Wednesday, April 14, 2010

kutuk mengutuk itu seronok...

melayari laman sesawang(hahaha lawak pulak ayat ni) macam macam benda kita leh jumpa.Ada yang kutuk mengutuk atau bergurau atau melawak tak kira la artis ke, ahli politik ke, pemain bola ke, hatta penulis novel sekalipun ada saja point point untuk dikutuk atau didiguraukan atau dilawakkan...

Contoh `Farid Camel tak sesuai dengan Lisa Surihani' atau`najwa guna potoshop cover perut'.Itu contoh mudah.Tapi kengkadang tu ada benda yang aku rasa melampau la contohnya`Dengan nama Allah yang maha Ego' atau `Perkasa is fucking rasist' itu contoh yang aku rasa tak patut buat gurau yang mana ditulis oleh orang yang seagama,sebangsa dan senegara dengan aku.

Memang la lawak itu baik untuk kesihatan.Tapi lawak melampau bukan je tak baik untuk kesihatan malah nyawa sekali.Memandangkan aku pun antara golongan loyar buruk,aku pun pernah menyingggung perasaan orang lain dan kadang kadang tu aku rasa bersalah.

Tapi golongan sebegini tiadakah sekelumit perasaan bersalah dalam diri mereka?.Pelawak atau peloyar buruk menyumbang `warna' dalam kehidupan(*** orang melayu).Tapi orang begini apa yang disumbangkan pada bangsa dan agama?.

atau mungkin aku seorang yang kolot dan dididik dengan adat resam yang tidak mengikut peredaran zaman?

Mungkin.....

6 comments:

Najwa Aiman said...

Oooo... seronok mengutuk nampaaakkk... cet!

Tapi wa setuju dengan point lu - melawak melampau memang tak baik untuk kesihatan dan nyawa. Setiao sesuatu mestilah bersederhana, dan, dibuat dalam sempadan sosial. Tak salah kalau sikit-sikit... di ulangi - sikit-sikit - meregang dinding sempadan sosial untuk menganjak pemikiran agar sedikit luas, tapi jangan terlampau hingga dinding tu pecah bertaburan dan mencederakan orang.

p/s: Wa sangat suka orang yang meregangkan sempadan sosial (dan apa jua sempadan lain) sikit-sikit supaya lebih anjal bagi memperluaskan ruang... terutamanya ruang minda.

GAFARO said...

bukan ape pon,kengkadang tu dah melampau sampai adat resam, agama, bangsa dan keluarga jadi mainan gua hangin satu badan la.....

bergurau tu kan mengeratkan silaturahim...ermm rase macam nak bergurau pulak dengan tea lady kat opis gua ni...

pye:rudz said...

pada saya lawak mengutuk fizikal sudah tidak relevan lagi hari ini. sesuatu lawak perlu ada unsur intelektual yang mampu membuat khalayak berfikir, walau sejenak. ia mesti original. baru kelas.

GAFARO said...

betul gak kata lu bro.....

asal bahan lawak tu tak memberi keaiban pada seseorang dan keseronokan pada orang lain ia masih boleh diterima...

tang halimah jongang tu macam mana nak kira ye?...

Mak Su said...

salam singgah

whoaaa, siapa yang lantang sangat berlawak tu? alamak....moga2 saya tak ketemu dng org mcm tu

GAFARO said...

isk... mana mungkin mak su,anda mesti jumpa punya cuma cepat atau lambat je...