Assalamualaikum kawan kawan..
apa khabar anda disana? sudah lama tak mendengar berita... Kehidupan saya agak sibuk sejak kebelakangan ini, al maklum lah baru jadi pengantin baru.
tapi sayangnya itu berita tipu...hehe
Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
orang kata barang siapa mempunyai tahi lalat dibawah bibir, amatlah lancang mulutnya...?? patutlah HR tak suka aku!!
Saturday, December 10, 2011
Thursday, November 10, 2011
Terima kasih datin.....
Semalam ketika waktu sudah melepasi jam 2 petang gua lepak sambil tengok officer gua buat kerja. Dan gua pon mula la bersandar sambil mengurut dahi sambil memejamkan mata sebab mengantok dan pening pening lalat sikit.
Tetiba berbunyik la telefon depan gua. Gua biarkan je..Telefon tu berbunyik lagi dan gua angkat sambil buat suara stim haha...
"Operasi.."
"Gafa, kamu ada masalah ke?"
Hadoi mak.... Datin call gua....
Untuk pengetahuan korang kat dalam ofis memang la merata CCTV ada, tak sangka la pulak datin tengah pantau kegiatan gua. Dengan tidak mengelabah puyuhnya gua menjawap dengan suara yang husky...
"Oh pening la datin, hari ni panas sangat" baik gua cong ini orang tua tapi memang betul pon gua baru lepas keluar.
"Kamu ada panadol?"
"Takde la datin, minyak cap kapak ade la"
"Ok takpe nanti saya carik ada panadol tak dalam bilik saya"...
Dan dan terus segar mata gua.... Tapi gua masih meneruskan lakonan pening pening manja gua depan CCTV lagi supaya datin tak syak gua mempermainkan hati dan perasaan dia...
Sekejap lepas tu gua nampak driver datin naik jumpa datin dan keluar ofis....
Agak agak gua dalam 30 minit lepas tu, gua pon pura pura naik tingkat atas waktu gua nampak driver datin dah pegang beg. Tu tandanya datin dah nak keluar... Dan gua perlahan lahan jalan macam orang nak pengsan gayanya..
"Gafa, mari sini.. ambik ni pastu makan..." Datin hulur panadol aktifast...
dan gua ucapkan terima kasih
2 kali lagi terima kasihnya.....

....................................................
moral of the story.... jangan tipu!!! pening kata pening and jangan gelabah... haha
saya nak manja dengan datin sebenarnya... hahahaha...
abang Rosman : sori la pasal saya abang kena bangun tido dan pegi kedai beli panadol
Friday, October 28, 2011
aku yang menghidap demam campak...
orang kata bila dah kena sekali takkan kena lagi... betul ke?
ni aku tengah mengidap sakit yang paling best jangka masa cuti sakitnya dan paling tak best menanggung sakitnya...
ngan badan dan muka yang elok sikit dari zombie.... selera makan yang kurang akibat sakit dalam tekak.. hari hari melantak kelapa sambil terperap dalam bilik amat amat membosankan....
5 hari lagi cuti sakit berbaki kalau nasib tak baik sambung lagi cuti....
****habislah wajah iras iras hugh jackman ku....
Sunday, October 23, 2011
Saturday, October 1, 2011
September pun sudah berlalu....
September sudah berlalu,
Genap setahun dah cerita tu,
Ini masanya untuk aku habiskan semua,
Untuk hilangkan semak di kepala..
siri bercakap dengan gafaro: pertaruhan
Malam yang meriah di tapak pesta dan aku masih berjalan jalan melihat pengunjung yang datang, dari jauh aku dapat melihat kelibat wanita yang memberikan aku manisan berbentuk hati tempoh hari yang sedang sibuk membuat kerjanya. Dan aku hanya mengangkat kening melihat gelagatnya...
"Jom main blackjack... nak tak?" Tiba tiba aku disapa oleh seorang wanita yang entah datang dari mana datangnya.
"21?"
"Haah la..."
"Taruhannya?"
"Jangan la macam tu, ambik kad dulu. Permainan belum bermula tapi sudah ingin tahu imbuhannya"
"Ok, saya layankan aja"
Kami berdua pun mencari tempat yang sesuai, jauh dari orang ramai...
"Cukup atau nak tambah kad?" tanyanya kepada ku sambil dia mencampakkan 2 keping kad kepada ku...
"Cukup la ni, banyak banyak kad nanti jadi beban... Err jadi... Apa imbuhannya? atau taruhannya"
Dan wanita itu dengan yakinnya bersuara "saya inginkan gula gula berbentuk hati.."
Perlahan lahan ku memandang matanya dalam dalam....
"Jangan biarkan hati anda berperang.... Sebab anda tahu bila ingin membuang kad atau teruskan perjuangan di bangku ini...."
Ku usap mukaku dan kad ditangan ku renyuk akibat digenggam kuat...
Berat permintaan tu...

........................................................
"Cukup atau nak tambah kad?" tanyanya kepada ku sambil dia mencampakkan 2 keping kad kepada ku...
"Cukup la ni, banyak banyak kad nanti jadi beban... Err jadi... Apa imbuhannya? atau taruhannya"
Dan wanita itu dengan yakinnya bersuara "saya inginkan gula gula berbentuk hati.."
Perlahan lahan ku memandang matanya dalam dalam....
"Jangan biarkan hati anda berperang.... Sebab anda tahu bila ingin membuang kad atau teruskan perjuangan di bangku ini...."
Ku usap mukaku dan kad ditangan ku renyuk akibat digenggam kuat...
Berat permintaan tu...
Wednesday, September 28, 2011
paksi ku hanya sekecil mancis..jika ditangan nampaknya kecil, tp bila terbakar, pasti terasa
" paksi ku hanya sekecil mancis..jika ditangan nampaknya kecil, tp bila terbakar, pasti terasa..." - Encik Rajin (9/2011)
Apabila kita mencari masalah yang rakan atau pasangan kita timbulkan pasti kita akan jumpa.. Akan tetapi pernah atau tidak kita berfikir akan kesalahan diri kita yang telah dilakukan ke atas diri orang lain?
Apakah perasaan anda apabila rakan sekerja anda pula menyerang anda dengan kesalahan kesalahan lampau yang yang telah anda lakukan? yang tidak diambil pusing oleh anda sebelum ini?
Walaupun hal kecil tapi ia masih mampu menyebabkan kekecohan, kadang kadang benda yang kita pandang enteng akan menyebabkan kesusahan pada diri kita akan datang.
Dan ini pesanan iklas dari saya kepada semua pembaca...
"jadilah golongan yang bijak dengan kurangkan mencari kesalahan rakan sekerja atau pasangan anda kerana kadang kadang teguran yang akan menyusul itu sama peritnya dengan tamparan dimuka.."

