Friday, April 23, 2010

Pahit Getir Perjalananku Dengan Kesatria Poyos.Misi:Gundu Jumlo

Bangun saja dari tidur aku perasan terdapat sehelai kertas di bawah pintu bilikku,ingatkan surat cinta dari wanita pujaan hatiku tetapi tertera `SULIT DAN PERSENDIRIAN’` beserta cop mohor diraja EMPAYAR POYOS….`Anda dikehendaki memadamkan nyawa Gundu Jamlo,jaguh puak borbon sebelum puak itu menuntut kemerdekaan dari EMPAYAR POYOS….penganugerahan imbuhan akan diberikan jika berjaya.Jika anda gagal pihak kami tidak akan bertanggung jawab keatas kematian anda……

Inilah hidup seharian sebagai agen mangkubumi EMPAYAR POYOS,terpaksa menjalankan kerja kerja kotor pemimpin tertinggi empayar yang ku cintai.Setelah mempersiapkan diri dan ditemani oleh sidekick seksiku iaitu Dewi Puak Bunian Geduaq.Kami berdua menunggang kuda menuju ke penempatan puak Borbon yang terletak di Lembah Celabon.Perjalanan yang lama tidak dirasai sangat jika ditemani jelitawan yang menghairahkan.

`Darling,kita dah sampai….kata Dewi Puak Bunian Geduaq kepada ku.

`*toot*bloody *toot* hampir hampir klimaks ni la dan dan sampai’ carutku dalam hati.

Setelah memarkir kudaku di bawah pokok ketapang di luar penempatan puak borbon yang dikelilingi kepala kepala musuh puak borbon yang dijadikan pagar.Dengan selamba aku menuju ke pos keselamatan kampong itu dan berjumpa pengawal yang kelihatan

`ya encik nak jumpa siapa’kata pengawal kepada ku.

`Gundu Jumlo ada?’

`ada encik,rumah lot nombor 666.encik Terus sampai hujung belok kanan pintu rumah warna pink.Sila tinggalkan i.c dan boleh saya tau ,cik ni siapa?

`Aku laki tiri adik mak dia,ada bawak hadiah untuk Gundu’sambil aku mnejeling pada Dewi Puak Bunian Geduaq.

Setelah selesai urusanku di pos kawalan aku dan sidekick ku menuju ke arah yang diberikan pengawal tadi.Walaupun hati ini membawa niat untuk membunuh,kami sempat melemparkan senyuman pada penduduk kampong yang menjalankan kehidupan seharian untuk tidak menimbukkan syak wasangka…

Apabila tiba di rumah Gundu Jamlo,didapati pintu pinknya tidak berkunci dan kami berdua terus menyelinap kedalam ruang tamu yang bersepah dengan bantal dan anak anak patung.Mulanya aku menyangkakan telah tersalah rumah tapi kelihatan gambar Gundu Jumlo beserta ahli keluarganya ketika sambutan raya ini membuktikan kami berada di tempat yang betul.

Kedengaran nyanyian kecil dari bilik mandi.aku memberi isyarat kepada Dewi Puak Bunian Geduaq untuk mara ke depan pintu bilik air..`housekeeping!’…kata Dewi Puak Bunian GeduaApabila Gundu Jumlo menjengahkan kepalanya keluar pintu,beliau terliur melihat keayuan Dewi Puak Bunian Geduaq yang telah bersiap dengan pakaian maid.Dengan hanya bertuala mandi,tergopoh gapah beliau mendapatkan Dewi Puak Bunian Geduaq.`wow mana you dapat baju maid ni?.macam dalam dvd jepun yang I baru beli la.Kerja nanti nanti boleh buat,kita duduk kat katil dulu ye’.kata Gundu Jumlo dan terus memimpin tangan Dewi Puak Bunian Geduaq menuju ke katil biliknya.

Mereka berdua pun beramah mesra,bertepuk tampar,cubit cubitan dan sengol sengolan. Dewi Puak Bunian Geduaq pun naik ke atas badan Gundu Jumlo sambil mengeleteknya. Berdekah dekah dia ketawa sehingga terlangkup di atas katilnya.

Dengan tak semena mena tembuslah Pedang Gemala Sakti dari bawah katil tepat mengenai kerongkong dari hadapan terus ke belakang kepala sambil Dewi Puak Bunian Geduaq menikam bertubi tubi belakang badanGundu Jumlo dengan Parang Sakti.Tamatlah riwayat jaguh pedang ternama puak borbon.

`Dasar jantan lemahnya perempuan,’kataku pada mayat Gundu Jumlo sambil Dewi Puak Bunian Geduaq memelukku.`Tapi I lain ,I Agentno9,lelaki yang menghargai cinta wanita’.

Selesai sudah tugasku untuk menghapuskan Gundu Jamlo tanpa perlu berhempas pulas,memandai dengan mengunakan tipu daya kerana aku Agentno9,agen diraja EMPAYAR POYOS yang bijaksana

4 comments:

pye:rudz said...

ini prequel avatar ke?

GAFARO said...

bukan la bro..

ini entry penyertaan pertandingan bercerita sebuah game yang gua main kat facebook...

salah satu rules kena posting satu cerita pasal mission game tu...

Najwa Aiman said...

Mak aiii...! Ni memang boleh buat NOPEN bro... Buatlah! Kasi publish.

Tips: Tulis cerita ko tu kat sini atau kat Penulisan2u. Tapi jangan tulis habis. Tulis suku. Lepas tu publish dalam bentuk buku dan annouce. Ni memang taktik biasa kebanyakan novelis sekarang buat.

GAFARO said...

hohoho baru aku tau ape benda NOPEN tu,nanti gua cuba buat...

terima kasih kerana info