Monday, February 22, 2010

Bebek kucingku dalam kenangan

smalam pada pukul 2.30 petang saya ingin memberi kucing yang telah 3 tahun dalam jagaan saya makan.Ia sakit,amat kurus dan mempunyai bengkak seperti beguk di lehernya.kasihan dia....

Ntah macam mana dan ntah dari mana datangnya kekuatan kucing yang sakit itu telah mengigit jari telujuk kiri saya hingga berdarah.Maka berjejeh jejehlah darah di lantai dapur saya.

Walaupun saya terkenal dengan kegagahan,keberanian dan ketampanan,saya akhirnya tewas digigit oleh seekor kucing sakit dan terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ,Klang.

Saya diberi suntikan tetanus untuk mengelakkan kancing gigi dan dibawa ke bilik sinar-x untuk melihat jika terdapat sepuntung dua gigi kucing yang tercabut dan tertinggal dalam luka saya.

Setelah sesi rawatan dan pembayaran telah dibuat,saya mendapat panggilan dari isteri pertama saya mengatakan kucing yang mengigit saya telah tiada lagi nyawanya.

Apabila tiba sahaja saya dirumah,saya mencapai cangkul untuk menguburkan kucing kesayangan kami tersebut walaupun dengan hanya menguunakan sebelah tangan sahaja...

****************************************

PERINGATAN DAN AMARAN

adalah lebih baik disengat lebah,ikan keli dan bersunat lagi sekali kerana terkena gigitan kucing amatlah sakit.diwaktu saya menaip ini saya masih mengalami kesakitan di hujung jari saya mungkin akibat gumpalan nanah yang terbentuk..

Oleh itu saudara saudara jangan memandang rendah kekuatan haiwan sakit yang nak mati.malam susah nak tido,berdenyut denyut rasanya....

INGATAN

saya tidak memukul pun kucing itu sebaliknya ia mati sendiri akibat sakit.

Thursday, February 18, 2010

bisikan rahsia

17.2.2010 hari nikmat membawa motosikal berkuasa kecik....anda tidak perlu mengerahkan kecekapan dan kepakaran anda untuk mencilok.anda hanya memerlukan ketenangan ibarat air di kali untuk menikmati feel pemanduan berhemah.

Saya tiba lewat di pejabat saya hari itu.Ketibaan saya pagi itu disambut oleh `Vice president of central region' syarikat saya bekerja.Maka menggelabah puyuh saya memarkir motosikal berkuasa kecik kepunyaan saya.Saya siap menyorok disebalik tiang kerana sebarang ketirisan maklumat kelewatan saya boleh mengancam masa depan pekerjaan saya di syarikat saya bekerja...

****************************************************

Tatkala menghabiskan usia malam hari saya mengimbau kenangan saya menipu isteri saya pada malam tahun baru 2008.Saya memberi alasan untuk pergi memancing bersama rakan rakan walhal rakan saya menjemput saya menghadiri pesta muda mudi bertajuk `Beach party at sunway lagoon'.

Untuk pengetahuan pembaca,pembiayaan dan pengangkutan saya ke pesta maksiat itu ditaja oleh rakan saya.(RM180 beb,dapat tiket free).Saya tidaklah minat sangat dengan pesta muda mudi tersebut tetapi kemasukan percuma RM180 berjaya membuatkan saya kecundang dan mengikut pelawaan rakan saya.

Ya,hadirin hadirat kebanyakannya wanita berbikini sahaja.Oleh kerana saya beraliran `Batu' atau bahasa penjajahnya Rock,penyamaran dan alasan yang diberikan kepada isteri saya amat seiring dan sejalan.

Pesta muda mudi itu hanya memainkan muzik aliran house yang sesuai dengan budaya shuffel.
Sedang saya leka menonton gelagat muda mudi yang terkinja kinja mengikut iringan muzik,meja yang saya bersandar terasa bergegar.Rupanya dua orang gadis genit yang hanya memakai bikini sambil salah seorang mengenakan kaca mata hitam(bodo memalam pakai spek)sedang menari nari.