Thursday, September 15, 2011
adakah ini salah?
Semalam aku melawat mak aku di IJN....
Dengan keadaannya yang masih belum sedarkan diri, wayar berselirat, sepain darah tergantung dan ubat ubat yang disuntik ke dalam tubuh aku mula berfikir bagaimanalah hidup aku bila tiba-tiba dia tinggalkan kami tiga beradik....
.......................................
Segala usaha aku untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di sebuah sekolah akibat kehilangan kepala paip sebanyak 128 biji dalam masa 4 hari hancur musnah akibat seorang malaon hantu nakkan nama ......
Aku perlu mengadap guru besar 2 buah sekolah yang selalu menghadapi masalah dengan syarikat tempat aku bekerja untuk mintak claim tugas setiap bulan...
Dengan perangai malaon hantu yang nakkkan nama tapi takut berhadapan dengan guru besar sebab aku yakin siapa yang akan menghadap guru besar sekolah itu akan disembur secukup rasa dan seperti biasa En. Gafa lah yang akan ditugaskan untuk menjadi korban setiap bulan...
.......................................
Aku bukan manusia "cry baby", aku suka memotivasikan diri aku dengan mengingati atau berkongsi sesuatu yang menyeronokkan seperti aku terkenang kembali saat Salehuddin dan Alaeddin di hadapan mataku, mengingati sentuhan mereka, mengingati saat aku "meloyar buruk" dengan emakku dan saat aku berjumpa Su yang kerap memberikan aku semangat...
.......................................
Salahkah aku berkongsi saat kegembiraan aku dengan orang lain???
Aku penat berasa tertekan dengan tekanan kerja, keluarga dan kesihatan emakku.... Aku mahu kongsikan kegembiraan aku dengan orang lain walaupun hari hariku penuh tekanan...
adakah ini salah?
aku hanya duduk termenung dan gelengkan kepala sahaja....
*****jam 4.37 pagi tapi aku masih termenung memikirkan apa yang akan aku hadapi nanti...
Monday, September 12, 2011
Fail no.12477
Salah seorang pengawal keselamatan yang bekerja dengan kami. Dengar cerita dari bulan Mei sampai la sekarang baru minggu lepas dia cuti, raya pon dia tak cuti, sama la macam gua.
Asal dia dari kedah, berumur sekitar 50-60 tahun dan persis arwah abah gua (still arwah hensem dari dia..haha) telah mendirikan rumahtangga tapi hancur di tengah jalan. Mempunyai anak tetapi aku tak tahu jumlah anaknya.
Sangat takut melakukan rawatan di hospital kerana dalam fikirannya pergi hospital je kena operate... haha. Rasanya dia tinggal di hostel syarikat kami.
Semasa gua kat admin untuk mintak surat rawatan doktor untuk En. 12477, admin seperti biasa la terkial kial mencarik fail.
"Ju carikan fail 12477..."
"12477? yang mana ek? yang gila tu ye?"
"Astaga, tak baik la kata orang macam tu, saya sembang dengan dia ok je.."
"Betul Cik Gafa, kalau kita sembang dengan dia dia ok la tapi kalau dia dok sorang sorang..."
"Dia sembang sorang sorang?.................... tu bukan gila, tu namanya tekanan..."

