Thursday, February 18, 2010

bisikan rahsia

17.2.2010 hari nikmat membawa motosikal berkuasa kecik....anda tidak perlu mengerahkan kecekapan dan kepakaran anda untuk mencilok.anda hanya memerlukan ketenangan ibarat air di kali untuk menikmati feel pemanduan berhemah.

Saya tiba lewat di pejabat saya hari itu.Ketibaan saya pagi itu disambut oleh `Vice president of central region' syarikat saya bekerja.Maka menggelabah puyuh saya memarkir motosikal berkuasa kecik kepunyaan saya.Saya siap menyorok disebalik tiang kerana sebarang ketirisan maklumat kelewatan saya boleh mengancam masa depan pekerjaan saya di syarikat saya bekerja...

****************************************************

Tatkala menghabiskan usia malam hari saya mengimbau kenangan saya menipu isteri saya pada malam tahun baru 2008.Saya memberi alasan untuk pergi memancing bersama rakan rakan walhal rakan saya menjemput saya menghadiri pesta muda mudi bertajuk `Beach party at sunway lagoon'.

Untuk pengetahuan pembaca,pembiayaan dan pengangkutan saya ke pesta maksiat itu ditaja oleh rakan saya.(RM180 beb,dapat tiket free).Saya tidaklah minat sangat dengan pesta muda mudi tersebut tetapi kemasukan percuma RM180 berjaya membuatkan saya kecundang dan mengikut pelawaan rakan saya.

Ya,hadirin hadirat kebanyakannya wanita berbikini sahaja.Oleh kerana saya beraliran `Batu' atau bahasa penjajahnya Rock,penyamaran dan alasan yang diberikan kepada isteri saya amat seiring dan sejalan.

Pesta muda mudi itu hanya memainkan muzik aliran house yang sesuai dengan budaya shuffel.
Sedang saya leka menonton gelagat muda mudi yang terkinja kinja mengikut iringan muzik,meja yang saya bersandar terasa bergegar.Rupanya dua orang gadis genit yang hanya memakai bikini sambil salah seorang mengenakan kaca mata hitam(bodo memalam pakai spek)sedang menari nari.

Saya terkejut kerana selepas saya menoleh kebelakang kelihatan pangkal peha wanita bukan muhrim sangat dekat dengan muka saya sehinggakan saya dapat rasakan aura peha gadis genit itu.

Hajat dihati ingin menikmati pemandangan indah itu,tetapi hati kecil saya berkata`tak manis melihat pangkal peha wanita dalam jarak dekat di khalayak ramai.Saya akur dengan kata hati kecil saya.

Selepas pesta pora itu kami(hanya saya dan rakan rakan saya,tidak termasuk gadis genit tadi)menuju ke destinasi seterusnya iaitu Genting Highland.Tetapi tidak ada banyak perkara yang ingin dikongsikan kepada anda semua.Boring....

Paginya kami pergi mandi manda di sebuah sungai berdekatan dengan highway karak(ntah hapenamenye dah lupa).Setelah puas mandi manda di situ tibalah masa untuk pulang.

Terpaksalah saya singgah di pasaraya econsave untuk membeli ikan.Sekian terima kasih


4 comments:

Najwa Aiman said...

Poyo...! Ekekekekekekek...

Walaweh...! Lu masih tak tau ke naper awek tu pakai spek hitam? Kalau malam tu semasa aura paha gadis genit tu dekat batang hidung tatkala lu pun pakai spek hitam, lu terus perhati ke tak? Cet...!

GAFARO said...

poyo?betul beb gua pegi beach party tu pasal masuk free,gua pon tak sangka keadaan suasana tu amat mencabar iman....

gua masih ada adat tatasusila sebelum bersetubuh beb...karang awek tu ingat gua nafsu kuda so gua hold my horses je la,baru nampak kool...

pye:rudz said...

memang champion kaedah penipuan kau.

GAFARO said...

tu baru sikit...banyak lagi pengakuan akan dibuat