Wednesday, April 14, 2010

kutuk mengutuk itu seronok...

melayari laman sesawang(hahaha lawak pulak ayat ni) macam macam benda kita leh jumpa.Ada yang kutuk mengutuk atau bergurau atau melawak tak kira la artis ke, ahli politik ke, pemain bola ke, hatta penulis novel sekalipun ada saja point point untuk dikutuk atau didiguraukan atau dilawakkan...

Contoh `Farid Camel tak sesuai dengan Lisa Surihani' atau`najwa guna potoshop cover perut'.Itu contoh mudah.Tapi kengkadang tu ada benda yang aku rasa melampau la contohnya`Dengan nama Allah yang maha Ego' atau `Perkasa is fucking rasist' itu contoh yang aku rasa tak patut buat gurau yang mana ditulis oleh orang yang seagama,sebangsa dan senegara dengan aku.

Memang la lawak itu baik untuk kesihatan.Tapi lawak melampau bukan je tak baik untuk kesihatan malah nyawa sekali.Memandangkan aku pun antara golongan loyar buruk,aku pun pernah menyingggung perasaan orang lain dan kadang kadang tu aku rasa bersalah.

Tapi golongan sebegini tiadakah sekelumit perasaan bersalah dalam diri mereka?.Pelawak atau peloyar buruk menyumbang `warna' dalam kehidupan(*** orang melayu).Tapi orang begini apa yang disumbangkan pada bangsa dan agama?.

atau mungkin aku seorang yang kolot dan dididik dengan adat resam yang tidak mengikut peredaran zaman?

Mungkin.....

Sunday, April 11, 2010

Saturday, April 10, 2010

air terjun itu tidak bersalah gafa

Semalan bila tiada kerja di ofis aku meluangkan masa melayari `pesbok' untuk mencari kenalan lama bagi mengeratkan persahabatan.Aku pun terjumpa kenalan wanita ku yang hampir 15 tahun tidak berjumpa.kerana teruja aku pon membelek senarai kenalannya yang ada.....

Dan aku terlihat gambar profil air terjun yang cantik.Pemiliknya adalah awek yang mana dulunya pernah mendapat ruang dihatiku dan aku pernah mendambakan cinta dan sentuhannya(cheeewah)

Tiba tiba jauh didalam hati,aku dapat rasakan sedikit demi sedikit parut lukaku berdarah kembali(cheeewah)lepas ni aku nak blaja baca novel cinta cintun pulak

Rupanya hal hal yang `makan dalam' ni lambat baiknya.Ye la benda tu dah 5 tahun tapi masih sakit kat hati aku.Macam minggu lepas je rasanye***boring la ayat `rasanya seperti semalam ia berlaku'

Aku ingat lagi dalam 2 tahun lepas dia ajak aku datang wedding dia,aku pon tak paham ape la yang ada dalam otak dia.Karang kalu aku bawak lembing datang wedding dia tu kan dah jadi tajuk akhbar ` Dongeng Lembing Awang Pulang Ke Dayang Versi Moden'.

Sesiapa ada ubat nak sembuhkan luka dalaman aku sebab pagi ni aku masih terasa sakitnya ditusuk sembilu cinta?.....

Dan aku tak salahkan air terjun itu.....

Wednesday, April 7, 2010

`Aku Yang Tak Belajar Tinggi Tapi Tahu Berenang'

kalau ditukar `Aku Yang Tahi Lalatnya Dibawah Bibir' ke `Aku Yang Tak Belajar Tinggi Tapi Tahu Berenang' ok jugakkan.....

Aku teringin nak tulis cerita tapi selalunya ilham datang tetiba dan aku cepat lupa.Sebenarnya pagi tadi aku dah plan nak tulis entry lain tapi aku dah lupa apa yang aku nak tulis.

Aku dulu pernah ada zine aku sendiri dalam tahun 2003,`crown funzine' nama dia.kat dalam tu ada la 2-3 rencana pasal falsafah hidup *(haha).Tapi pasal aku je yang keluar tenaga dan wang aku stop dah pengeluaran.Ada dalam 50 buah je dan satu ada aku simpan untuk kenang kenangan yang aku pernah keluarkan funzine aku sendiri

Kalau aku stay lagi dalam dunia `bawah tanah' mungkin la aku dah tapau `love komuniti' kuantan*(haha).

setiap manusia ada impian dia sendiri.......