........................................................................
Well saudara saudara pembaca blog saya, inilah kisah kehidupan realiti kerja yang paling lekeh untuk orang tempatan iaitu Pengawal Keselamatan. En 12477 telah mempunyai anak yang sudah besar tetapi dia diabaikan oleh anak anaknya. Dan sewaktu saya sedang menaip ini saya tersentuh dengan keadaan En 12477 yang sakit tetapi takut mendapatkan rawatan, mengalami tekanan sehingga berhalusinasi serta hidup sebatang kara...
Dimanakah taraf seorang lelaki itu diletakkan walaupun dulu ia mempunyai keluarga dan sanak saudara? mungkin dia mempunyai kerja tetap atau sejarah silam yang tidak mahu diimbau kembali?...
Marilah kita doakan agar dipermudahkan perjalanan hidup En. Md Akir PK 12477.
penangan bibir bertahi lalat...
Awal pagi tadi setelah balik dari menganyam tikar tikar cinta, aku melawat la pos bawah jagaan aku dan macam macam aku jumpa...
Ada yang kata tengah bertugas kat pos walhal aku tercongok dan memanjat pagar nak ambik buku laporan...
Menipu je la kerjanya tapi masalah utamanya kantoi bodoh je...
..................
Beza woo layan orang yang IQ nya tinggi dengan orang yang tak berapa nak berpeluang nak belajar tinggi tinggi.... Kadang kadang rasa nak backhand je yang mana benak sangat tak mau nak dengar arahan dan peraturan.
Rekod penangan bibir bertahi lalat gafaro yang hanya 1 bulan sahaja berkhidmat adalah seperti berikut:
- 3 orang berhenti tanpa notis...
- Seorang sampai sekarang takmo tegur aku... haha (ingat ente perempuan, aku takmau sound? hehe anda silap besar la gamaknya jika beranggapan begitu)
...................
Kerja mau iklas, jangan buat kerja lepas tengkuk sendiri... nanti gafa sound, anda berenti... hahaha
*****Seronok jugak melayan karenah manusia tapi kengkadang ada rasa macam nak campak dari tingkat 3 bagi manusia tu mati...
Saturday, September 10, 2011
sehari selepas mula bertugas...
Gua dapat sms dari Razi...
"Bang saya tak dapat kerja lagi la kat sana atas sebab sebab tertentu...."
Gua baca, ketap bibir dan geleng kepala. Gua hantar "takpa nanti aku kawtim"
Selang beberapa jam razi datang sambil nak pulang baju.
Gua kata "ko balik pastu ko sms aku yang ko eksiden, baju nanti kita jumpa kat Bandar Baru Klang"
"Ok bang"....
............................................
Dalam hati aku aku berdoa "semoga eksiden la ko gamaknya, menyusahkan orang betul".....
Tuesday, September 6, 2011
40 minit sebelum mula bertugas...
Perbualan gua dan Razi....
Razi: Bang aku rasa nak berenti la...
Gua: Sebelum masuk kerja?
Razi: haah...
Gua bagi tumbukan cedok tangan kanan tepat ke bawah dagu Razi dan serta merta dia kehilangan keseimbangan berdiri dan tumbang...
Masa dia tumbang tu gua sambut dan gua kilas tangan kiri ke belakang dan hayun diri Razi ke dinding.. Dia menjerit, gua cepat cepat tangkap rahang atas dan bawah dia, serta merta dengan sepenuh kekuatan gua koyakkan rahang tu. Dan gua dapat rasa suam suam darah kat muka gua.
Razi mengelepar tapi semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti bergerak. Gua palingkan kepala Razi dan gua tenung lama lama wajah dia.
" Dah dibagi peluang, kau buat taik dengan aku. Mampus kau"
Gua tarik nafas panjang panjang dan ludah kat muka Razi yang dah jadi mayat .
Razi: Bang aku rasa nak berenti la...
Gua: Sebelum masuk kerja?
Razi: haah...
.........................................
Gua bagi tumbukan cedok tangan kanan tepat ke bawah dagu Razi dan serta merta dia kehilangan keseimbangan berdiri dan tumbang...
Masa dia tumbang tu gua sambut dan gua kilas tangan kiri ke belakang dan hayun diri Razi ke dinding.. Dia menjerit, gua cepat cepat tangkap rahang atas dan bawah dia, serta merta dengan sepenuh kekuatan gua koyakkan rahang tu. Dan gua dapat rasa suam suam darah kat muka gua.
Razi mengelepar tapi semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti bergerak. Gua palingkan kepala Razi dan gua tenung lama lama wajah dia.
" Dah dibagi peluang, kau buat taik dengan aku. Mampus kau"
Gua tarik nafas panjang panjang dan ludah kat muka Razi yang dah jadi mayat .
.........................................
Gua: Kau fikir la yang mana baik untuk kau, cuma aku nak sebelum kau berenti kau kerja sebulan dulu dan carikkan orang lain untuk ganti tempat kau nanti...
Razi: ok bang...
****** Aku penat penat usaha untuk masukkan dia kerja, lagi 40 minit nak masuk kerja dia dah nak berenti. Mana aku tak hangin... Nasib la aku tak buat apa yang aku bayangkan masa tu...
Sunday, September 4, 2011
Raya?
Tahun ni raya takda apa la sangat. Sebabnya aku baru tukar kerja (lagi?) untuk mencari periuk nasik yang boleh memuatkan makanan untuk aku, salehuddin, alaeddin dan untuk masa hadapan yang lebih cerah. Serius penat bekerja sepanjang waktu untuk memastikan operasi berjalan..
by da way motto syarikat saya adalah "Bekerja itu satu ibadah.."
by da way motto syarikat saya adalah "Bekerja itu satu ibadah.."
......................................
****aku tada mud mau type lagi.....huhu
Wednesday, August 24, 2011
pesanan khidmat masyarakat -dari meja gafaro- zakat...
ZAKAT DAH BAYAR?....
NI TINGGAL BERAPA HARI LAGI NI?
KARANG LUPA... NAK SEMBAYANG RAYA NANTI BARU LA NAK TERHEGEH HEGEH BERATUR PANJANG...
***aku dah bagitau....
NI TINGGAL BERAPA HARI LAGI NI?
KARANG LUPA... NAK SEMBAYANG RAYA NANTI BARU LA NAK TERHEGEH HEGEH BERATUR PANJANG...
***aku dah bagitau....
Tuesday, August 23, 2011
tolong saya untuk kempen ini....
Assalamualaikum kawan kawan....
Ini kawan baru saya dan dia masih baru dalam berblog. Saya berkenalan dengannya sewaktu saya terlanggar beliau di lift sehingga barangnya berterabur. Oleh kerana saya rasa bersalah maka saya menolongnya mengutip barang beliau. Akan tetapi sewaktu saya mengutip barang berterabur itu, tangan kami bersentuhan dan mata kami bertentangan... owh syahdunya...
Haha saya tipu je.... Ok la, cik panda ni ada masalah tido. Oleh kerana saya consultant tidak bertauliah, saya menasihati cik panda agar membuat blog dengan harapan beliau dapat pulih dari ke-tidak boleh-an tidur tersebut
Klik la link "cik, panda je cute kalau bawah mata hitam..." untuk menunjukkan sokongan anda terhadap kempen pemanasan global, kebuluran di afrika, anti penyeludupan manusia dan kempen satu suami empat isteri....err dan "selamatkan anak kucing"
Selamat berjumpa lagi.. tata
lawat lawat la blog dia ye....
Sunday, August 21, 2011
She fucking hates me.....
Sekitar tahun 2002 - 2003 di Jitra, Kedah.....
bodo betul.... 4-5 minggu lamanya rajin temankan antara satu sama lain, beberapa minggu kemudian....
Selisih pon takmo...
dan gua cool seperti biasa sambil berkata "next please..."
Lagu ini khas ditujukan untuk seorang awek yang mana rumahnya di tepi sawah di Permatang Pauh....
yeah she fucking hates me.....
Jika Kau Bercinta Lagi- aku lemas diharung asap dan bauan makanan
dulu lagu ni penah aku nyanyikan setiap malam waktu aku balik dari tempat kerja...
betapa koyak hatiku, duit tunang habis ku leburkan ke ntahmanantahguapondalupa..
well tu kenangan sahaja...
****errr... sapa yek penyanyi asal lagu ni ek?
Saturday, August 20, 2011
tulis je lah... tajuk tak de idea...
Semenjak dah nak sebulan aku kerja ni kan.... Aku mula nampak perubahan dari banyak sudut kehidupan aku. Dari cara kerja la, bersosial la, dengan kawan kawan la hinggalah hubungan aku dengan orang yang aku sayang...
rasanya agak jauh....
The ass licker?
Adakah bila bos kita suka dan letak harapan tinggi ke atas bahu kita, kita akan dapat title tu?
Berterus terang salah?
Dan wanita memang suka dengar apa yang dia ingin dengar...
Saya telah mendapat seorang musuh baru dan dia bekerja di bahagian HR... huhu
Hanya kerana saya menegur pemakaiannya yang tidak sesuai untuk umur beliau... bwahaha
*****orang kata barang siapa mempunyai tahi lalat dibawah bibir, amatlah lancang mulutnya...?? patutlah HR tak suka aku!!
INI DEJAVU...
dan tak semestinya penyambut tetamu sebuah syarikat itu seorang gadis yang superb, cantik, menggoda, berpakaian seksi, suaranya husky serta matanya smokey...
*****betul...tak tipu su...
rasanya agak jauh....
********************

