Thursday, March 31, 2011

tulisan malam jumaat

hari ini aku tak sihat...

dan bos aku sebok suruh aku buat kerja....

***buat je la, pastu balik pergi klinik...mudah dan senang...
....................................................................................................................................................

seorang gadis bertanya pada aku ape erti "CINTA" dan kenapa "CINTA" menyakitkan...

***dengan poyo aku menjawap....


Setau saya dari pengalaman yang saya dah lalui...

cinta ni kita kongsi sama sama (aktiviti, persefahaman,keseronokan,kesedihan, kesenangan, kesusahan ect..)  tapi cinta ada had dia...yang mana masa ni antara 2 individu ini dah kurang rahsia antara satu sama lain...

mula jadi masalah BILA  rahsia yang tak sepatutnya diketahui  kita dah tahu atau benda yang kita kongsi sama tu dah berubah...

penyelesaian dia ialah kita kena adaptasi atau sesuaikan diri dan terima segalanya seadanya ataupun angkat kaki jalan kalau tak boleh terima....

******sabar tu penting, kalau boleh tahan tahan dan jangan buat keputusan terburu buru

poyo kan? haha...

....................................................................................................................................

tadi saya pergi klinik

Doktor: " assalamualaikum che Guevara..."

****jambang gua dah panjang sangat...... 

Wednesday, March 30, 2011

Siri bercakap dengan Gafaro: Bengong

"Aku kecewa bang, tipu la kalau aku kata aku kecewa. Aku cuba bang nak berubah tapi aku jatuh, terus hilang, ada ke patut"...

"Tapikan bang, aku nampak satu perubahan. Aku semakin tabah dan berdaya saing. haha . Aku fikir hal ni bukan sekejap, dah makan bulan aku fikir nak buat keputusan"

"Aku buat apa yang aku fikir betul, keputusan yang akan ubah hidup aku selamanya, aku bukan nak menunjuk tapi aku harap keputusan aku akan jadikan aku lain dari semalam""

Aku memandang dalam matanya...

Menghela nafas panjang...

"Apa yang kau merepek ni shaiton? Aku tengah letih ni. Lenguh bahu aku sekarang"

"Aku bukan apa, nak bagi tau je..."

Bengong......

Monday, March 28, 2011

hari ini hari perkara berkait kait

Dulu saya ada kawan perempuan...pagi pagi buta dia dah telefon bagi tau dia kena saman polis dan dia nak dengar pendapat saya siapa yang salah...

Well saya sebagai pendengar yang baik saya pon dengar la...habis dia cerita dia tanya pendapat saya...Umat Muhamad yang lurus bendol ni pun jawab " tu salah awak"...

3 minggu dia tak tegur aku..haha...

........................................................................................................................................

Manusia berdoa dan berharap untuk kebenaran. Sembahyang hajat la untuk cari kebenaran tapi kalau kebenaran tu bukan yang dia nak, amacam? dia nak terima tak nama kebenaran tu?


.........................................................................................................................................

Seorang hamlau berserban dan berjubah serta berjanggut panjang telah melanggar kereta saya. Beliau yang pernah menyokong berani kerana benar dan berkata benar walaupun pahit memandu laju setelah melanggar kereta saya ...Saksi hidup ialah mak saya yang masa tu kat dapur.

****Nanti ko musang berjanggut... Siap ko kalu ko tak mintak maaf

Sunday, March 27, 2011

siri bercakap sorang sorang..

hari jumaat pukul 6.30 petang gua sampai rumah..... pukul 10 malam keluar main futsal,

sabtu tido pukul 3.00 pagi, taip tido tido ayam je. pukul 8.20 pagi pergi kerja....
pukul 1.50.petang sampai rumah, pukul 2.30 petang keluar...


Ahad pukul 3.oo pagi baru sampai rumah...
pukul 7.40 menuju ke ABM Cheras untuk traning CIDB sampai kul 4 petang....

***Bila tak cukup tido ni aku jadi ramah la pulak,masa tunggu LRT pon aku dah mula cakap sorang sorang dah...

KEPADA PEMBACA YANG BACA POSTING NI....JAGA MASA TIDUR ANDA, JANGAN JADI SAYA...

saya dah biasa....

