Showing posts with label ex-awek. Show all posts
Showing posts with label ex-awek. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

air terjun itu tidak bersalah gafa

Semalan bila tiada kerja di ofis aku meluangkan masa melayari `pesbok' untuk mencari kenalan lama bagi mengeratkan persahabatan.Aku pun terjumpa kenalan wanita ku yang hampir 15 tahun tidak berjumpa.kerana teruja aku pon membelek senarai kenalannya yang ada.....

Dan aku terlihat gambar profil air terjun yang cantik.Pemiliknya adalah awek yang mana dulunya pernah mendapat ruang dihatiku dan aku pernah mendambakan cinta dan sentuhannya(cheeewah)

Tiba tiba jauh didalam hati,aku dapat rasakan sedikit demi sedikit parut lukaku berdarah kembali(cheeewah)lepas ni aku nak blaja baca novel cinta cintun pulak

Rupanya hal hal yang `makan dalam' ni lambat baiknya.Ye la benda tu dah 5 tahun tapi masih sakit kat hati aku.Macam minggu lepas je rasanye***boring la ayat `rasanya seperti semalam ia berlaku'

Aku ingat lagi dalam 2 tahun lepas dia ajak aku datang wedding dia,aku pon tak paham ape la yang ada dalam otak dia.Karang kalu aku bawak lembing datang wedding dia tu kan dah jadi tajuk akhbar ` Dongeng Lembing Awang Pulang Ke Dayang Versi Moden'.

Sesiapa ada ubat nak sembuhkan luka dalaman aku sebab pagi ni aku masih terasa sakitnya ditusuk sembilu cinta?.....

Dan aku tak salahkan air terjun itu.....

Sunday, January 31, 2010

first ecounter...

semalam malam gua pergi tesco klang....

kompany gua bagi voucer membeli belah atas komitmen sepanjang tahun lepas,voucer yang gua dapat pon ihsan rakan office donate reramai sekeping....

gua dah tau old flame gua kerja kat sana,memandangkan bini gua dan baby gua dah balik time ni la gua gunakan voucer gua.....

semasa naik ekskelator gua dah doa jangan la jumpe old flame gua,ye la malas nak ingat kenangan merobek hati ku ......huhu....

gua riki semua kounter pembayaran,line clear wanita tu takde....

so gua pon memilih barangan dengan famili gua denngan hati girang...

orang pon ramai,kounter sesak...

sampai la turn gua nak bayar gua kesian tengok bini gua dokong baby,gua suruh dia pegi tunggu kat luar....

dan dan old flame gua datang hantar duit syiling kat kounter tu,memang tuhan nak gua bertemu dengan dia laa...

tapi dengan angkuh(kot)gua tak pandang pon kat dia.habis bayar gua chow lelaju.

gua nampak dia pandang gua sebab dia berdiri belakang casher,gua blah...

bini gua pon hebat duduk belakang dinding.....

tetiba gua dengar cashier tu panggil `encik tinggal barang',binawe betul nampak sangat gua nervous...

tepaksa la gua datang balik ke kounter tu amek barang gua


gafa 0-ila 1....