Wednesday, August 17, 2011
free loader...pttfff
Dari minggu lepas lagi dah officer gua suroh gua buat quotation dan dengan inisiatif sendiri gua pon pergi menuntut ilmu kat Pandan Jaya dengan seorang wanita yang sudi mengajar gua...(kalu tak terpaksa la gua belajar dengan gadis genit lain...uhuk)
Dan gua tengok je game officer gua, mungkin dia ingat gua budak budak yang akan menurut kata. Well dia tak tau gua boleh berpaling tadah seperti kitol. Hehehe.
Ade ke patut dia kata ngan gua dia dah prepare borang claim untuk tander tu. Memang dia kata nak pancung 2 kalau dapat... tapi gua sorang je kena buat kerja and dia dok goyang prostate dia je....
apa ke pffttt....
ini khas utuk fa-T
**rambut dancer dia lawa la
**rambut dancer dia lawa la
........................................
gua benci free loader...
by da way thanks su untuk ajar saye...
***gambar curik la...apa lagik
Monday, August 15, 2011
So long kenangan...
So long kenangan...
Lagi beberapa minggu genap la setahun aku hidup bertemankan kenangan. Ibarat dialog Seniman Nordin Ahmad "susu yang ku beri, tuba yang kau balas". Kalau arwah balik tahun ni agaknya dia sedih tak sebab tahun lepas cucu dia ada....
Apa boleh buat, orang dah tak nak lagi temankan kita. Sekarang kita kerja, kerja dan kerja. Manatau ada jodoh menanti...fuuuuuuuuuuuuuuuuu..... hehe
***************************
Mimpi itu indah. Walaupun benci di realiti, dalam mimpi ia seperti mula mula kenal dulu, bila terjaga habis dimaki hamun sepenuh jiwa dan raga. Kerana mimpi tak realiti.... mimpi penyedap tidur sahaja.
*****Seperti majlis pengkebumian kaum Viking, kapal ditolak ketengah laut sambil ia dijilat api
2-3-4-5 mungkin ifiniti
manusia bermuka 2,
3 pun ada,
4 dan 5 pun ada.......
"tiada yang mustahil" kata emmet
..........................................
dan aku berasa kasihan dengan kucing ku, dia mengandung...
***err... bunting kata orang melaka dalam telefon malam tadi..haha
***err... bunting kata orang melaka dalam telefon malam tadi..haha
Wednesday, August 10, 2011
"Ok sir, i'm sorry sir..."
.........................................................
"Saya suka la awak nampak macam ni, nanti kalau awak jumpa saya awak pakai tie tau!"
"Oh... ok ok..."
.........................................................
" Tolong ikatkan tie saya"
"Ok...."
dan aku tak akan mengecewakan peminat aku...
tqvm weblogcartoon....
tqvm weblogcartoon....
Saturday, August 6, 2011
kerjaya baru di SS2...
Dah hampir 1 minggu aku kerja di tempat baru. Suasana baru, rakan sekerja baru dan dalam jabatan yang baru. Aku syak la syarikat yang aku kerja sekarang ni baru lepas mengalami kejatuhan dan dalam proses penjanaan semula.
Aku kerja di bahagian operasi dan ada beberapa pekerja yang di bawah seliaan aku (awek takde pulak dalam department aku...ciss). Tugas aku setakat ini la buat surat dan memo, chek kedatangan dan jadi wakil syarikat kalau jumpa pelanggan. Ada lagi tugas yang akan menyusul tapi dalam minggu depan kot baru aku kena buat
(*****dengor kate aku kena conduct traning, mampos!!!!..klinik bolasepak reti la aku)
Yang paling buat aku derita adalah dengan ketiadaan PC dan juga kedudukan meja aku yang sangatlah central kedudukannya. Depan aku bos marketing, kanan sikit bos jabatan operasi, hujung belah kiri bos jabatan IT, masuk lorong kanan dah jumpa bilik GM dan ntah hape satu lagi bos. Belakang aku bilik PA Datin dan belakang belah kanan pulak bilik Datin..
Tapi yang nikmat dunianya ada awek dari department lain ajar aku buat kerja seperti awek dari ACC dan jugak awek dari HR. Dan nikmat extravaganzanya bila dorang panggil aku "Encik", rasa macam aku Master dan dorang slave pulak
(*****masa awal awal kerja, gua tahan gelak sambil pandang tempat lain bila dorang panggil gua "Encik"..)
Hari pertama kerja gua dah terpaksa mengeluarkan memo untuk pekerja bermasalah, hari kedua gua terpaksa marah orang dalam telefon dan hari keempat gua terpaksa tinggikan suara dekat staff yang mengular tak henggat dunia
(*****gua dapat laporan dia tido kat surau sekolah dekat 2-3 jam. Bila gua tanya kenapa, dia gunakan alasan sembahyang sunat pada jam 11 pagi. Macam lahanat je kan?)
Dan gua rasa pengalaman gua sebagai admin kat syarikat tak berapa nak besar dulu dapat membantu kerja kerja gua di syarikat baru sekarang
Dan gua masih mencari kedudukan strategik nak lelap waktu kerja. Setakat ni tempat lelap terbaik adalah di bilik pegawai operasi aku.. haha
****agak agak SS2 banyak ikan bibir merah tak?

******************************
Semalam masa sembahyang jumaat gua ingat nak lelap jap kat masjis, alih alih gua terlajak tido sampai sejam. Nasib la gua dah kawtim dengan officemate gua
Dan gua masih mencari kedudukan strategik nak lelap waktu kerja. Setakat ni tempat lelap terbaik adalah di bilik pegawai operasi aku.. haha
****agak agak SS2 banyak ikan bibir merah tak?
Monday, August 1, 2011
hari baru, bulan baru & kerja baru
Jap lagi aku dah nak masuk kerja baru. Tak pernah seumur hidup aku kerja nak kena pakai smart smart kali ni kena pakai lengan panjang la, seluar slack la, kasut senduk nasik la... ***kasut senduk nasik takda, adidas official ada.
Hope for the best la dan aku akan cuba memberikan yang terbaik untuk syarikat ini dan hanya untuk office hour sahaja..haha.
Dan aku tak nak sayang company gila gila sebab aku banyak kali terkena dah...

