau Dah nak tau,Abang Man boleh masuk hutan tak pakai kasut..
Kalau setakat nak kunyah dodol tu senyum je la...

Renung renungkan..................

2 comments:

Najwa Aiman said...

Tak ada sebut pasal mata dia orang. Mungkin tahap penglihatan berkadar terus dengan usia. No wonder le boleh jatuh cinta pandang pertama... ayaarrkk..!!!

GAFARO said...

cinta



itu




suci...............