Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Sunday, September 5, 2010

mood saya sudah datang

semanjak dua ni seronok pulak tengok gambar keletah anak anak kengkawan (aku bukan pedophilia ).......

memandangkan aku suka tengok anak orang,kali ni aku nak syer pulak gambar anak aku pulak...

yang atas tu alaedin sulaiman.ya waktu tu aku bosan...




di bawah ni sentuhan pertama salehuddin keatas badan sebuah lori dan dia sangat teruja apabila menyentuh lori macha sebelah rumahku
................................................................


semenjak dua ni hati tak berapa seronok nak update blog...

lebih seronok singgah blog kengkawan,layan forum...

mungkin mode puasa kot....

................................................................

tapi di bulan puasa ini membangkitkan akan suatu perasaan dalam diriku....

melayari blog berkaitan politik menyebabkan mindaku kurang cerdas...


blog penuh caci maki dan memburukkan peribadi umat muhamad antara satu sama lain.....

syukur pada tuhan,mungkin ini hidayah ramadan.....

lebih baik aku melayari blog rakan rakanku,kurang lebih sedikit ilmu pun sudah memadai...

......................................................................................

persiapan raya ku?....

hmmmmmm......

ini seluar raya

seluar raya encik gafaro

yang ni baju raya

baju raya encik gafaro

ntah hape hantu masuk dalam badan aku,inilah baju dan seluar raya aku

tidak ketinggalan rambut raya.........

rambut raya encik gafaro


mungkin pasal gua sunyi kot?
..................................................................

Saturday, May 1, 2010

keluarga saya















sallehudin imran 30hb 4 2010 genap setahun,priority mama kat adik.Tapi babah sayang tiga orang sekali....

















ini adik sallehudin imran,alaedin sulaiman

Thursday, April 29, 2010

sallehudin dapat adik

Sallehudin dapat adik semalam.Petang pukul 3 lebih kat HTAR klang.Lelaki,nama dia nanti la baru daftar....

Semalam berhempas pulas gua tukar lampin Sallehudin,meleleh leleh peluh...Punya la lasak...

Pagi pagi lagi kepala gua dah sakit,tak cukup tidur melayan anak gua...

Nasihat untuk semua:Pukul 5 pagi adalah waktu yang paaaaaaling tak best untuk kelam kabut

Sunday, April 11, 2010

Monday, February 8, 2010

Aku dan Sallehudin......mama dia takda...

Semasa lalu di Perhentian Bas Klang,aku dengar orang panggil nama aku siap jerit jerit lagi.Tengok side mirror mamat tu aku tak kenal.Aku perlahankan motor.....

Siyul,`Kapar,Kapar'.aku ingatkan `Gafa,Gafa'....


***************************************


Sallehudin masuk wad,jangkitan dalam saluran paru paru....pegawai perubatan mintak aku pegang dia sebab nak masukkan jarum kat tangan.Nak meleleh air mata aku sebab pikirkan sakit masuk jarum.

TAK MENANGIS....aku nak meleleh air mata anak aku tak melalak pon,merengek sekejap je.Ko mainkan hati dan perasaan abah ye Sallehudin...


****************************************

Aku dokong anak aku kat wad,sebelah katil aku ada ibu muda...ramai gak ibu muda....Mak guard india(agak berumur)sua tangan saja nak dokong anak aku....Sallehudin pukul tangan dia terus peluk aku,tak nak la tu..Antie tu dengan aku senyum je tengok perangai bebudak......

aku pegi katil,ada doktor amoi muda nak cek anak aku.Dia pegang,pusingkan baby,picit pipi anak aku,aku telan air liur je,baby aku gelak...

Ko sallehudin orang cun ko menyingai sampai telinga ko punya senyum ye...Antie tua tu ko boo layan ye!....double standard....

Wednesday, February 3, 2010

tadda.....


gambar latest sallehudin imran

*aku rembat dari`muka buku' kakak aku....

Thursday, January 14, 2010

SMS pukul 6 pagi

bangun tido je gua perasan ada sms masuk,bini gua bagi....

yang...leh bagi sye rm50 x ari ni?
dah lama sye nak mkn piza...
x tahan lagi la nak makan piza...
ye tak brani nak mtk dgn mak....

tinggi sungguh taste budak dalam perut tu!....

ntah gua kena prank dengan bini gua gua pon tak tau...