Sunday, October 5, 2008

BERHENTI ROKOK!!!!!

Aku seorang perokok,yang cuba berhenti merokok.Berbagai petua yang aku dengar.Air kelapa campur abu rokok misalnya

tapi nak berhenti merokok guna teknik helmet,meja makan dan batang penyapu.....

Hentak guna topi keledar
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mereka cuma mengadu sukar menghilangkan ketagihan merokok dan mengalami penyakit hati ketika mengunjungi sebuah keluarga terdekat di Pangsapuri Sri Sarawak, Jalan Imbi di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri terbabit, Mohd Ibrahim Kader Mydin, 47, dan Rosina S M Mydin Pillay, 41, ditawarkan upacara rawatan pelik yang kononnya boleh mengubati kedua-dua penyakit itu oleh seorang anak saudara berusia 23 tahun.

Lelaki itu mendakwa dia mampu mengubati ketagihan merokok si suami dan penyakit hati yang dihidapi isterinya dengan mereka dipukul bertalu-talu menggunakan topi keledar dan batang penyapu manakala kepala dihentak di atas meja.

Upacara rawatan karut dan gila itu dikatakan berjalan selama sejam bermula jam 2 petang membabitkan semua 11 ahli keluarga, termasuk suami isteri itu memukul sesama sendiri.

artikel ini dirembat dari harian metro

Dulu masa aku terlibat dengan silat pun bengkak bengkak walaupun pakai pelindung badan.
 

3 comments:

Desperado said...

Hehehe...

Ni yang tak jadi nak berenti rokok pulak ni...(hehehe..alasan lagi!)

GAFARO said...

gila weh
risiko siot nak berenti rokok
boleh mati woo

Najwa Aiman said...

eloklah tu... anak sedara gile, pak sedara dengan mak sedara bodoh... elok le tu... ekekekeke...