*** ada tak dalam dunia ni orang jadi Penulis Novel Lucah Tahap Kanak Kanak?

Wednesday, March 24, 2010

bahasa inggeris,lagu,rehat & Rahim....

iklan di astro ada berbunyi `artist-the person who make art'.lebih kurang macam ni la bunyi nye

jadi gua ada terpikir `panties-the person who make pants@pan@pen'.boleh ke?.....

...................................................................

Semenjak dua menjak ni dalam kepala gua terngiang ngiang rangkap lagu `bunga tak sekuntum lagipun tak lama harum'.....

Semalam gua bertandang rumah cik Musa gua nampak seorang gadis.Boleh la tahan,orang kampung Pendamar.Tetiba je terlintas gua nak carik kawan untuk Ain.Ye la boleh tolong Ain jaga Salehuddin waktu Ain nak masak ke mandi ke...


...................................................................

Rasa macam nak bercuti.Tak moh la tempat maksiat.Letih.....Rasa macam nak mandi air terjun,ni asyik mandi air tumpah je.

...................................................................

Kedai si Rahim dah nak siap.Seronok tengok kawan senyum,kalu tak macam unta muka dia.

...................................................................

malas la nak tulis lagi




Monday, March 22, 2010

semalam mesyuarat

semalam mesuarat seluruh selangor kat seksen 24 shah alam.Saya telah melantik diri saya sebagai AJK untuk membantu ketua pusat latihan saya dalam meringankan bebannya.Pasal apa saya lantik diri saya sendiri?biarlah ia jadi rahsia saya sendiri.

Berhempas pulas jugak la saya menyumbang tenaga.AJK lain?biarlah ia jadi rahsia saya sendiri.Alhamdulillah perjalanan majlis `smooth' sahaja walhal dijangkakan kerusi meja terbang

haha buruk benar tengok orang veteran nak nangis tapi kalu dah tau sebab kenapa dia nak nangis kita pon sebak.

penat beb 2-3 minggu balik kul 2-3 pagi...

untung la dapat bini yang percaya saya memalam pergi meeting dan saya kalu boleh taknak mengkhianati kepercayaan beliau.nanti tak dapat pergi stadium

***ada awek cun tapi perut dah sarat,siyul

Monday, March 15, 2010

Rahim nak meniaga (bahagian satu)

Rahim nak meniaga...baru keluar lokap...tuduhan samun bersenjata walhal melepak kat dalam rumah yang sama....

Dan dan kena halau dari rumah akak dia,bekas abang ipar dia tak bagi duduk kat rumah tu...masalah dalaman keluarga,tiada kaitan dengan lokap....penyudahnya si Rahim bawak parang malam tu...hangin satu badan,kata 15 haribulan keluar,belum sampai tarikh dah dibalingnya kain baju keluar...

kesian punya pasal,aku bagi la menumpang tido kat rumah aku,abang aku pegi penang 2 minggu....razeki ko rahim...

modal takde...nak pinjam aku aku pon takde modal niaga....Jual motor...dapat RM1800....dah seronok dah.....aku tumpang gembira....kawan nak meniaga...

pukul 3 pegi kedai motor...aku naik kereta dia naik motor.....kat lampu isyarat aku perasan dia berenti...motor rosak kata aku dalam hati...hari tu aku dah tegur carburetor bocor,rantai kendur...degil...

aku patah balik...aik motor kena sorong?....Motor terbakar,carburetor bocor,api naik....kesian, nak modal meniaga motor terbakar...nak menangis muka aku tengok...takpa rahim dugaan tuhan...

repair motor dulu nasib tak rentung...repair punya repair punya repair dah pukul 6...motor taknak hidup...si boy tak balik dari kedai spare part.....dekat pukul 7 baru si boy balik...sekali cuit je dah hidup?...3 0rang melayan tak nak hidup,si boy datang terus hidup...

pegi kedai motor,dah gelap kesan terbakar pon tak nampak...janji dapat modal....

pegi bayar sewa kedai....ape punya biol si Rahim,amek kedai takde pintu....rupenye Rahim kena kencing

bersambung.....tu pon kalu aku rajin