waktu lepas Terawih.....
Dulu masa zaman zaman dengar lagu 60's tv, waktu Terawih ni la reramai lepak bus stand stand by nak main mercun la, melepak la tapi semalam port yang pernah kami jajah malam Terawih telah dimonopoli budak budak generasi yang melayan pembelajaran sains dalam bahasa inggeris...
Selain dari melepak tak tentu hala kat bus stand, kami ada stronghold di pondok telefon berdekatan dengan surau. Tapi ini zaman zaman aku sekolah. Bila dah habis sekolah dan bermulanya zaman jahilliyah gua (around 2003 sampai 2006), gua dah tak lepak dengan kawan kawan, gua lepak dengan awek pulak. Asal ada masa lepas Terwih je gua gi jumpa awek lama gua.
Tahun 2007 sampai la 2010 lepas Terawih gua lepak dengan kawan kawan zaman sekolah gua. Kenapa gua lepak dengan kawan kawan gua? pasal gua sunyi.... Selalu gua lepak dalam pukul 11 malam ke atas (lepas salehuddin tido) dan balik awal pagi...
Sekarang tahun 2011 dan Terawih datang lagi... Aku teringat Arwah dan banyak benda aku terkenang, Zaman berubah dan ada kawan kawan aku yang dah berkahwin. Aku? macam ni je la... sebab ada benda aku boleh ubah dan ada benda yang aku biarkan ia berubah sendiri.....
kesimpulannya:
Zaman skolah waktu lepas Terawih aku mencari keseronokan, 2003-2006 aku mencari kasih sayang, 2007- 2010 aku mencari kawan untuk bunuh rasa sunyi aku... 2011 pulak.... waktu lepas Terawih aku cadang nak buat helikopter dari bahan terbuang. hehe.
Emosi gua tak stabil la, mungkin akibat pengurangan pengambilan dos nakotin

*********************
Emosi gua tak stabil la, mungkin akibat pengurangan pengambilan dos nakotin
Sunday, July 31, 2011
suria ***aku penat....
pertamanya aku rasa nak maki je orang orang yang buat aku macam lahanat.....
tapi lama lama aku fikir balik "bulan ramadan bulan menguji kesabaran" jadi aku meredhakan diri aku menerima segala apa yang terpaksa aku hadapi sekarang...
lagipun ada 4-5 individu yang kerap bagi sokongan kat aku..... kawan dari sekolah menengah, yang baru kenal atau yang baru nak mengenal diri "antara aku dan kau" hahahaha
aku penat. dan aku rasa bodoh je kalau aku tulis apa yang buat aku penat sebab ia buat aku seperti sedang berputus asa.....
tapi aku suka tengok orang senyum... sebab senyuman buat aku hilang penat selepas tempuhi hari hari aku yang amat amat menjerihkan...
tapi lama lama aku fikir balik "bulan ramadan bulan menguji kesabaran" jadi aku meredhakan diri aku menerima segala apa yang terpaksa aku hadapi sekarang...
lagipun ada 4-5 individu yang kerap bagi sokongan kat aku..... kawan dari sekolah menengah, yang baru kenal atau yang baru nak mengenal diri "antara aku dan kau" hahahaha
aku penat. dan aku rasa bodoh je kalau aku tulis apa yang buat aku penat sebab ia buat aku seperti sedang berputus asa.....
.........................................................
Friday, July 29, 2011
Semalam di Bukit Jalil...
Di stadium
Biasalah kat stadium, boleh cuci cuci mata (betul pakcik naj, tak tipu).
Gua perasan sorang awek pakai spaghetti and equipped with 2 mass destruction nuke warhead lalu depan gua tapi gua tengok je la, layan feeling orang kampong gua kata.
Selang beberapa minit kemudian gua perasan suasana kecoh dan kawan gua Man yang baik hati berdiri dan kemain gelak besar sambil gua terdengar jeritan “bukak, bukak, bukak”
****ada sesiapa tengok video penyokong MU kena suruh bukak baju masa traning Liverpool kat Bukit Jalil?
Dan beberapa minit kemudian gua tengok awek tu lalu balik depan gua dengan muka yang bengang amat…
Tu la pegi lagi stadium pakai seksi seksi….
********************************
Kenapa gua kata kawan gua Man ini seorang yang baik hati ….
Sebabnya…
Gua turun bawah pergi beli air untuk dia, meredah lautan manusia yang lahanat ramainya. Dan apabila gua nak duduk semula ada sorang awek kat seat yang gua tinggalkan sambil si man senyum simpul cam pundek…
Masalahnya awek tu ambik seat gua dan gua punya tempat duduk baru ada tiang yang menghalang…
********************************
Disebuah simpang empat lampu isyarat di bandar Klang selepas kami pulang dari Bukit Jalil. Terdapat sebuah kereta peronda polis sedang berhenti dan Man kawan ku yang baik hati berhenti disebelah kereta peronda.
Encik polis : “ bang bunyi benda tu nyaring ke?” (merujuk pada 2 vuvuzela yang kaim bawa)
Aku : “abang nak dengar ke?”
Encik polis: “boleh jugak”
Aku (dalam hati): “siap la kau”
“MMMMMOOOOOOOOOONNNNNNN!!!!!!!!!!!!”
Encik polis:”Ok ok,cukup cukup!. Boleh tahan bunyinya…”
Aku (dalam hati): hehehe
Kontranya:
Bibir aku sakit……
Wednesday, July 27, 2011
untuk harimau malaya...
“Jangan Sesekali Memalingkan Muka Kamu Menyembah ke Bumi, Terus mendogak dagu, membuka dada kerana perjuangan kamu belum berakhir” – Claude Le Roy
tahun 2011 dan mereka patut lebih kreatif.....
Semenjak dua menjak ni gua kerap tido awal, dan selalunya bangun terlampau awal. Dan selalu gua bangun, gua akan bagi kucing gua makan.
Hari ni lain sikit, tetiba kat depan pintu rumah gua ada bunyi kucing mengiau nak masuk rumah gua... gua pandang kucing gua dan dia pandang pintu depan rumah gua...
dan gua tak rasa tu bunyi kucing betul, itu bunyi kucing tiruan...
*******
datang la dalam versi awek ke atau duit kertas ke... ini datang dalam bentuk kucing.. lame
Tuesday, July 26, 2011
apabila benda baik disalah erti...
well well well gua diberi tugas mencabar iaitu untuk menjadi baby sitter bagi seorang kanak kanak yang mana mak abahnya sebok bekerja.....
Bukan susah nak jaga hati budak kecik... geletek perut, layan cerita dia, tanya benda bukan bukan (tapi bukan lucah la), marah sikit sikit... dan bukakkan otromen....
selesai masalah....
****************
kadang kadang orang dewasa je tak beberapa memahami kenapa seorang lelaki menerima tugasan tersebut...sorry again...
Monday, July 25, 2011
Kata kuncinya adalah.....
Dulukan, zaman gua belajar gua ingat lagi sorang minah dengan penuh bersemangat kata "disebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita". Gua tak pedulikan sangat cakap dia tu sebab bagi gua "jatuh bangun seorang lelaki tu, ditentukan oleh kakinya sendiri"...
Selama bertahun tahun menerusi pengamatan dan pengalaman gua, gua rasa apa yang gua terapkan di sanubari gua tu betul. Jatuh bangun seorang lelaki adalah dari kekuatan dan perasaan seorang lelaki itu sendiri. Sedih ke gembira ke menangis ke atau ketawa terbahak bahak ke seorang lelaki itu perlu lalui juga tak kira la berapa masa yang perlu diambil untuk bangun dari zaman "tumbangnya seorang lelaki"...
Tapi, semenjak kebelakangan ni kata kata "disebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita" itu semakin kerap gua fikirkan. Bagi gua la secara individu, dengan adanya komunikasi dan hubungan yang sihat antara satu pasangan tersebut akan memudahkan segala jalan dan cara untuk menempuhi segala masalah yang berada di hadapan mereka.
Kata kuncinya adalah perbincangan antara pasangan, bertolak ansur dan faham memahami antara pasangan masing masing, amat amat sesuai untuk pasangan yang baru melangkah gerbang perkahwinan. Apabila pasangan kita dapat memahami situasi kerja atau kehidupan seharian kita, ia akan memudahkan urusan rumah tangga. Dan tak berserabut sangat kepala nak memikirkan masalah kerja dan ditambah dengan masalah rumahtangga...

