Saturday, April 10, 2010

air terjun itu tidak bersalah gafa

Semalan bila tiada kerja di ofis aku meluangkan masa melayari `pesbok' untuk mencari kenalan lama bagi mengeratkan persahabatan.Aku pun terjumpa kenalan wanita ku yang hampir 15 tahun tidak berjumpa.kerana teruja aku pon membelek senarai kenalannya yang ada.....

Dan aku terlihat gambar profil air terjun yang cantik.Pemiliknya adalah awek yang mana dulunya pernah mendapat ruang dihatiku dan aku pernah mendambakan cinta dan sentuhannya(cheeewah)

Tiba tiba jauh didalam hati,aku dapat rasakan sedikit demi sedikit parut lukaku berdarah kembali(cheeewah)lepas ni aku nak blaja baca novel cinta cintun pulak

Rupanya hal hal yang `makan dalam' ni lambat baiknya.Ye la benda tu dah 5 tahun tapi masih sakit kat hati aku.Macam minggu lepas je rasanye***boring la ayat `rasanya seperti semalam ia berlaku'

Aku ingat lagi dalam 2 tahun lepas dia ajak aku datang wedding dia,aku pon tak paham ape la yang ada dalam otak dia.Karang kalu aku bawak lembing datang wedding dia tu kan dah jadi tajuk akhbar ` Dongeng Lembing Awang Pulang Ke Dayang Versi Moden'.

Sesiapa ada ubat nak sembuhkan luka dalaman aku sebab pagi ni aku masih terasa sakitnya ditusuk sembilu cinta?.....

Dan aku tak salahkan air terjun itu.....

4 comments:

Najwa Aiman said...

Lu terjun sekali dengan air terjun tu... amacam...? Ekekekekeke... aiyaaarrrkkk...!

Anyways bro... wa faham apa yang lu rasa... Serius wa faham... Tapi kalau ditakdirkan dia mau kembali kat lu lepas ni setelah beranak 2 sebab laki dia mati eksiden, lu mau terima ke?

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

tak tau la bro....

luka ni besa sangat koyaknye...

gua tanya penawar lu bagi limau kat luka gua ye...

pye:rudz said...

yang lepas tu lepas lah...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

gua dah lepas kenangan tu dah tapi kenangan tu yang tanak lepaskan gua

boleh ke alasan tu?