Monday, February 22, 2010

Bebek kucingku dalam kenangan

smalam pada pukul 2.30 petang saya ingin memberi kucing yang telah 3 tahun dalam jagaan saya makan.Ia sakit,amat kurus dan mempunyai bengkak seperti beguk di lehernya.kasihan dia....

Ntah macam mana dan ntah dari mana datangnya kekuatan kucing yang sakit itu telah mengigit jari telujuk kiri saya hingga berdarah.Maka berjejeh jejehlah darah di lantai dapur saya.

Walaupun saya terkenal dengan kegagahan,keberanian dan ketampanan,saya akhirnya tewas digigit oleh seekor kucing sakit dan terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ,Klang.

Saya diberi suntikan tetanus untuk mengelakkan kancing gigi dan dibawa ke bilik sinar-x untuk melihat jika terdapat sepuntung dua gigi kucing yang tercabut dan tertinggal dalam luka saya.

Setelah sesi rawatan dan pembayaran telah dibuat,saya mendapat panggilan dari isteri pertama saya mengatakan kucing yang mengigit saya telah tiada lagi nyawanya.

Apabila tiba sahaja saya dirumah,saya mencapai cangkul untuk menguburkan kucing kesayangan kami tersebut walaupun dengan hanya menguunakan sebelah tangan sahaja...

****************************************

PERINGATAN DAN AMARAN

adalah lebih baik disengat lebah,ikan keli dan bersunat lagi sekali kerana terkena gigitan kucing amatlah sakit.diwaktu saya menaip ini saya masih mengalami kesakitan di hujung jari saya mungkin akibat gumpalan nanah yang terbentuk..

Oleh itu saudara saudara jangan memandang rendah kekuatan haiwan sakit yang nak mati.malam susah nak tido,berdenyut denyut rasanya....

INGATAN

saya tidak memukul pun kucing itu sebaliknya ia mati sendiri akibat sakit.

4 comments:

Najwa Aiman said...

Bro... bila kali terakhir lu check darah? Sure ke Bebek tu mati bukan akibat virus apa-apa dalam darah lu yang luka akibat dia gigit tu? Jeng jeng jeng...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

gua rase ini sebab darah orang beriman kot?

pye:rudz said...

jari dah sakit pun kau masih nak menaip eh? hebat...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

semangat bro semangat...

sebenarnye aku takde kerja mase tu....