Thursday, December 9, 2010

sudut mari bersembang: Serigala


semasa anak anak serigala kecil, mereka akan saling bermain, kejar mengejar dan bergumpal antara satu sama lain...apabila mereka semakin dewasa, mereka telah mempunyai sifat dan kebolehan untuk membantu mereka hidup di dalam persekitaran yang mencabar.bagaimana hendak mencari makanan, berhadapan musuh dan segala macam ilmu survivor dalam kehidupan hutan bat... hutan tundra maksud saya.

semakin meningkat umur anak serigala, mereka perlulah meninggalkan kawanan mereka sewaktu kecil untuk memajukan diri mereka, mengawan dan membiak atau membina kawanan mereka sendiri.

Bergantung pada individu itu untuk menyertai mana mana jenis kawanan sama ada kawanan yang ganas, menyertai kawanan yang tidak melintas kawasan hutan atau menyertai kawanan yang tidak menganggu kawanan lain






tidak ketinggalan serigala yang menyendiri...kurang aktif bergaul dengan kawanan yang lain...



Saudara saudara sekalian...

ada antara anak serigala ini bersifat dominan, ada juga bersifat pelindung dan berbagai lagi sifat manu.... sifat serigala maksud saya.. ada anak serigala yang berubah langsung sifat mereka selepas meninggalkan kawanan mereka dari kecil.

setiap serigala mempunyai sebab masing masing di atas tindakan serigala itu sendiri...sama ada bergerak berkumpulan atau solo, mereka tidak lari dari kejayaan dan kegagalan bergantung pada pengalaman, ilmu dan adaptasi diri mereka pada alam sekeliling...

**** jika rajin sila tukar watak serigala itu kepada homo sapiens....

kredit pada web yang aku dah rembat gambar ni dan tak lupa pada wan ahmad '' thanks bro''

3 comments:

Najwa Aiman said...

Waallaweh...! National Geographic laaa...

pye:rudz said...

aouuuuu...
aouuuuu...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

naj & pye: gua bayangkan gua menaip dari log cabin...