Semalam aku melawat mak aku di IJN....
Dengan keadaannya yang masih belum sedarkan diri, wayar berselirat, sepain darah tergantung dan ubat ubat yang disuntik ke dalam tubuh aku mula berfikir bagaimanalah hidup aku bila tiba-tiba dia tinggalkan kami tiga beradik....
.......................................
Segala usaha aku untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di sebuah sekolah akibat kehilangan kepala paip sebanyak 128 biji dalam masa 4 hari hancur musnah akibat seorang malaon hantu nakkan nama ......
Aku perlu mengadap guru besar 2 buah sekolah yang selalu menghadapi masalah dengan syarikat tempat aku bekerja untuk mintak claim tugas setiap bulan...
Dengan perangai malaon hantu yang nakkkan nama tapi takut berhadapan dengan guru besar sebab aku yakin siapa yang akan menghadap guru besar sekolah itu akan disembur secukup rasa dan seperti biasa En. Gafa lah yang akan ditugaskan untuk menjadi korban setiap bulan...
.......................................
Aku bukan manusia "cry baby", aku suka memotivasikan diri aku dengan mengingati atau berkongsi sesuatu yang menyeronokkan seperti aku terkenang kembali saat Salehuddin dan Alaeddin di hadapan mataku, mengingati sentuhan mereka, mengingati saat aku "meloyar buruk" dengan emakku dan saat aku berjumpa Su yang kerap memberikan aku semangat...
.......................................
Salahkah aku berkongsi saat kegembiraan aku dengan orang lain???
Aku penat berasa tertekan dengan tekanan kerja, keluarga dan kesihatan emakku.... Aku mahu kongsikan kegembiraan aku dengan orang lain walaupun hari hariku penuh tekanan...
adakah ini salah?
aku hanya duduk termenung dan gelengkan kepala sahaja....
*****jam 4.37 pagi tapi aku masih termenung memikirkan apa yang akan aku hadapi nanti...
6 comments:
kebiasaannya...orang lain yang nampak salah kita....
fa-t: pemikiran... kalu kita fikir salah dia jadi salah dan sebaliknya...
Bro... sejujurnya, wa rasa wa sendiri belum tentu sanggup tempuhi apa yang lu tempuh. Lu memang cekal dan kuatlah bro... Macam Ultraman...
Segala yang terbaik untuk bondamu... insyaAllah...
naj: ultraman??? ultraromen ok gak... haha anyway thanks la bang...
aku used to be orang yang suka deny self instinct. sebab orang biasa kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa.
tapi aku jugak biasa terkena (wrong decision) sebab tidak mahu mengikut instict sendiri.
sekarang, aku tengah belajar combine instict + knowledge + rationale + sense + tawakkal, semua dalam satu masa walaupun sesuatu keputusan itu perlu dibuat dalam split second.
moral: shhh... akulah spiderman sebenarnya bukan si peter tu huahahaha
gila dasat anda ini... adakah anda telah menjumpai keadaan yang anda maksudkan itu?
saya haru belajar deri anda
Post a Comment