Tuesday, January 20, 2009

PERUTUSAN BESAR DARI SAYA....GAFARO

Dulu dulu,masa aku blom kawen,motor aku takda brek......memang aku saja tak betulkan nanti motor aku orang nak pinjam je......

Oleh kerana motor tu takda brek,dengan aku sekali padan muka...
tetiba je kereta melintas, menjajau jajau aku mengelak

Bila dah berkahwin ni,motor tu aku dah betulkan.Ye la kang bini aku nak naik moto,buatnya takda brek dah kena kawin lagi.Belanja kenuri kawen bukan macam cukur jambul budak,beriban riban nak pakai.

Jadi dah bertahun tahun takde brek,tetiba ada pulak....kerja jadi senang.Tak payah la aku extra cautious.Selamba tenang saja aku.

Baru baru ni bila brek aku jahanam...Dah jadi satu kerja...skill yang berkarat tu terpaksa la aku gilap balik.

Bila kita dah selesa dengan sesuatu yang senang ,kita selalu alpa dengan dan tidak berhati hati aka mengambil mudah.

Well dunia sekarang ni digital,tetiba je rosak tumdrive ke komputer ke.hahhhahahahah sumpah seranah belori lori keluar

berhati hati la ye.Kepada yang buat kerja guna laptop tu.Buat la salinan bebanyak sikit.Kalu hilang.....Bayangkan aku tengah gelak sambil tunjuk muka korang.

AKU DAH PESAN.....*aku dah kena dah

1 comment:

Anonymous said...

Ekekekekekekekeke... entah apa le gamaknye fail ko yang ghaib tu ek?