Saya terkejut kerana selepas saya menoleh kebelakang kelihatan pangkal peha wanita bukan muhrim sangat dekat dengan muka saya sehinggakan saya dapat rasakan aura peha gadis genit itu.

Hajat dihati ingin menikmati pemandangan indah itu,tetapi hati kecil saya berkata`tak manis melihat pangkal peha wanita dalam jarak dekat di khalayak ramai.Saya akur dengan kata hati kecil saya.

Selepas pesta pora itu kami(hanya saya dan rakan rakan saya,tidak termasuk gadis genit tadi)menuju ke destinasi seterusnya iaitu Genting Highland.Tetapi tidak ada banyak perkara yang ingin dikongsikan kepada anda semua.Boring....

Paginya kami pergi mandi manda di sebuah sungai berdekatan dengan highway karak(ntah hapenamenye dah lupa).Setelah puas mandi manda di situ tibalah masa untuk pulang.

Terpaksalah saya singgah di pasaraya econsave untuk membeli ikan.Sekian terima kasih


Thursday, February 11, 2010

HARI HI PANAS LA

aku panas betullah dengan kelompok orang yang tak boleh terima hakikat...
sembahyang tonggang tebalik tapi bila allah turunkan ujian tak boleh terima.....
come on lah....allah baru uji sikit je tu....dah melatah....

cerita islam berdentang dentung sampai taik tikus kat gelegar rumah pon jatuh....
tapi pengisian ....zero....

gua kutu gak...tapi bila takda duit gua tak pernah pikir sangat..yang gua pikir razeki tuhan ada dimana mana....

allah maha adil lagi bijaksana....maha pemurah dan penyayang....
gua bagi contoh sejahat jahat orang mesti ada jumpa duit syilling....tu razeki dia!
ini tak dapat memerintah semua orang habis dituduhnya....allah dah tulis jalan cerita lu macam tu......muhasabah diri tengok mana silap kita...

jangan kita berlaku zalim atas diri kita,lu suruh orang baring kat jalan,lu duduk mana?lu pon tanak baring sekali.lu tak berlaku zalim kat diri lu tapi lu manipulasi orang lain ikut kata kata lu.zalim beb manipulasi orang lain untuk keuntungan lu.

takdir beb,kalu lu usaha cara baik lu dapat cara baik,kalu lu usaha huru hara lu dapat setimpal..

JANGAN KITA SAKITI HATI ORANG LAIN.KELAK NANTI DOA TAK MAKBUL





Monday, February 8, 2010

Aku dan Sallehudin......mama dia takda...

Semasa lalu di Perhentian Bas Klang,aku dengar orang panggil nama aku siap jerit jerit lagi.Tengok side mirror mamat tu aku tak kenal.Aku perlahankan motor.....

Siyul,`Kapar,Kapar'.aku ingatkan `Gafa,Gafa'....


***************************************


Sallehudin masuk wad,jangkitan dalam saluran paru paru....pegawai perubatan mintak aku pegang dia sebab nak masukkan jarum kat tangan.Nak meleleh air mata aku sebab pikirkan sakit masuk jarum.

TAK MENANGIS....aku nak meleleh air mata anak aku tak melalak pon,merengek sekejap je.Ko mainkan hati dan perasaan abah ye Sallehudin...


****************************************

Aku dokong anak aku kat wad,sebelah katil aku ada ibu muda...ramai gak ibu muda....Mak guard india(agak berumur)sua tangan saja nak dokong anak aku....Sallehudin pukul tangan dia terus peluk aku,tak nak la tu..Antie tu dengan aku senyum je tengok perangai bebudak......

aku pegi katil,ada doktor amoi muda nak cek anak aku.Dia pegang,pusingkan baby,picit pipi anak aku,aku telan air liur je,baby aku gelak...

Ko sallehudin orang cun ko menyingai sampai telinga ko punya senyum ye...Antie tua tu ko boo layan ye!....double standard....

Wednesday, February 3, 2010

tadda.....


gambar latest sallehudin imran

*aku rembat dari`muka buku' kakak aku....