******************
Inilah pemerhatian peribadi gua selama gua hidup sebagai kawan, teman, suami dan juga seorang bapa...
******tapi...kan bagus kalau hidup ini mudah seperti yang kita bayangkan....haha
Ramadhan hampir tiba.....
Lagi beberapa hari Ramadhan nak datang dah. Rasanya 3 kali gua nak berbuka kat William Kelana Jaya tapi manjang tutup je. Tapi kawan baik gua dah kawen, mungkin gua perlu bergerak solo lepas ni untuk ke William.
Azam gua untuk ramadhan ni?...hmmm.. Kurangkan mencarut kot?... Gua cuba jadi terbaik untuk bulan Ramadhan ni dan biarkan anak anak gua dapat beraya dengan penuh kegembiraan sebab zaman kanak kanak je la raya best, dah meningkat remaja macam gua ni tak best sangat la rasanya...
teringat kenangan nak berbuka puasa ramai ramai.... seronok rasanya bila ingat balik kenangan tu...
Yang pasti raya kedua gua selalu pergi rumah kawan gua pada waktu pagi dan akan tunggu gerombolan sedara datang ke rumah Pantai Dalam ( anak maklong dewi selalunya gua tunggu..uhuk)..
dan gua sering lupa raya tahun tahun sudah macam mana gua sambut....
Azam gua untuk ramadhan ni?...hmmm.. Kurangkan mencarut kot?... Gua cuba jadi terbaik untuk bulan Ramadhan ni dan biarkan anak anak gua dapat beraya dengan penuh kegembiraan sebab zaman kanak kanak je la raya best, dah meningkat remaja macam gua ni tak best sangat la rasanya...
teringat kenangan nak berbuka puasa ramai ramai.... seronok rasanya bila ingat balik kenangan tu...
**************************
Yang pasti raya kedua gua selalu pergi rumah kawan gua pada waktu pagi dan akan tunggu gerombolan sedara datang ke rumah Pantai Dalam ( anak maklong dewi selalunya gua tunggu..uhuk)..
**************************
Wednesday, July 20, 2011
1-8-2011....
Comrade Gafaro: "We've already lost enough. So now we're gonna win it back again, 1-8-2011 "
Soldiers : "Aye aye comrade!!!!.."
.........................................................
30-7-2000.. sebelum umur daku 23 tahun...
Cermin mata pengaruh OAG tau..haha beli guna duit seniri lagi dan pastinya bukan dari pasar malam...
Rare gambar nih....
Gambar kami tido depan Hotel Nikko KL lepas dari pertandingan rekacipta kat Kolej Cenfad (dah tukar kot nama kolej ni). Saja je takmo balik rumah pasal nak merasa jadi homeless. Zaman zaman baru nak up...haha
Zaman zaman sekolah tahun 1996 sampai la 2000, zaman muzika tapi aku tak reti de main instrument. Ada la sekali nak belajar main drum... haha lawok lawok... Banyak aku habiskan masa dok rumah tolong mak abah aku kat kedai makan (dah habis riwayat kedai gua nih)... Zaman miang nak bercinta...hadooi...
Sekarang zaman rata dah berubah. Muzikanya, fasyennya dan suasananya. Terasa daku telah tua walaupon umur daku baru 23 tahun....
****
dah sebelas tahun masa berlalu...
Damn, I miss the good old days.
Monday, July 18, 2011
Susu Goodday: posting orang tak boleh tido malam....
Susu Goodday ni seingat aku la memula dia masuk tekak dan tembolok aku pada zaman makcik aku beranak sulung dan anak sulung dia dah umur 23 tahun dah...
dan tiba tiba aku terasa nak sokong industri tenusu negara...
produk ini dikilangkan dibawah syarikat Susu Lembu Asli (SLA)
dan tiba tiba aku terasa nak sokong industri tenusu negara...
produk ini dikilangkan dibawah syarikat Susu Lembu Asli (SLA)
...........................................
by da way dengan ayat "kenapa" , ia akan membantu anda mengenali diri saya, dan tak baik marah atau hangin bila saya tanya anda kembali "kenapa?" sebab itu tandanya saya suka bersembang dengan anda.....
tata..
Thursday, July 14, 2011
sentuhan itu.....
Seingat aku sewaktu zaman budak budak, aku pernah dibalun oleh arwah semasa hidupnya sampai berbirat badan tapi aku tak ingat apa sebabnya..... Pada malam waktu aku tidur, aku tersedar kerana terasa ada seseorang yang menyentuh kawasan lukaku. Rupanya arwah sedang menyapu ubat..... tapi aku matikan diri konon konon merajuk...haha
Jadi apabila seseorang bertanya adakah sesuatu sentuhan itu didalamnya ada kasih sayang, jawapan yang sesuai ialah yang merasa sentuhan itu mengetahui jawapannya....
Kerana kadangkala sayang itu tidak perlu diucapkan, cukup sekadar dengan sentuhan....
**** mungkin sifat semulajadi seorang ayah?....
Tuesday, July 12, 2011
2 1/2 hari je........
gua berjaya berenti rokok untuk 2 1/2 hari je........
mood hilang, mudah naik angin, hilang tumpuan dan emosi tak stabil.
bila gua pening pasal banyak berfikir gua jadi tekanan sebab.....
gua takda benda yang boleh dijadikan medium nak melepaskankan tekanan tu...
***** pornografi tidak membantu langsung.... haha
Monday, July 11, 2011
Angry Bird hanya untuk noob sahaja....
mula mula aku tak ambik port pun pasal binatang nih...
tapi rupa rupanya dia lagi best dari "angry bird"...
***nak lagi mantap bukak nyan.cat dalam 2-3 pages sekali dengar
About
Nyan Cat, also known as Pop Tart Cat, is an 8-bit animation depicting a cat with the body of a cherry pop tart flying through outer space. While such absurd themes like flying kittens and pastry cats have been around for some time, the surreal humor behind this particular combination has captivated YouTubers and online art communities, spawning dozens of fan illustrations as well as receiving some mainstream coverage in April 2011. (Also see: Cat Bread andSpeedy Cat)
Origin
The Pop Tart Cat animation was posted on the daily comics site LOL-COMICS[1] run by illustrator prguitarman on April 2nd, 2011. Prior to the Pop Tart Cat, prguitarman had already gained a relatively large audience with a few other instances of comics circulating on the web. The GIF animation was also reblogged via Tumblr[2] on April 2nd, 2011, accumulating over 3,000 notes (likes & reblogs) in its first two weeks:
siri bercakap dengan gafaro: ....................
....................
"Bang...."
.....................uh..
"Bang....."
............aaaa....
"Bang!"
"Weh tido la..dah pukul berapa ni?"
"Ala sembang la dulu..."
"Ye la ye la, hadooi masalah betul la kau ni!. apa yang kau nak sembangkan?"
"Macam ni bang , aku kadang kadang ada rasa kecewa. Kecewa dengan apa yang aku lalui sekarang..... Tapi macam mana pun aku cuba untuk tukar perasaan kecewa tu menjadi peniup semangat untuk aku berubah"
"Kadang kadang aku rasa orang tak faham dengan apa yang aku buat atau cuba sampaikan. Dan sebab tu aku rasa usaha aku sia sia. "
"Hmm......."
"Tapi bila aku ingat kata kata kau balik yang mana usaha tak akan nampak hasilnya dalam masa terdekat, aku yakin dan aku redha, usaha aku akan berjaya walaupun orang di sekeliling aku dah tinggalkan aku sorang sorang"
.....................................
"Apa pendapat ko bang?"
...........
"Woi... Tido ke?"
..........
"Lahanat orang tua ni, tido dah rupanya"

