sabtu lepas semasa bermain riang dengan bebola cat, aku mengalami kekejangan pada kedua kaki silih berganti...***hilang gagah depan marshal pompuan tu.. dalam jamban waktu nak memerot pon sempat kejang jugak. betapa malangnya bila dah londeh seluar kaki pon kejang...
walaupon terdapat ramai gadis yang mampu mengejangkan otot kejantanan. namun aku tiada masa untuk maksiat murah tersebut akibat kekejangan kaki. dan aku hanya mampu menahan kesakitan sahaja..
setelah balik dari bermain bebola cat pada pukul 6, ketika dirumah sharul @ takeru..aku tertidur sampai ke pukul 10 malam.sampai ku di rumah pada pukul 11, aku menidurikan diriku sekali lagi kerana terlalu letih..
keesokan tengaharinya selepas aku bangun tido, aku berpeluang menonton dokumentari mengenai masalah tidor yang dihadapi oleh semua warga dunia. setelah kusyuk menonton aku pun menyematkan dalam hati bahawasanya untuk menjaga kesihatan diri aku perlu cukup masa tido.
tanda tanda seseorang itu tidak cukup tido adalah seseorang itu akan berasa pening dan hilang fokus, gangguan pada neuron otot dan gangguan emosi seperti cepat marah serta cepat lupa. memandangkan aku mempunyai hampir semua gejala itu, aku khuatir ia akan menganggu kehidupan seharian daku.
dan aku tido pada pukul 9 malam dengan niat untuk bangun pada awal pagi...dan memang aku bangun sangat awal iaitu pada pukul 11.50 minit malam....
sampai la habis aku menaip ni aku belom tido lagi....
hadohai...
3 comments:
it's all in the mind...
Bro.. gejala yang lu sebut tu bukan untuk tak cukup tido je. Kalau tangki tersangat penuh pun ada gejala tu gak tau...
pyerudz: sekali macam hipnosis la
najwa: cisssssss...... ketahanan tinggi tau..
Post a Comment