Monday, December 27, 2010

Stadion de Colline Jalil

Pukul 4 petang.

Gua naik motorsikal pusing bandar Klang cari barang, dah dapat gua pun balik la ke rumah... Sampai kat lampu isyarat Bukit Tinggi, gua nampak sekumpulan mamat pakai baju biru. Nampak pulak vuvuzela. Hati rasa sayu pasal takda kaki nak pegi Stadion de Colline Jalil.

Sampai rumah, gua on9 kejap update status.... Tetiba gua rasa hati ini meronta ronta nak pegi jugak stadion. Walaupon tak beli tiket lagi gua tetap nak pegi pasal kalu tak dapat tengok kat stadion gua masih boleh tengok kat Stadion de Astro.

Gua mintak restu mama gua dan gua start motor gua pegi Stadion de Colline Jalil. Sampai dekat area Proton Shah Alam, hujan turun. Lebat sungguh tapi gua teruskan perjalanan juga.

Lepas je Summit Subang, hujan dah takde lagi dah dan gua teruskan perjalanan gua dengan tiket tak beli lagi. Dah sampai Bukit Jalil ada sorang mamat ni tanya kat mana nak paking motor, gua kata kat dia gua tak tau dan pastu gua folo dia pulak.

Paking je moto gua terus tanya dia.

''Bang agak agak ade lagi ke tiket ni?''

Dia jawap ''mujur la saya ada tiket lebih ni''

Fuuuuu... Kat situ gak gua bagi dia duit. Dia caj 20 hengget je...Razeki gua.. Gua join group dia 6 orang, dorang dari Pahang. untuk pengetahuan, gua paking moto kat area penyokong Indonesia. Kat luar stadion dah macam sambutan hari kebangsaan pulak gua tengok. Dan kami pun masuk stadion tu pukul 5 petang.

Dalam stadion tak ramai lagi, ada la dalam 40% tempat duduk diisi.. Suasana meriah dan boleh nampak bendera negeri Kelantan ada, Negeri Sembilan ada, banner Terengganu fan club dengan penyokong Selangor pun ada.

Kami duduk dekat group Selangor FC yang siap dengan kompang dan berbagai lagi alatan percussion. Semakin lama duduk semakin ramai orang masuk dan bendera seperti Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Pahang dan Johor boleh dilihat..

Tapi ada satu group yang menarik perhatian gua iaitu Ultras Malaya. Sama pakaian dan siap mafla. Dan dalam stadion tu macam macam gaya orang boleh dilihat, paling klasik ada satu pakcik datang pakai baju melayu. Orang putih dengan macam Fijian pon ada kelihatan bagi sokongan kat Malaysia.

Penyokong Indonesia pon tak kurang hebat.. Banner gempak gempak woo yang printing punya tau. Ada la sekali buat dalam 2-3 ribu harga rasanya.

Dalam pukul 6.30, King Gopal dan pengurus pasukan check keadaan padang sama jugak la tim Indonesia tengok tengok keadaan padang

Dalam pukul 7 suku tim Indonesia masuk untuk warm up.. Dan disambut sorakan dari penyokong mereka. Tapi bila melangkah je Rimau masuk padang untuk warm up, nyanyian lagu ''Barisan Kita'' bergema dan gua rasa ada pemain Rimau terharu dengan sambutan peminat.

Masa pun dah semakin hampir nak sepak mula lagi la gamat stadion. Dengan orang main kompang kat belakang gua, nak borak dengan orang sebelah pon sampai nak putus anak tekak
menjerit.. Tu pon tak dengar lagi...

Perlawanan bermula dan bila pandang ultras dEngan siap flare lagi, rasa macam kat serie A pon ada, J league pon ada rasanya... Masa nyanyi lagu Negaraku ada satu macam feel masuk dalam diri mungkin pasal dah 14 tahun menunggu.

Lebih 50 minit permainan baru la abang abang rimau menjaringkan gol. Memang gamat Stadion de Colline Jalil gua dah berdiri atas kerusi dah, yang pompuan depan gua melompat lompat tapi gua takda masa nak nikmati pemandangan tu pon pasal gua sebok raikan gol je.

Bila gol kedua tu tak kira la kenal ke tak sama sama betepuk bertampar pasal semua kat dalam stadion tu memang tak sangka abang rimau akan jaringkan lagi. dan forza Indonesia diam sepi seribu bahasa.

Masuk gol ketiga, ramai forza Indonesia dan blah tinggalkan Stadion de Colline Jalil.

14 tahun kita tunggu peluang ni. Sebelah tangan dah berjaya pegang piala. Malam itu malam pesta di Stadion de Colline Jalil.

4 comments:

pye:rudz said...

gua tengok kat rumah je, tapi memang puas hati tengok performance malaysia beb. puas hati. ini baru bolasepak!

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

gua memang kaki stadium bang...dalam pemerhatian gua sejak 2 taun lepas mutu bolasepak kita dah naik balik...

cuma satu je jangan harap tinggi sangat malaysia menang kat gelora bung karno.

Najwa Aiman said...

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakaaaaaaannnn....

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

nyanyian awak bagus...tapi kalau boleh biar feel tu sampai pada penonton ye..

pitching tu jaga..

jangan tarik sangat nanti bunyi dia bukan macam buluh perindu tapi lebih pada buluh pecah..

trima kasey adzam enrique khodzin