Friday, March 18, 2011

malam malam gini...

malam malam dah pandai mata berkaca kaca...

malam malam dah pandai berSMS...

tapi lagi seronok mata berkaca kaca

sebab itu realiti..

bukan macam SMS

sebab itu benda tak pasti...

***

We all live under the same sky
We all will live, we all will die

There is no wrong, there is no right
The circle only has one side

Thursday, March 17, 2011

langkah kecil menjadi besar kemudian hari

dan dihatinya mesti berkata

"siot mamat ni, dia lagi bijak dari aku"

dan dia terus tutup akaun...

***hari perhitungan semakin dekat....

hantu apakah yang merasukku?

hari hari saya minggu ini agak berubah kerana:

1) saya rajin bangun awal untuk ke tempat kerja

2) saya sudah mempunyai rakan SMS baru iaitu seorang perempuan (syukur tuhan gua masuk bidang admin)

3)saya agak rajin melampau lampau

4) gaya hidup sihat kembali dengan mengurangkan aktiviti duduk depan komputer selepas pulang ke rumah

5) saya dapat lakukan benda yang dah lama saya tak buat iaitu rasa air hujan yang turun dari langit semasa hujan turun dengan lebat..

*** encik naj: tomyam itu masih termenung rasanya...

Saturday, March 12, 2011

They...

They made up their minds
And they started packing
They left before the sun came up that day
An exit to eternal summer slacking
But where were they going Without ever knowing the way?

They drank up the wine
And they got to talking
They now had more important things to say
And when the car broke down They started walking
Where were they going without ever knowing the way?

Anyone could see The road that they walk on is paved in gold
And It's always summer, they'll never get cold
They'll Never get hungry
They'll never get old and gray

You can see their shadows wandering off somewhere
They won't make it home
But they really don't care
They wanted the highway
They're happier there today

The children woke up
And they couldn't find 'em
They left before the sun came up that day
They just drove off
And left it all behind 'em
But where were they going without ever knowing the way?




***curik dari lyrics.com..haha

Thursday, March 10, 2011

bintang hati: gerak hati

kengkadang kita baru nak telefon orang tu dan tetiba orang tu telefon kita...

kengkadang kita baru nak tanya orang tu, tetiba orang tu dah bagitau apa yang ada dalam hati dia..

baru cencadang nak telefon, tetiba dah nampak dia update status...

rabak hati aku..

***"sekarang gua tanya lu bro, lu nak ke taknak?" soalan enche naj bermain main dimindaku sekarang...

Wednesday, March 9, 2011

stress...

stress seorang wanita yang berumur 32 tahun yang masih tidak berkahwin tidak sama dengan stress lelaki mempunyai 4 orang anak yang terpaksa melalui perjalanan jauh setiap pagi,

stress lelaki mempunyai 4 orang anak yang terpaksa melalui perjalanan jauh setiap pagi tidak sama dengan lelaki yang mempunyai 2 orang anak yang telah diangkut oleh isterinya balik ke kampungnya selama 5 bulan,

stress seorang wanita yang berumur 32 tahun yang masih tidak berkahwin dan stress lelaki mempunyai 4 orang anak yang terpaksa melalui perjalanan jauh setiap pagi dan juga stress lelaki yang mempunyai 2 orang anak yang telah diangkut oleh isterinya balik ke kampungnya selama 5 bulan tidak sama dengan stress jutaan penyokong bolasepak Malaysia yang dahagakan kejayaan bolasepak negara.

stress jutaan penyokong bolasepak Malaysia yang dahagakan kejayaan bolasepak negara tidak sama dengan stress lelaki yang mempunyai 2 orang anak yang telah diangkut oleh isterinya balik ke kampungnya selama 5 bulan yang telah mendapat tahu bahawa wanita yang berumur 32 tahun yang masih tidak berkahwin itu telah mempunyai teman rapat....

stress manusia tidak sama.....tetapi setiap manusia sentiasa menpunyai stress....