Friday, July 8, 2011
PERINGATAN: Jangan Minta Cerai Dalam Kereta.
ni gua curik kat blog http://rudysyah.blogspot.com (dah mintak izin tau)
PERINGATAN: Jangan Minta Cerai Dalam Kereta.
Sepasang suami isteri yang selalu menghadapi masalah perhubungan tengah berbincang
masalah mereka dalam sebuah kereta di mana suami tengah memandu
Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah, saya rasa saya tak sesuai
lagi bersama dengan awak...
saya nak mintak cerai dengan awak.....
masalah mereka dalam sebuah kereta di mana suami tengah memandu
Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah, saya rasa saya tak sesuai
lagi bersama dengan awak...
saya nak mintak cerai dengan awak.....
si suami diam dan terus memandu kereta... bertambah laju.... (70km)
Isteri : saya dah tak cintakan awak lagi... sebenarnya saya dah ada teman lelaki....
dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya...
saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya...
saya dah bosan hidup dengan awak....!!
si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah... masih diam...
Isteri : bila kita bercerai, saya nak rumah kita...
si suami masih diam... memandu dengan lebih laju....(80km)
Isteri : saya nak anak kita juga... awak bukan boleh pelihara mereka.....
si suami masih diam... tambah kelajuan (100 km)
Isteri : saya nak kereta ini, kredit card dan saving akaun kita.
si suami masih diam, membelok kereta ke arah Jaya Jusco.......
Isteri : awak ada ingin minta apa2??
Suami : tak perlu.... saya dah ada apa yang saya perlukan...
Isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??
Suami : si suami menjawab sebelum beliau melanggar dinding konkrit Jaya Jusco...
saya ada airbag...... awak tak ada...

pesanan khidmat masyarakat -dari meja gafaro-
Apa yang aku tau la mengenai flow sebuah projek ialah
contohnya
keputusan projek akan berlaku dari nombor satu sehingga nombor 6 dan laporan akan berlaku dari nombor 6 dan ke nombor 1 semula.
Setelah semua laporan mengenai projek lengkap, payment akan turun dari nombor 1 sampai la nombor 6. Dari beribu ribu lemon dan akhirnya ke sekotak limau mandarin sahaja harganya.
agaknya la di tangga mana akan berlaku rasuah? penyelewengan dan salahlaku pegawai? serta kronisme?
mana mana ada!
*******kerajaan ke pembangkang ke persendirian ke hape ke, lubang rasuah tu tetap ada.. cuma hati kita untuk menghindari perkara tersebut...
ada tiga perkara yang akan menjatuhkan seseorang pemimpin iaitu HARTA, TAKHTA dan WANITA....
sekian pengetahuan untuk hari ini... tata
contohnya
- tuan punya projek (contoh JKR @ kerajaan).
- consultant .
- owner tapak projek (contoh PLUS).
- main contractor.
- sub-contractor.
- pekerja yang akan buat projek tersebut.
keputusan projek akan berlaku dari nombor satu sehingga nombor 6 dan laporan akan berlaku dari nombor 6 dan ke nombor 1 semula.
Setelah semua laporan mengenai projek lengkap, payment akan turun dari nombor 1 sampai la nombor 6. Dari beribu ribu lemon dan akhirnya ke sekotak limau mandarin sahaja harganya.
agaknya la di tangga mana akan berlaku rasuah? penyelewengan dan salahlaku pegawai? serta kronisme?
mana mana ada!
*******kerajaan ke pembangkang ke persendirian ke hape ke, lubang rasuah tu tetap ada.. cuma hati kita untuk menghindari perkara tersebut...
ada tiga perkara yang akan menjatuhkan seseorang pemimpin iaitu HARTA, TAKHTA dan WANITA....
sekian pengetahuan untuk hari ini... tata
Thursday, July 7, 2011
kesan kerja malam...
Asyik kerja malam je sampaikan gua dah lupa rasa kena matahari waktu pagi dan suasana panas tengah hari...
*****membuta tak hengat dunia.. haha
.........................................................................................................................................................................
Pagi naik motor dari KL menyedarkan gua terdapat banyak bunga di perhentian bas, yang pasti ia bukan di tanam oleh DBKL.
***** agak agak kalau gua berenti kejap dan cium bunga kat perhentian bas tu kena lempang ramai ramai tak?
.........................................................................................................................................................................
Habis je kontrak gua , gua nak apply jadi bouncer kelab. Sebab gua rasa gagah pasal hari hari angkat besi.
******sebenarnya tangan gua sakit... angkat helmet pon tak mampu.
.........................................................................................................................................................................
Tuesday, July 5, 2011
komited konon...
ASTON VILLA
Ni pasukan yang aku sokong dalam EPL. Tak la kuat mana pon tapi entah kenapa aku suka team ni. Badge dia ringkas dan perkataan "Prepared" tu pon dah melambangkan skuad bolasepak yang aku minat ni...
"Prepared""itu maksudnya bersedia...
Dan hari ni aku dapat pengajaran apa itu persediaan. Persediaan yang rapi dari segi mental dan fizikal bukannya masa pukul 2 pagi kita nak iron baju, carik dokumen dan pukul 7.30 pagi keluar rumah untuk interview.
by da way Stesen Petronas kat Bangsar untung 3 ringgit sebab aku bayar tapi tak pam...
*****bahana mengantuk, komited konon...hamek kau!!!!
Saturday, July 2, 2011
korang dan gua
korang semua rehat rehat kat rumah nak makan malam, gua dah kena gerak pegi kerja...
korang dah setting wangi wangi nak menikmati keenakan rumah tangga, gua setting mesin nak tebuk lubang tengah highway,
korang terbongkang tido atas perot, gua terbongkang keletihan atas jalanraya,
korang bersiap pasang niat mandi wajib, gua baru balik kerja,
korang pergi kerja, gua sleeping beauty,
korang tengah berkira kira nak makan lauk tengah hari, gua baru bangun dari beradu,
korang korang nak minum petang, gua bantai tido balik,
korang balik kerja, gua tengah setting diri nak pergi kerja...
dan kitaran tu berulang saban hari.....
*****ada benda yang kita perlu korbankan untuk mengecapi masa hadapan yang lebih cerah... hell yeah!!!

Thursday, June 30, 2011
ädakah anda telah bersedia untuk sesuatu diluar dugaan?
hari ahad lepas ramai la ahli keluarga aku melepak di HQ kami di Pantai Dalam sambil tengok berita. Pak Ngah aku orang kuat partai politik, aku pulak fanatik bola. Sambil tengok berita ada la bab politik dalam negara. Maka bedentam dentum la letupan mercun politik dalam rumah nenek gua (HQ)
Sampai je berita sukan,"mexican wave" pon bermula dipenuhi gelak ketawa semua ahli keluarga.
.......................................................................................................................................................
sambil aku mengunyah makanan aku terfikir yang taksub fahaman politik boleh menyebabkan keluarga berpecah, putus kawan dan tak melampau kalu aku kata hilang nyawa pun ada.
Masyarakat kita ni jarang nak buat kajian untuk tengok apa yang jadi setelah proses menumbangkan pemimpin negara di Algeria, Mesir, Tunisia dan lain lain negara yang dilanda "politik domino Asia Barat". Meraka hanya nampak jika satu kelompok yang terang terang latarbelakangnya menentang sesuatu yang telah termaktub pada perlembagaan akan membawa "mimpi indah" walhalnya tak tahu apa nasib anak bini dan keluarga mereka nanti.
Satu soalan dari saya...... ädakah anda telah bersedia untuk sesuatu diluar dugaan? yang mana diluar pemikiran kita yang hanya selama ini kita mungkin tonton di Youtube?
jangan asyik menjerit di jalanan dan kemudiannya ternganga dengan apa yang telah dilakukan. Menyesal kemudian tiada gunanya.
Baik fanatik sukan dari fanatik politik yang penuh tipudaya.
soalan terakhir dari saya
Sudahkah anda bersedia dengan sebab dan akibatnya?
****YA TUHANKU KAU JAUHKAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA DARI KACAU BILAU..... amin...

tenggiling dan batu giling...
ini tenggiling
err.. ini batu giling.
***ada sapa sapa mau hadiahkan tenggiling dan batu giling kat gua?
sebab gua minat 2 benda ni sebagai hadiah harijadi hahahahahahaha...
PEMBETULAN
err... sebenornye hari lahir gua lambat lagi...
hahaha
sebab gua minat 2 benda ni sebagai hadiah harijadi hahahahahahaha...
PEMBETULAN
err... sebenornye hari lahir gua lambat lagi...
hahaha
Wednesday, June 29, 2011
Durian dan "enter sandman"
Duniaku dulu penuh noda dan dosa. Hitam dan gelap serta penuh keseronokan duniawi.
Bila kau susuri sebahagian jalan hidupku, kau takut tapi akhirnya kau ucapkan terima kasih kerana aku memberi peluang pada kau untuk mengenali sebahagian diriku yang dahulu.
Tapi kehidupan dulu mungkin tidak lagi berulang kembali kerana aku ingin mengejar harapan baru dalam hidupku…
Doakanlah harapan yang bermula di di sebuah tanjung dan mungkin berakhir di sebuah kuala…
..............................
Monday, June 27, 2011
minta maaf....
Orang marah kita apa kita nak buat?.... Diam je la, takkan kita nak marah balik, lagi lagi bila kita yang mintak kena marah. Walaupun kita terjaga pukul 4.40 pagi untuk baca SMS yang diisi dengan perasaan amarah. Hehe...
Yang penting kita dah akui kesalahan kita dan kita berjaya campak ego kita. Kita akan melangkah dengan perasaan lapang dada. Adalah menjengkelkan kalau kita minta maaf berkali kali, sampai naik rimas orang tu. Janji hajat kita meminta maaf sampai pada empunya diri.
Kalau empunya diri marah walaupun kita dah minta maaf, tangkap tengkuk dia lepas tu cium laju laju... Amacam ada bran?...haha.

Friday, June 24, 2011
Stadion de Colline Jalil II - Malaysia vs Lebanon
Semalam Malaysia menang menentang pasukan bolasepak dari Asia Barat iaitu Lebanon. Perlawanan persahabatan sebelum ini Lebanon menang lawan err... aku dah lupa la tapi Lebanon menang 2-0 dan Malaysia kalah lawan Oman 4-0.
Gol pertama aku tak dapat tengok sebab masuk lambat.Gol kedua je sempat aku tengok.
Ini gol pertama, ibarat sedang duduk di pangkin pokok manggis dan tiba tiba didatangi Eva Mandez dan mengajak bercumbu cumbuan...
Ini gol kedua, ibarat Adriana Vasini menghantar pesanan ringkas "ambillah daku sebagai mak tiri Salehuddin"
***best jugak dating kat stadium...haha
lupa pulak gua..kredit to sokernet untuk video

Subscribe to:
Posts (Atom)